Jul 23, 2012 with 16 Comment(s)
assalamualaikum..
untuk pengetahuan semua, memang aku dah malas nak menaip blog. aku memang dah lama tak menaip, bersara dah. tapi ada sesuatu yang aku tak mampu nak bertahan. aku perlu luahkan. tak ada tempat lain, hanya disini lah aku mampu luahkan.. perkara ini berkaitan dengan abah.. dengan keluarga kami..

erm.. kepada yang tahu, takpe lah, tapi kepada yang belum tahu lagi, biarlah aku bermula drpd awal. pada hari isnin lalu, 16/7/2012 adalah tarikh yang terpasak dalam minda kami sekeluarga. tarikh di mana umi.. umi kami meninggal dunia :'( dah tiba masanya. keredhoan itu penting dalam diri kami. insyallah kami akan mendapat keredhoan tu. Arwah umi meninggal dengan cara yang baik. alhamdulillah. banyak peristiwa yang bila diingat kembali saat2 terakhir hidup nya, buatkan kami semua berair mata. masa mendengar berita ni, aku kat melaka, MMU. aku terduduk dalam masjid, selepas selesai sembahyang isyak. aku terduduk bila abg aku call, and bagi tahu melalui phone tuh. memang tak boleh nak tahan, air mata macam air terjun tak boleh nak dihentikan. aku balik daripada melaka, pegi putrajaya, drpd putrajaya, balik ipoh, drpd ipoh terus ke kelantan. pagi tuh smpai, terus masuk rumah, tgk jenazah umi. menitik air mata aku.

tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar, selesai pengebumian dia. malam tuh kami buat tahlil. lepas tahlil, aku dgr cerita drpd seseorang.. dia kata, sebelum umi pegi, lepas diorg cuci kan tempat sakit dia tuh, macam biasa lah, nak kene tampal dgn kain kapas semua.. tapi bila diord nak tampal di bahagian belakang, dia kata "takpe lah, tak payah, kejap je ni" :'( Ya Allah.. tgk Allah berikan dia rahmat.. tahu bila dia nak pergi. dia jugak ada tanya "dan ker jumpa dengan Zul (abah)" :'( memang betol2 sedih.. dia kata, "dia nak balik ipoh, nak masakkan untuk Zul anak2 semua, nak puasa dah ni" dia kata macam tuh.. dalam sakit2 dia, dia still ingat tanggujawab dia sebagai isteri, sebagai ibu.. dia nak balik.. dia kata dah nak bulan puasa, nak masakkan untuk kami. Ya Allah.. hanya Allah je yang tahu apa perasaan kami bila dgr ayat tuh daripada mulut seorang yang lain selepas ketiadaannya. erm the past is past kan. itu lah yang orang ckp. bersabar lah.. itu je ayat yang aku dngr. takpe.. :') thanks semua..tapi sesuatu yang mungkin orang lain tak akan nampak. sesiapa yang tak lalui, tak merasai, tak berada dalam situasi kami, mereka tak akan nampak benda ni.

selapas umi meninggal, keadaan semuanya berubah. kami kesunyian, kehilangan sesuatu yang berharga dalam keluarga kami, sesuatu yang tak dapat di tukar ganti.. ada satu lagi ujian dalan hidup kami. iaitu kehidupan adik2, masa depan keluarga ni, mampukah abah memikul tanggungjawab ni seorang diri ? tanpa medium utama yang dapat memberi kekuatan kepada dia selama ini.. redho itu memang lah redho. tapi yelah, manusia.. memang tipu lah kalau tak ingat langsung kan ? erm. selama 23tahun hidup bersama, memang susah nak lupa, sesekali mesti terbayang, teringat.. tapi takpa lah, setiap kali teringat, kita sedekahkan al fatihah, surah al ikhlas, zikir.. itu takde masalah.. tapi yang menjadi hal nye, kehidupan ni.. adik2 yang kecik lagi tuh.. mampukah dia dibesarkan tanpa seorang ibu ? sedangkan aku dgn abg aku ni pun trasa tak cukup lagi masa bersama umi.. walaupun kami dah besar, tapi kami rasa tak puas lagi, kami tak tunaikan lagi permintaan dia yang dia kata dulu "kalau pnjang umur, boleh lah tgk menantu, cucu :)" dia nak tgk cucu, macam orang orang lain.. tapi dia pergi dulu.. menantu pun dia tak dpt tgk lagi :'| ermm..

adik2 nih bnyk lagi benda yang diorg kene tempoh. sape yang nak jaga dia masa abh pegi kerja ? takkan selamanya abh nak bawak pegi sekolah tiap kali abh pegi mengajar ? takkan.. abah pun penat. letih dah.. kekuatan dalam diri dia dah berkurangan.. dia dalam keadaan hilang arah.. aku nak petik kata2 dia.. dia kata "dia sekarang umpama seorang yang berada dalam perahu ditengah lautan.. tanpa pendayung.. tanpa arah tuju" kehidupan kami dan adik2 umpama sampan, abah duduk didalamnya.. hanya mengikut pukulan ombak membawa tanpa arah tuju destinasi yang tepat.. dia memerlukan pendayung. pendayung untuk mendayung perahu itu menuju ke destinasi arah yang betol. yang baik untuk adik2, dan untuk kami sekeluarga.. tapi adakah pendayung tuh ? mana orang yang hendak menolong untuk mendayung tuh ? mungkin orang kata isteri baru je meninggal, dah nak cari lain. takk. cube fikir balik. sape yang nak tolong jaga adik2 ? sape yang nak tolong mengajar diorang ? mengajar mengaji, mengajar pembelajaran di sekolah, sape ? nak harapkan abah dia tak mampu. tak sempat.. pagi budak2 tuh pegi skulah, petang abh pegi mengajar.. malam balik nak masak lagi apa semua, penat, bila masa dia nak mengajar semua tuh ? tumpuan kepada adik2 hilang.. tgk situasi sebenarnya..

memang susah.. berat ujian Allah ni.. kalau takda pendayung, sesat, hanyut dilautan.. kalau ada pendayung, nak kene lawan arus, pukulan ombak semua.. ombak yang aku maksudkan ialah orang sekeliling.. memang ini lah kehidupan. erm. bukan senang benda ni. bukan mudah. dia still teringatkan arwah umi. susah senang dengan umi daripada dulu, smpai sekarang. dia kata nak dapatkan umi tuh dulu pun dia dah diuji dgn dugaan.. bukan senang nak dpt umi tuh, tapi dah jodoh, alhamdulillah dia kata, umi tuh jadi miliknya jugak. masa duduk kampung dulu, hidup kami memang susah. sebelum dia dapat pekerjaan menjadi cikgu kat ipoh ni, kami tinggal di klantan.. umi jahit baju orang tempah apa semua.. abh buat kerja kerja lain.. susah sgt kehidupan zaman dulu, tapi umi tetap bersabar, tetap menyokong, memberi kekuatan kepada abh. dia sanggup membanting tulang, membantu untuk memberi kesenangan dalam keluarga ni.. itu yang abah kata susah sgt nak lupakan. abah menitik air mata. dia memang kata susah dah nak jumpa yang sama mcm umi.. memang, memang susah. kalau ada pun mesti ada cacat celanya. takkan sama perangainya 100% tapi macam mana dengan kehidupan kami ? macam mana dengan adik2 ? macam mana dengan abah ? mampukah dia ? mampukah semangat daripada anak2 ni memberikan kekuatan kepada dia ?

Ya Allah, Engkau bantulah abah, Engkau bantulah kami, hanya Engkau yang mampu membantu, hanya Engkau yang mengetahui apa yang sedang kami jalani, rasai.. Ya Allah.. T___T

aku pernah mengeluarkan kata2 ini:-

Ujian dtg tanpa dipinta,iman dtg dgn adanya kesabaran menempuhi ujian.

-Alfatihah buat arwah umi, Hasliza bt Haron-
1/3/1966 - 16/7/2012

P/S : aku akan ingat tarikh ini, tarikh sehari sebelum hari jadi Abah yang ke-47 :')