Jul 31, 2011 with 5 Comment(s)
comel tak wallpaper desktop aku ? hee~ :)

okay, salamualaikum. happy weekend. esok 1 ramadan, insyallah kita akan berpuasa. selamat berpuasa kepada semua muslimin, muslimat whole of the world. jangan tinggalkan puasa, sesungguhnya kita tidak tahu mungkinkah kita akan bertemu lagi puasa pada tahun2 seterusnya. so puasa elok2, buat benda baik2, jgn katakan puasa meletihkan, katakanlah puasa memberikan kegembiraan kepada kita. insyallah.

Budi baik orang ramai menyanjung

Budi ditabur bukan mintak balasan

Kepada sahabat, kekawan dan pengunjung

Salam Ramadhan al-mubarak dan SELAMAT BERPUASA diucapkan

daa~ salamualaikum.

Jul 28, 2011 with 2 Comment(s)
perubahan dalam kehidupan bukanlah perkara asing bg kita. semua orang atau hidupan di muka bumi ini sama ada sedar atau tidak, mereka akan mengalami perubahan. kadang2 kita tidak minta untuk membuat sesuatu perubahan, tapi ia terjadi dengan sendiri *paksaan* . perubahan terbahagi kepada dua, iaitu perubahan ke arah kebaikkan, dan keburukkan. mana satu kah perubahan terhadap diri kita ? entah lah. kadang2 kita tak sedar dan tak tahu pun diri kita ini mengalami perubahan, yang boleh merasai, atau perasan perubahan terhadap diri kita hanyalah orang2 sekeliling kita kan ?



kita lihat perubahan terhadap kawan kita, dan kawan kita nampak perubahan ke atas kita. tapi masing2 menganggap perkara itu seperti perkara biasa.. mungkin ada sesetengah rakan kita yang berani memperkatakan mengenai perubahan yang terjadi ke atas diri kita. tetapi kebanyakkannya hanya mendiamkan diri dan membuat seperti 'normal' . kenapa ? ada sebabnya.. ini semua ada kaitan dengan hati, bgi sesetengah orang..dia tidak berani menegur atau memperkatakan mengenai sesuatu yang berkait rapat dengan diri rakannya.. mereka takut rakannya itu terasa hati. yelah, kita boleh fikir perkara macam ini kan ? jika tersalah cara percakapan atau cara teguran, mungkin persahabatan menjadi taruhan.

memang susah kita nak membuatkan hidup ini menjadi seperti apa yang kita inginkan. semua orang berubah, yang hanya membezakan antara perubahan2 itu hanya lah cara perubahan tersebut.. baikkah ? burukkah ? itu yang kita kena fikirkan. tetapi kita ini manusia yang lemah, kadang2 kita tak boleh menerima teguran daripada insan lain kan ? mungkin kita boleh menerimanya tapi mengambil masa sedikit untuk memperbetulkan keadaan. diri kita semua sama, kadang2 kita terbuat salah, dan kita meminta keampunan. kadang2 orang lain terbuat salah dengan kita, dan kita yang harus memberi kemaafan kepada mereka.

hidup tak susah sebenarnya, tapi kita yang menyusahkan hidup kita sendiri.
kadang2 kita lupa akan tanah yang dipijak apabila melihat langit kebiruan.
kadang2 kita kena tanya kepada rakan kita, adakah aku telah berubah ?
dari segi apakah perubahan yang terjadi ke atas diri aku ini ?
dan ingat, tak semua manusia sempurna, :) terimalah seadanya, tetapi cuba lah untuk mengubah perkara yang patut diubah, dan kekalkan perubahan yang baik itu.

kalau aku berubah, tegurlah aku, kalau aku tersalah, maafkanlah aku.

maaf kalau ada salah dan silap.
-otak falsafah hari ini-

salamualaikum .
Jul 25, 2011 with 0 Comment(s)
Tersenyum adalah kunci kebahagiaan. Cinta adalah hatinya. Kesenangan adalah tamannya. Keimanan adalah cahayanya. Keamanan adalah dindingnya.


- dipetik dari blog : Addin.chaos

thanks, :)
Jul 24, 2011 with 4 Comment(s)
assalamualaikum.
dah lama aku tinggalkan blog aku tanpa mengupdate atau menjenguk sekali pun. maaf, memang aku takde apa apa sebab yang ingin aku katakan kenapa aku tak update atau tak jenguk, tak ada langsung. ermm aku taknak update. ok itu sebabnya. kenapa ? sebab setiap kali aku update, mesti aku menaip bercerita tentang benda yang ada hubung kait dengan 'kesedihan' kan ? semua orang baca blog aku dengan nada sedih. aku sendiri pun bila baca balik rasa sedih kenapa lah blog nih boleh jd blog isi hati aku yang macam perempuan nih. huhu~

tak lah, bukan perempuan, tapi biasa lah.. lelaki pun seorang manusia kan ? mempunyai hati dan perasaan. okay lah, lupekan lah pasal sedih sedih nih. ada masanya kita kena senyum untuk membuatkan orang lain senyum. biarkan hati kita tuh buat sementara waktu, senyum lah walaupun ianya senyuman plastik :) ohh ye, orang kata kadang2 senyum boleh mengurangkan masalah kita. betol ker betol ker ? tgk lah nanti, nanti aku try senyum :)

aku tak tahu macam mana nak senyum bila ada masalah. orang lain takut tgk muka aku ==" sampai umi aku sendiri pun cakap muka macam hape jer. memang muka aku garang ker ? entah lah, sampai ada orang tak nak pandang aku bila aku takde mood ke apa. eh ? takpe lah, jgn tgk muka aku, mengerikan jer, lagi pun bukan hensem mana pun kan ?

erm, sebenarnya pada post kali nih, aku nak bagi pendapat mengenai 'off-kan phone' ermm sekarang ramai orang yang suka sangat offkan phone diorang. tambah2 yang duduk bercinta cintun tuh kan. gadoh sikit mula lah tutup phone. bukan orang yang bercinta jer, ada jugak orang2 yang tak larat nak layan phone tuh, sebab tuh dia off. mungkin ada orang dok kacau dia slalu, tuh lah hot lagi mana orang tak kacau . huhu jangan marah. hurmm korang tak rasa membazir ker ? duk beli phone, simcard, topup sume kan, tapi korang off phone tuh sampai kawan2 pun susah nak bg tau pape.. bukan kawan2 jer, family pun susah nak contact kalau off.. aku bukan apa, bg aku kalau kita ada masalah dgn sape2 ker, bf ker gf ker, member2 ker tak payah lah offkan phone. dgr lah apa yang diorg nak ckp, diorang nak mintak maaf ker apa ker, susah kalau korang dok tutup phone tuh.. kalau ye pun korang taknak, korang just bace jer lah, tak payah lah balas.. sekurang2 nye korang boleh tahu isi hati orang orang yang buat korang marah tuh, mungkin diorang tersalah buat ker, ye lah manusia tak lari daripada membuat kesalahan..

aku paling sedih kalau kita hantar msj dekat seseorang tuh untuk mintak maaf or nak menerangkan sesuatu kan, tapi bila kita hantar msj, MAXIS hantar balik msj kepada kita, dia ckp your message didn't reach no. sekian sekian sebab phone tu tutup, msj anda akan dihantar bila dia on kan phone tuh, blablabla~ ermm yelah, bia lah kan, itu hak individu. hak masing2.. ikot suka kome lah..

ok lah, fikirkanlah apa yang aku ckp kat atas tuh eh..
btw, aku sebenarnya takde point nak cakap. huhu baru lepas marah adik aku, dan ada orang cakap "benci aku tgk muka lagu tuh" biar lah orang nak benci pun kan.

kbai .. senyum luqman, senyum..
salamualaikum.
Jul 10, 2011 with 0 Comment(s)
Hold me now cause I couldn't even if I tried, It's over now I guess it really is my time..I don't want to go but it's time I gotta say goodbye..So hold me now cause this will be our last time I'm slowing down and I don't think that I can fight, I know somehow you'll find a way to live your life..Remember just to live everyday like it's your last, And hold me now cause I think it's time for me to pass..

I don't wanna die, I don't know why, This kind of fate was meant for me, You gotta be strong, gotta move on, It's not how it was supposed to be. What you wanna say? It was never supposed to end up this way..What do I have to do? When supposed to grow old with you..But that ain't gonna happen, No that ain't gonna happen..

Hold me now cause the time I've got running now..No tears allowed even though we've become without, I just wanna feel your head lying on my chest, So hold me now as I take my last breath..
I don't wanna die, I don't know why, This kind of fate was meant for me..You gotta be strong, gotta move on, It's not how it was supposed to be..

What you wanna say? It was never supposed to end up this way, What do I have to do? When supposed to grow old with you..But that ain't gonna happen, No that ain't gonna happen ..

-sum41 : crash-
hari ini aku pegi lawatan bersejarah dengan abah, abang aku dan pak cik member abah aku.. kami keluar daripada umah pukul 4.30 pagi, dan balik sampai umah 3.30 petang. haha kami sebenarnya tujuannya nak mencari masjid lama, masjid yang tertua di perak . jenuh mencari tau, masuk kampung tuh, masuk kampung nih, masuk ladang kelapa sawit.. haha kami pun ada orang yang bawakkan, member kepada member bapak aku.. pastu kami pegi tempat pertabalan sultan perak di beting basah.. tau kat mana ? tahu tak ? tak tahu ? haaa lu cari lah sendiri.

kami kira bertuah lah dapat tgk tempat tuh, tak ramai orang yang tahu, dan tempat tuh jugak macam tak di jaga, memang depa tak kasi orang ramai tahu tempat pertabalan tuh kot ? entah lah.. tapi mengikut cerita dulu2, orang orang yang bukan berdarah raja, tak boleh pijak dekat kawasan tuh, kalau tak, akan terbenam.. itu cerita dulu lah, haha raja pun sekal seumur hidup jaa pegi mandi kat situ, nak jadi raja jer baru pegi sana.. ada lah tempat pertabalan dia, belakang tuh ada macam telaga tempat sultan bersiram atau mandi. lain yang kami cari, lain yang kami jumpa dan lihat. hahaha takpe lah, itu rezeki kami nak buat macam mana kan ?

pastu keluar dari kawasan tuh, kami pegi dekat satu masjid tuh, kami semayang sunat tahyatul masjid, solat sunat dhuha, pastu duduk jap, aku sempat lagi terlelap sementara tunggu abah aku habis solat doa apa semua. haha pastu kami gerak pegi makan minum apa semua.. masa nak balik tuh, kami nak masuk ikot makam makam raja, tapi masuk sekerat jer, pastu kami pusing balik, kami menuju ke pasri salak. mausk dalam kampung mana entah haha. bnyk weh, masuk kampung tuh, sampai jumpa jalan mati. haha nak cari masjid tuh.. kampung bandar, kampung bandar lama, kampung ayer mati lah semua ada. haha behenti tanya orang tuh, tanya orang nih, last2 kami dah jumpa jalan mati, kami patah balik, dengar ada satu masjid nih azan..

kami berhenti, masuk dalam tuh, tgk lah masjid tuh.. laa itu lah masjid nya. akhirnya.. rasa rasanya, betol dah, itu lah masjid nya.. walaupun tak seratus peratus, tapi dalam 70 hingga 80% tuh dah sama lah bentuk nya dengan masjid yang kami cari.. haha bukan apa, saja jaa nak cari.. :) lepas solat zohor kat sana semua, kami balik..

penat weh 10 jam berjalan.. haha dan something yang aku sedar, aku rasa aku tak ingat tentang masalah masalah aku.. aku boleh senyum td.. walaupun sekejap jer ;) takpo lahh, janji dapat release tension sikit kan. mungkin ada hikmahnya aku ikot abah aku keluar untuk kali ini.. alhamdulillah..

dan, akhir skali, kepada sesiapa, aku nak mintak maaf.. aku banyak menyusahkan kome.. problem sendiri pun aku babit kan kome2 sekalian kan ? i'm so sorry . janji tak nyusahkan dah. :] dan kepada awak, sorry tau. okay take your time, and text me later k ?

okay, bye, salamualaikum~
Jul 7, 2011 with 4 Comment(s)
menangis lah ~ keluarkan lah segala apa yang ingin kau keluarkan.. siapa kata lelaki tak boleh menangis ? lelaki pun ada hati dan perasaan. walaupun nampak kuat, keras dan penuh dengan ke-ego-an nyaa.. tapi LELAKI BOLEH MENANGIS ! memang susah nak jumpa lelaki dewasa menangis, kecuali berlakon, atau sebagainya..

pecahkanlah empangan airmata kau tuh sekiranya perlu, jangan dimalukan, air mata itu seperti mutiara yang jatuh kebumi mengalir dari pipi hingga ker dagu.. mungkin payah seseorang nak menangis, tapi bila hati dah disentuh, walaupun sikit, akan tetap terasa jugak. kita tak boleh halang benda tuh, benda tuh jd secara semulajadi..

sorry aku ucapkan, sekali lagi entry yang menyedihkan daripada aku.. korang kena tahu, aku sedang mood tunggang langgang kan kan ? korang kene tahu.. lelaki pun ada hati, ada perasaan, boleh sedih. jangan kata setiap lelaki yang sedih dan menangis itu, dia bukan lelaki sejati. Nabi pun pernah menangis. tapi tangisannya lagi bermakna daripada kita dan daripada aku nih..

KELUARKAN LAH SEGALANYA ! WAHAI LELAKI ! LUPAKAN SEKEJAP EGOMU ITU.

akhir kata daripada aku:-

memang boleh sembunyikan kesedihan tuh, tapi tak boleh nak mengeluarkan kegembiraan.
okayy aku terasa . ;[


susah kan ?


nyatakanlah perkara yang benar walaupun payah...


BYE :[

- luqman, cakap lah benda yang sebenarnya..
- sorry, aku tak boleh nak bgi tahu, biarkan aku tenang .. di sini.. sorang.sorang ...

betol . jangan ganggu aku
:|
Jul 5, 2011 with 2 Comment(s)
aku nak mengupdate blog ini, tapi apakan daya, aku tak mampu nak mengupdatenya. kenapa ? ini semua kerana kekeringan idea dalam minda ku. cewahh ayat. haha

sorry wehh semua, tak dapat nak update blog, takde mende laa nak update. ini pun aku just nak penuhkan page blog nih jer harhar. taknak lah nampak macam blog usang ditinggalkan lama tanpa penghuninya kan . so aku taip lah natey berok nih. hahaa

so apa lagi aku nak cakap ? hari ini hari Selasa, esok Rabu. semalam Isnin. bergembiralah di hari hari mu~ haha

akhir skali, terima lah gambar daripada GOOGLE buat tatapan dirimu semua..

*wow~ siap boleh pusing2 kerenteng lagi bulu hidungnya~ haha

okay lah, bye, salamualaikum~

Jul 3, 2011 with 2 Comment(s)
tak semua benda aku boleh taipkan dan ceritakan di dalam blog ini.
kadang2, kita perlu memikirkan akibat membuat entry2 kita di blog ini..
baik kah kepada diri, baik kah kepada orang lain ?
entah lah..

aku kalau boleh nak taip segala yang aku nak katakan,
tapi apakan daya, aku lebih memikirkan kebaikkan orang lain.
hati orang susah nak dijaga kalau sakit, tapi hati kita, insyallah lama2 kita boleh merawatnya.
biar lukakan diri sendiri, daripada lukakan orang lain.
sekurang kurangnya, kita boleh jd doktor kepada diri sendiri kan ? :)

maaf kalau aku menaip entry entry yang membuatkan semua orang sedih,
atau pun sakit bila membacanya,
bukan niat aku nak sakiti hati orang, tapi aku pun manusia biasa,
kadang2 ada jugak terasa sesuatu di dalam hati kan ?

akhir kata, maafkan saya .
salamualaikum .

kadang2, bgus jugak kita rasa sakit dalam kehidupan seharian kita.. kalau tak sakit kita tak ingat Allah. betol tak ?

kadang2, bgus jugak kita rasa yang hati nih memakan diri sendiri. bukan kita yang makan hati, tapi hati yang memakan kita. ishh pelik sungguh kehidupan nih kan ?

kadang2, bagus jugak kita rasa sedih dalam kehidupan seharian kita.. kalau tak sedih sampai bila bebola mata kita nih nak bersih kan ? yelah air mata keluar boleh bersihkan biji mata.

kadang2, bagus jugak kita rasa bersalah dalam kehidupan seharian kita.. kalau tak kerana rasa bersalah itu, takde lah ayat 'kemaafan' keluar daripada mulut kita kepada orang lain.

dan, kadang2, bagus jugak kalau kita boleh memaafkan orang lain. apalah salahnya kalau kita membuka dada menerima kemaafan seseorang itu. kenapa susah ? kenapa ?


-maaf-
hanya itu yang saya katakan .
Jul 2, 2011 with 10 Comment(s)
kita akan suka bila pelangi sudah terlihat, selepas hujan melimpahi bumi.

kita akan suka bila langit cerah selepas gelap.

kita akan suka bila dia datang kepada kita.

dan kita akan suka bila...

* image by google

kita berdoa supaya tuhan memberikan kecerahan pada hari ini, tetapi Dia menurunkan hujan. maka ketahuilah, bukan Dia tidak mendengar permintaan kita, tetapi Dia tidak ingin memberikan sinaran matahari semata mata, tetapi Dia juga ingin memberikan kita pelangi. dan disitu kita dapat lihat, bukan sahaja hari itu cerah diterangi cahaya matahari, malah diindahkan lagi dengan hiasan pelangi.

jangan lah melihat sesuatu keburukkan itu, ialah keburukkan sahaja. tetapi kita hendak lah melihat sesuatu itu mempunyai kebaikkan disebalik keburukkan itu.

segala yang Allah berikan kepada kita, mempunyai rahmatnya yang tersendiri.
fahamilah perkara ini dengan baik .

salamualaikum.
Jul 1, 2011 with 5 Comment(s)
Kalaulah hati ini dapat meluahkan kata2 yang boleh didengari oleh semua orang,

Kalau lah hati ini dapat menaip blog untuk menyatakan yang tersirat didalam nya,

Kalau lah hati ini dapat dikawal oleh akal, bukan dikawal oleh prasaan..

kalaulahh . . .

*image by google.

kadang2, sesuatu perkara hanya perlu difahami, tidak perlu diucapkan..
salamualaikum..
kadang2, kita tak tahu apa tanggapan, atau perasaan orang lain terhadap segala perbuatan perbuatan yang kita telah lakukan selama ini. marahkah mereka ? sedihkah mereka ? ataupun, sukakah mereka dengan apa yang kita telah lakukan.. hidup umpama berjalan dan meneruskan perjalanan.. untuk menjumpai destinasi yang dituju itu, kita mesti lalui jalan yang berpasir, mungkin selepas itu jalan yang berbatu, dan seterusnya jalan yang panas membahang, atau pun jalan yang penuh dengan duri2 di atasnya.. mungkin sakit dan payah nak lalui kesemua jalan2 tersebut, tetapi berbaloi apabila kita telah selamat sampai ke destinasi yang kita idamkan itu. senjata yang paling berkuasa dalam menempuhi kesusahan ialah kesabaran, keimanan, dan keredhaan hati. mungkin orang tgk jalan lurus lagi baik daripada jalan bengkang bengkok, tapi perlu diingatkan, kadang2 yang buruk itu memberi makna yang baik kepada kita, malah sebaliknya, yang cantik itu memberikan makna yang buruk kepada kita. kadang2 kita tidak boleh memilih benda yang manis sahaja, kerana kadang2 yang manis itu boleh menjadi racun, dan yang pahit itulah penawarnya.

manusia dicipta dengan mempunyai hati dan perasaan, serta akal. melalui akal lah kita perlu memikirkan untuk tidak menggores hati manusia lain, dan melalui hati lah perasaan akan timbul. marahkah ? sukakah ? itu terpulang kepada akal yang melayan hati dengan layanan yang baik mahupun layanan yang buruk. jika baik, maka perasaan akan menjadi suka, jika layanan buruk, maka marahlah perasaan itu. bak kata orang, jagalah lidahmu itu, nescaya dia akan menjagamu.. jika engkau biarkan lidahmu itu, maka dia akan memudaratkan dirimu. jaga lah percakapan, jaga lah perbuatan, jagalah tingkah laku, mungkin kita tidak sedar orang lain marah dan sedih dengan kita, sebaliknya kita sedang tertawa tanpa memikirkan orang yang sedang marah dan sedih dengan kita. perlu diingatkan, membuat dosa dengan Allah lebih senang untuk meminta keampunan berbanding membuat dosa dengan manusia lain. jika meminta maaf dengan Allah, insyallah, Dia akan memberi keampunan kepada hambanya.. tetapi jika meminta maaf dengan manusia, belum tentu lagi dia akan memberi kemaafan kepada kita, melainkan dia ialah seorang insan yang betol2 berhati mulia.

*image by google.


-maaf jika tersalah. maafkan lah diri ini, maafkan saya-
salamualaikum.