Oct 26, 2015 with 0 Comment(s)
076: Anugerah

Orang tanya,
anugerah apa paling indah untuk aku.

Jawapannya kau.

Kerana manusia paling banyak kekurangannya macam aku ni,
Ada juga seorang manusia yang sudi menerima tanpa soal.
Terima kasih Tuhan untuk dia,
hadiah Kau ini harganya tidak berharga.

071: Terima Kasih

Terima kasih terima baik buruknya aku.
Terima kasihkerana melengkapi aku.
Terima kasih kerana diam apabila marahnya aku.
Terima kasih kerana sabar apabila gelojohnya aku.

Dan terima kasih kerana Terima dan Kasih.
Aku sayang kau, masih.

069: Redha

Redha itu ,
Tidak dicapai dengan kata,
Tapi dicapai dengan hati, fikiran dan imannya.

Redha itu bila Allah tarik orang yang kau paling sayang.
kau masih tersenyum dan senang.
Bukan kerana kau kejam,
tapi kerana kau tahu dia ditempat yang lebih baik
Dan dosa-dosanya terhenti setakat matinya.

Allah itu adil dan bijaksana.
Dia mahu kau belajar dan faham,
hidup ini bukan selamanya.
Dan kau hamba dan hanya Dia Tuhan untuk segalanya.

-Reinkarnasi : Faiz Ibrahim

Aku pernah bercerita/bersembang dengan abah tentang perkara2 yang berlaku di muka bumi ini. Dia katakan kepada aku "Setiap benda, perkara yang berlaku di atas muka bumi ini, tidak kira seburuk mana pun di mata kita, atau sebaik mana di mata kita, semuanya ada hikmah, sebab musabab dan kebaikkan di setiap perkara tu" dan ye, aku yakin dgn kata2 abah tuh. Mana mungkin seseorang itu boleh duduk dan masuk di kelas hadapan jika dia tidak menempuh peperiksaan/ujian. Sama jugak hidup, ujian sentiasa ada untuk menilai ditahap mana keadaan kita. 

Abah kata "Redho dan sabar itu mudah dibibir, payah dihati" bukan senang nak redho, bukan senang nak sabar. Tapi tidak mustahil kau boleh melakukannya. Mana mungkin Allah uji hambaNya melangkau kemampuan diri mereka sendiri. Put your trust in Allah, then you will success in your life. 

Hidup memerlukan teman. Itu lumrah. Dan sebaik baik peneman, ialah orang yang mampu bersama disaat kau jatuh tersungkur, membantu diri mu, papah dibahu, merangkak untuk berdiri kembali. Cari lah, cari lah peneman yang mampu membuat dirimu tersenyum tatkala kau sedang dilanda kesedihan. Cari lah peneman yang mampu membuat dirimu tenang tatkala kau kekusutan. Cari lah peneman yang mampu sama2 duduk, sama2 berdiri. Cuma satu sahaja nasihat, jangan tersalah memilih teman, pengakhirannya dia yang akan menolak mu untuk jatuh tersungkur.

terima kasih peneman ku. may Allah bless you.
Oct 25, 2015 with 0 Comment(s)
Sekali lagi, aku jatuh, terduduk.
Menunduk dan memandang ke hadapan. Kosong.
Dulu aku pernah terasa sebegini.
Perasaan ini sudah lama aku lupakan.
Tetapi ia datang menjengah kembali.
Buat ke sekian kalinya, aku terjatuh.

Hilang ego seorang lelaki.
Hilang perasaan lumrah kehidupan.
Hilang emosi seorang manusia.
Hilang nilai air yang menitis mengalir di pipi.

Aku terasa bagaikan hanyut dibawa arus kehidupan,
Yang mengalir membawa entah kemana.
Aku terasa pandanganku kosong,
Tidak ada nilai pada setiap yang terlihat.
Aku terasa bagai hilang deria dalam diri,
Tidak lapar, tidak suka, tidak sedih, tidak marah.
Di saat ini,
Allah datangkan sesuatu buat diriku.
092 : Jatuh
Hati aku parah.
Mata aku bernanah.
Harapan aku punah.
Aku tersungkur lagi kali ini.
Moga Allah bantu aku bangkit semula.
Kerana Dia tahu apa yang aku mampu tanggung,
dan takat mana aku mampu bangun. 

093 : Sedih
Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.

Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.

Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.

019 : Penerimaan
Aku tersedar, cara utama untuk teruskan hidup adalah terima.
Aku terima perpisahan aku.
Aku terima dengan hati terbuka.
Aku percaya dengan ketentuan Allah.
Aku banyak lihat diri aku semula.

Mungkin dia bukan milik aku.
Untuk sekarang.
Atau selamanya.

Dan aku percaya satu hal, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Aku tersedar lagi dan lagi, Itu akibatnya kalau kau sayang manusia,
Melebihi kau sayang Pencipta.
Itu Akibatnya.

Cinta tanpa tujuan yang betul, itu bukan cinta.
Itu suka.
Dan suka itu jahat dan nakal.
Suka boleh buat kau semakin jauh dengan tuhan.
Ramai yang keliru, antara suka dan cinta.
Dan sedapkan hati dengan mengatakan itu cinta,
apabila manusia mula mempersoalkannya.

Bila kau terlampau takut kehilangan orang yang kau paling sayang,
itu peluang untuk syaitan campur tangan.
Kau kena tahu kepakaran syaitan, dia boleh kacau hati kau.
Dan hati yang kacau, buat kau nampak tiada bezanya dengan dia.

Semoga Allah sentiasa bersama kita. Jaga hati kita. Jaga diri kita. Maaf atas segala salah dan silap yang aku telah lakukan. Maaf atas semua dosa yang aku ciptakan. Maaf atas tingkah dan lakuku yang membuatkan diri hanyut. Terima kasih atas segala nikmat, pengajaran, dan pemberian kepada diri aku selama ini. Aku harap semua ini tak berhenti disini. aku memberi pengharapan. moga ianya bukan harapan palsu. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih mengajar aku erti seorang pemuda yang mencari kebahagiaan diri.

**puisi italic dipetik daripada buku Reinkarnasi - Faiz Ibrahim
Assalamulaikum. Bismillahirahmanirahim. 

Manusia itu pendosa. Manusia itu ada kalanya baik, dan ada kalanya jahat. Bila manusia itu menjadi jahat ? Bilamana dia merasakan dirinya menjadi baik. Bila manusia itu menjadi baik? Bilamana dia tersedar daripada lautan kejatan yang telah dilakukan. Manusia itu 'complicated'. Ada kalanya dia gembira, ada kalanya sedih, ada kalanya marah dan pelbagai emosi. Semua manusia ada emosi, tapi kalau someone tuh rasakan dirinya tak beremosi tu tandanya dah monopouse kot. Haha. 

001 : Bukan Malaikat, bukan Syaitan

Aku mulakankata kali ini,
dengan buat satu klarifikasi.

Aku bukanlah malaikat,
yang suci sehingga mangkat.

Dan,
aku jugatidaklah serakus syaitan,
yang pilih haram sebagai ikatan.

Jadi jangan menilai aku dengan pelbagai makna,
kerana penilaian terlayak tetap di atas sana.

Jadi baca, hayati dan rasa.
Jangan baca mengkhinzir buta.
Kerana itu kosong.
Dan segala perkataan mula kelihatan bohong.

-REINKARNASI : Faiz Ibrahim 

 Aku juga manusia, pernah dengar lagu amir jahari ? cuba kau hayati lirik lagu dia. okay lah aku copy paste kat bawah ni, baca, fahami, dan hayati sambil2 tuh nyanyi ahh skali baru asyikkk. haha.

Ku termenung seorang diri,
Ku menangis disebalik sepi,
Ku mencari cebisan memori, 
yang ku namakan misteri.

Ku tertawa mendengarnya,
Ku mengerti aku siapa,
Ku tak peduli sebenarnya,
apa yang kau ada..

Jangan kau menilai dari rupa,
Kerna semuanya milik Dia,
Hati ini akan ku jaga,
Kerna ku hanya manusia biasa.

 Aku suka kata2 yang diluahkan oleh Taraji P. Henson, dia kata "Every human walks around with a certain kind of sadness. They may not wear it on their sleeves, but it's there if you look deep." Aku banyak lukakan hati manusia lain. Lidah aku dah banyak buat orang menangis. Perkataan yang aku luahkan kadang kala buat kan orang tuh terasa sampai tak boleh nak maafkan aku, dan dia takut nak bercakap dengan aku. Walaupun aku berkata perkara yang aku pikirkan benar, bukan salah aku, tapi benda tu tetap aku yang dipersalahkan dan aku yang meminta maaf kembali. Tetapi kata maaf tu tidak diterima sampai ke dalam hati. Hanya dibaca, dan dibalas endah tak endah. Betul kata orang, meminta maaf itu mudah, nak memaafkan itu sukar. Kenapa jadi macam ni ? Mungkin pemikiran dan hatinya masih belum cukup matang untuk melihat sesuatu perkara itu tak perlu dipanjangkan smpai ke masa yang lama, atau mungkin memang keputusan itu diambil supaya bertujuan untuk mengajar aku ? Entah lah. aku pun tak tahu.

Ada orang katakan kepada aku, "lelaki ini kuat egonya, turunkan ego, pergi minta maaf kepadanya." dan aku turuti nasihat dia. tapi bila aku minta maaf, apa yang aku dapat ? adakah perkara itu kembali seperti sediakala ? tak. bukan senang. aku tahu bukan senang nak memaafkan orang. tetapi aku tak kesah. aku tak endah semua itu. yang pasti aku punya tugasan untuk meminta maaf dah selesai. Dan aku cuba untuk pulihkan keadaan. Aku buat seperti mana yang pernah aku buat dahulu. Bagi tahu nak pergi kesana, kesini. Tapi apa yang aku dapat ? hanyalah jawapan "ok" atau pun tak terbalas langsung. haha read and ignore. or delete it, throw it away. Nak cakap aku sedih pun ada, nak cakap aku nak marah pun aku rasa macam whats the point dude? so, keputusan yang aku ambil, berdiam diri. mungkin berdiam diri ini lebih baik dan kita biarkan masa yang tentukan. 

Satu tahap, aku rasakan, kenapa aku mcm ni ? haha. sadlife all the time. rasa macam orang bodoh yang tak tahu nak buat apa, rasa kosong. tak semua yang kita nak, kita dapat. kadang2 Allah bagi benda yang kita rasa tak terpikir pun, tapi kita akan menggunakannya suatu masa kelak. Aku banyakkan baca buku2 atau phrases yang boleh memotivasikan jiwa aku ni. Dan pengakhiran konklusi yang aku dapat, "Biarlah Allah tentukan segalanya, kau ada Tuhan, Tuhan jaga kau, Dia dah aturkan segalanya. Kalau ada rezeki,ada jodoh, ada lah. Kalau tak, takdalah. Terima jelah seadanya" 

Dan yang akhir skali, perkataan SABAR aku tempekkan atas dahi supaya aku ingat. Dunia ni perlukan kesabaran. Manusia sekeliling kau tuh Allah boleh jadikan mereka sebagai ujian buat kau. betul tuh. sebab tuh kunci untuk menghadapi ujian ni, SABAR. Manusia itu sombong, bongkak,dan ego. Bilamana dah hilang didepan mata, baru ingin dan minta kembali. Bilamana dia datang, kau lagi sekali tidak hiraukan dia dek kerana kesilapannya yang terdahulu. Sudahlah, aku pun mengerti rasa penatnya menunggu, penatnya bersabar, penatnya memaksa diri untuk gembira. Jangan terlampau fikirkan diri kau, hati kau sendiri sampai kau abaikan hati manusia lain yang ingin mengembalikan atau memulihkan keadaan. Sampai suatu masa, kau akan terasa rugi, kau akan rasakan. 

Orang kata, carilah seseorang yang telah kehilangan ahli keluarganya,
nescaya dia akan faham akan erti kehilangan,
dan dia akan hargai diri kau.
Betul barangkali,
Aku sudah kehilangan umi,
Dan aku dapat merasakan apa itu rasa kehilangan,
Sebahagian daripada hidup itu telah hilang,
Tetapi rasa itu sudah lama dapat aku bendung.
Dan sekarang, mungkin rasa itu akan menjengah kembali dalam kehidupan aku.
Takpa, aku sudah ada pengalaman,
Mungkin kehilangan orang yang berbeza,
tetapi ianya tetap sama, satu perkataan,
KEHILANGAN.

Semoga hidup senantiasa dirahmati, dan diberkati. Mohon lah kepada Tuhanmu saat engkau jatuh, dan berterima kasih lah kepada Tuhanmu saat engkau bangkit kembali. Baca dengan hati dan emosi, engkau akan nampak maksud disebalik penulisan ini. sekian.
Oct 23, 2015 with 0 Comment(s)
Assalamualaikum.

Test test 1 2 3.. ehem. haha lama sungguh aku tinggalkan blog ni. bukan stakat sarang lelabah, dengan tikus lipas semua dah beranak pinak 2 keturunan dah kot. Last update 23 ogos 2014 yang aku post pasal Janganlah kita lupa, siapakah kita. Okay, sekarang jari aku kembali menari di atas keyboard untuk meluahkan perasaan, menyatakan pendapat dan memberi kata-kata yang dapat memotivasikan diri sendiri dan orang yang membaca (kalau ada org baca lah kan) haha ok continue..

Sekarang ni musim jerebu bro, habis hilang pandangan tak nampak mana pegi jodoh ehhhhh. hahaha #kemaincikabang okay tak, gurau. Memang sekarang musim jerebu teruk di Melaka pun agak teruk lah sebab tuh gua duduk dalam bilik je. keluar beli makanan je tak pegi jejalan, tak pegi memana. So adik-adik yang dapat cuti sekolah tuh sila duduk di rumah, jangan gatal2 pegi keluar dating dan sebagainya okay abang pun masa zaman sekolah dulu takda dating2 ni ehhhh.. hahaha

Enough about haze, sekarang masuk dalam penulisan serious. Sebenarnya aku tengah tak brapa nak ada mood sejak dua menjak tiga menjak ni. Tak tahu lah kenapa. Nak kata period, abang still lelaki tulin. hahaha bodoh. tak tak.. maybe sebab ada someone lah kot yang buat rasa macam ni. Penah tak korang rasa, dalam 24 jam tuh, buat apa pun, serba serbi tak kena. penah rasa tak ? erm yang tulah yang aku tengah rasa sekarang ni. mandi pun 2 kali je sehari tapi basah lah mandi tu. makan pun sekali je sehari. tu pun kalau rasa nak makan. tambahan pulak sekarang musim cuti sem untuk student MMU, so aku duduk kat umah sewa Melaka ni macam org bodoh lah, duk bilik sesorang diorg sume balik. Aku nak jugak balik, tapi disebabkan aku ada appointment dengan doctor fisio, pakar tulang, sport, dan lain2... so serba salah aku nak balik. gap seminggu seminggu setiap appointment tuh. haihh. so mereput lah kita kat sini sesorang. Dah alang2 gua sebut pasal appointment doctor ni, nak ceghita lah sikit keadaan kaki aku ni haa. Alhamdulillah, aku boleh jalan macam biasa walaupun aku rasa tak normal, tapi org lain tgk aku jalan normal tu dha kira syukur lah kan. Kaki aku ni ada 2 ligament problem. satu di panggil PCL - Posterior Cruciate Ligament dan satu lagi dipanggil ACL - Anterior Cruciate Ligament. PCL ni berada di bahagian belakang tulang lutut atau di bahagian pelipat lutut yang ni lah yang putus habis buat kan kaki aku boleh gerak blakang dan ke depan. hahaha macam sotong. tapi dia tak sakit. sbb doctor cakap PCL ni dah tahap 3, putus habis so benda tu tak attach dah kat aku punya saraf. takde lah rasa sakit. ACL ni pulak ligament kat belah kanan lutut yang ni kata nya tak putus habis, tapi still ada longgar. Nak tahu lebih lanjut aku kene tunggu laporan MRI yang aku dah buat rabu lepas nanti 4 november jumpapakar tulang tgk keadaan laporan tu mcm mana. Kata doc, nak taknak memang aku kene buat operation. Wallahualam, kita tunggu je nnti okay ?

Itu serba sedikit pasal diri aku ni lah yang sekarang ni. Dah lama tak menaip ni, panjang pulak berkarangannya, salah amek bidang aku ni. patut amek bahasa. bukan nya IT. haha takpe orang rumah dah amek bidang bahasajadi cikgu bahasa melayu nanti ehhhhhhhhhh. okay nexttt.. hahaha aku nak cakap sikit pasal buku yang aku baru beli seminggu yang lepas bertajuk REINKARNASI - Faiz Ibrahim. Buku ni ditulis melalui puisi dan catatan peribadi kehidupan beliau dan apa yang dilihat di persekitaran dia lah. Bagi aku buku ni sangat best, banyak kata2 yang dapat membuka mata aku, bagi aku serba sedikit apa yang betul apa yang salah dalam dunia ni. Dari kategori percintaan sehingga lah kehidupan keluarga. Maybe aku tak dapat sharekan kesemua isi isi yang terdapat dalam buku ni, insyaAllah kalau aku ada masa, dari masa ke semasa aku akan share kat korang semua apa yang aku rasa kata2 yang best yang terdapat dalam buku ni. So aku rasa smpai sini je lah kot buat masa ini, akhir kata,aku nak share petikan puisi 104 : Cintabat.

104 : Cintabat

Cintabat.
Asalnya dari sahabat.
Kerana terlampau menjaga,
mula wujud rasa cinta.
Mula wujud perasaan ingin bersama.

Hati manusia itu kau tidak boleh tahan.
Jika kelakuan dia kerap menjaga,
hati sekeras batu pun akan mula merasa.

Ingat.
Kau tidak sekeras yang kau sangka.

p/s : kau dan aku dulu pun bersahabat. Berkawan rapat. Cukup erat. Walaupun status kita sekarang berbeza, tidak bolehkah engkau beranggapan aku ini adalah sahabat? aku ini adalah peneman? dan aku ini jugalah seorang kekasihmu?