Apr 29, 2012 with 0 Comment(s)
Assalamualaikum :) setelah sekian lama meninggalkan blog, aku dtg balik. sekarang pukul 3.06 A.M. dan hangin apa ntah dtg rasa nak update blog. haha hangin kentut berdarah ? ohh no. okayy insyallah, kalau ada rezeki, next week aku akan pegi ke melaka. untuk ? haa rahsia. haha sebenarnya, aku dpt dah jawapan daripada UNITEN && MMU. aku hari tuh apply untuk foundation diorg. untuk uniten, aku dpt foundation in course computer science. lepas habis foundation ni, aku akan follow up smbung degree dalam engineering computer lahh. but, i think...taknok pegi :P haha penat2 mintak, tak nak pegi pulak ye ? bukan taknak pegi sbb saje2.. aku kan ada mintak MMU.. MALAYSIA MUTLIMEDIA UNIVERSITY. aku apply foundation course IT information technology. andd yang nih pun rezeki aku, aku dpt. hehe. so aku rasa aku akan pergi MMU ni, dekat melaka. woww bandar bersejarah bebeh xD dan aku akan meninggalkan sejarah hidup aku di sini iaitu ipoh, perak :') hehe.

sebenarnya, agak sukar kan nak tinggalkan sesuatu tempat yg dah sebati dgn diri kita. lagi susah kalau ada something yang memberatkan kita untuk meninggalkan tempat tuh. something yang memberatkan apakah ? ialah, mak bapak kita, adik bradik, kawan2.. dan si dia.. huh~ aku bnyk fikir, nnti kalau aku pergi, macam mana dia ? okay ke dia ? nnti balik keje, sape nak hantar dia ? erghhh =.=" kenapaa !!?? demm. haha kalau boleh aku nak sumbat dia dlm beg, then buat dunno jer. lalala~ tapi kita kene ingat kan, setiap pertemuan ada perpisahan. jangan ditangisi akan perpisahan, tangisilah akan pertemuan. kerana tanpa pertemuan, tiada perpisahan. huhu~ bersastera pulak aku ni. lama dah tak bersastera kat blog. nyeheh~ actually, dia pun serba salah nak bg aku pegi. yelah, tak penah pun pisah jauh2 gini. haha kalau pisah pun, sehari due jer, then dpt tgk muka balik. walaupun muka ku macam bontot ayam, tetapi muka ni lah yang boleh buat dia gelak, menangis, marah bagai tauu haaa. jgn memain. berkuasa bontot ayam ni. xD okayy merepek.

dia pun paham, aku pegi bukan buat apa.. just belajar, untuk diri aku, untuk keluarga aku, dan insyallah, kalau ada jodoh, untuk dia jugak nnti. aku tak kesah apa yang orang lain ckp. haha for example, POYO AHH MAMAT NI ! demm you. suke hati aku ahh blog aku bebeh. haha memang susah nak tinggalkan kau kat sini weh, takde aku, sape nak jago kau ? sape nak membebel kat kau dah ha ? haha then, aku dah tak boleh nak tgk muka kau yang garang tuh. meow meow gitu. xD nak mencakor gayanye. :) aku dah tak boleh nak tgk muka kau time kau senyum. aku mesti rindu kau. =.=" kenapalahh haih. jom ahh masuk menyorok dalam beg aku wehh. takde, aku tak kira muat tak muat aku nak sumbat jugak kau ! nak bawak skali sobsob T_T pecah beg kau ganti okay ? hahaha.

ermm pape pun, blajar tetap belajar. aku pegi sana takde nak cari pompuan lain. haha aku pegi sana just cuci mata tuh ada lah kot, melihat keindahan ciptaan tuhan kan itu baik ? hahaha takde takde memain je. hehe jangan marah ehh ? hee ^_^ okayy study ! study ! and study ! for future bebeh. aku harap kau akan ingat sgala bebelan aku dekat kau. nnti hari terakhir kau kat sini, aku akan list kan bebelan aku dekat kau okay NHCO ? hehe byee. salamualaikum <3
Apr 19, 2012 with 2 Comment(s)
well sometimes things going to be fine dalam kita tak sedari kan ? sebenarnya kita bukan nak kan sesuatu perkara tuh terjadi mengikut apa yang kita fikirkan masa kita dlm keadaan luar kawalan fikiran. memang betol, kalau dah kita sakit hati, fikir mcm2, benda buruk jer yang kita fikirkan. aku pernah merasai. tapi nasib baik lah masa tuh aku boleh control lagi, relex kan mindaa. fikir elok2. and hasil nya sekarang aku still bahagia dengan hidup aku :) alhamdulillah kan ? kita semua boleh selesaikan masalah dgn baik, antara nak atau tak jer :D

jangan mudah mengalah dgn hidup. biarkan hidup menyiksa kita, tapi kita boleh cari jalan untuk melepaskan diri daripada siksaan hidup didunia ni. baru siksaan di dunia, belum lagi akhirat kan ? so cool down. jgn fikirkan sangat lahh. bukan maksud aku tak amek berat and just let go apa benda nak jadi atas kita, tapi kita kena bertindak atas akal lah kan. yang manusia2 sekarang nih pulak kan, bak kata member aku, si aji otai tuh, dia kata hidup manusia hanya mengejar sekeping kertas jer. haha maksud nya apa ? cuba teka ? korang tak fikir ker masa darjah 6 kita amek upsr kan ? okayy. form 3 pulak pmr. okayy pastu form 5 spm pulak. haha nanti masuk u sume tetap mengejarkan sekeping kertas.. slip slip result sume tuh kertas kan ? haha itu lah matlamat hidup manusia nih umpama nya lah.

korang pndai2 lah pikir. kadang2 benda remeh tapi kita tak nampak. lain orang lain pendapat, its up to you. but apa yang penting, dlm hidup kita tetap teruskan untuk belajar. wajib tuh kan ? hehe walaupun dah jadi isteri orang, suri rumah sepenuh masa pun, boleh lagi blajar. blajar lah cara nak jaga anak ker ? blajar resipi resipi baru ker kan ? boleh masak untuk laki. huew huew~ mula dah aku menggatal. haha. ehh orang tua tua cakap, kalau nak jaga hati suami, kene jaga perutnya dulu. aww~ untung lahh nanti kawen ada orang jaga perut suami. haaha tapi sekarang nih erkk... malas nak ckp nnti kaum kaum hawa yang terasa serang aku. bahaha.. naseb NHCO aku pndai masak. wahaha kan kan ? wekk k bai. larii~
Apr 17, 2012 with 0 Comment(s)
dalam dunia nih, antara salah satu benda yang aku lemah bila aku buat perempuan menangis ==" walaupun bukan salah aku, dan aku tak buat pun, tapi tangisan tuh membabitkan aku, aku trasa bersalah. kesian. tak smpai hati. dan seangkatan dengannya lah kan. susah wehh. namanya pun perempuan kan ? empangan dia made in china kot. tak tahan lama. pakai konkrit kita semula. bahahaha sorry ye perempuan, gurau ajee :)

bukan perempuan je yang boleh menangis kan ? lelaki pun sama. pernah tak anda melihat lelaki menangis dan kemudian perempuan pula menangis ? due due menangis ? hahaha. weh meh aku nak bg tau, ingat senang ka nak tgk laki menangis ? menagih memang lah senang tgk, berlambak2.. tapi menangis susah aku rasa tambah2 kalau menangis sebab perempuan. haha plik ==" tak malu ke weh ? eeeww hahaha. jahat aku nih. *padahal diri sendiri pun sama*

okayy. lelaki menangis sbb perempuan ? wth ? haha. sebab apa ? maybe perempuan tuh buat benda bukan2 dekat blakang dia.. maybe perempuan tuh buatkan dia terasa tawar hati, sia2 dia mencintai perempuan tuh tapi apa yang dia dpt hanyalah kesakitan. tak. aku just nak berkongsi lah kan.. memang payah bila lelaki tuh dah setia bagai, and then perempuan pulak pada awalnya memang okayy sume, tapi bila lama2 lain mcm pulak.. pastu dpt tau benda yang menyakitkan hati dia.. dia bersabar sume.. tapi jadi lagi, sabar lagi. last2 penat lah brader nak sabar2. laki pun ada gak hati.. haha jgn ingat kami muka brutal, hati keras ==" tapi sekarang sume mat mat jambu air. hahaha okay2 sorry :P

dah tuh mula lah gadoh2 sume kan ? haha cer relex. tgk aku. alhamdulillah, kalau sabar, tak akan ada benda yang tak diingini berlaku. aku sabar. dulu aku panas baran, tapi ada orang mintak supaya aku kawal benda tuh, buang jauh2.. dah hasil nya ? aku boleh buat. aku ckp okayy jer. bincang sume okayy. kalau nak nangis, nangis jer xD sebenarnya kan, air mata lelaki nih jatuh boleh mencerminkan keikhlasan dia tauu. haaa ni rahsianya. bukti kita benar2 tuhh penting :) dan bila ditambahnya lagi dgn tgk pompuan keluar air mata menangis2, lagi lerr prasaan marah tuh terus blahh entah kemana. tetibe "takpelah, lupekan je" haha plik ? tapi itu lah realiti nyaa bro bro, sis sis skalian. hehe.

okay la aku rasa cukup lah stakat tuh.
P/S : untuk entry yang sebelum nih, iaitu semalam, ini sambungan nya kalau anda faham. lalala k bai :)
Apr 16, 2012 with 7 Comment(s)
memang lama sungguh kan aku tak update. tak jenguk belog nih. baru terasa rindu. sorry ye, busy.. bnyk sgt hal. smpai tak boleh nak jenguk belog langsung. stakat fb tuh boleh lah. :) takpe lah. korang pun bukannya baca sgt blog aku nih. aku taip, then aku sendiri jer yang baca. haha. blog aku tak popular :D sokay sokay.

luqman, apa kau rasa sekarang nih ? racun dalam manisan ?

ye. aku tengah merasai racun dalam kemanisan. huhu. amat perit kan hidup nih. kadang2 kita dah cuba buat yang terbaik, tetapi apa boleh kita katakan, kita hanya berusaha, keputusan bukan terletak di tangan kita kan ? huhu. takpelah. mungkin ini lah yang dinamakan hidup. kene ada tangisan. kene ada gelak tawa.. ada masa masa nya kita perlu merasai kesemuanya untuk menjadikan kita lebih matang di masa akan datang.

sebenarnya, aku tengah menangis. haha lawak kan ? apa lah laki menangis, supo pondey. hehe tapi kan aku dah ckp, dalam hidup kita mesti akan merasai kesemuanya kan ? :) so aku sedang merasai bagaimana rasanya apabila orang yang kita tahta kan dengan mahkota mcm permaisuri dah yang duduk dalam hati, tiba tiba... akan lenyap macam tuh jer. apa lagi yang kita boleh buat kan ? kita sendiri pun tak tahu salah diri kita ke ? atau pun salah siapa. entah lah..

kadang2 kita terasa terkilan jugak kan, slama ni, kita berusaha sedaya upaya untuk membuatkan seseorang itu bahagia, gembira, sanggup korbankan masa untuk dia, sanggup lupakan penat lelah yang terasa dekat diri nih semata mata untuk membantu dia. tapi apakah balasannya ? ini ker ? sayang nye lahh.. sbb tuh kadang2 kita ada dengar, manusia takkan bersukur atas benda yang terbaik yang ada didepan matanya, tapi akan menyedari betapa kita memerlukan benda itu selepas benda itu dah takde.

aku suka dengar lagu nirwana band - sudah cukup sudah tuh. memang kena atas batang hidung aku sekarang nih. haha. walaupun hidung tak mancung kan ? :)

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu

*sama tak lagu dengan blog aku ni ? hehe :)

dah lah. aku daripada balik kerja pukul 10 td, smpai sekarang dah subuh, aku memang tak tido2. mata pun dah merah.. bengkak.. takpelah, biarlah jd tanda untuk malam nih.

speechless. bye :')