Oct 30, 2011 with 0 Comment(s)
ini entry yang terakhir daripada aku. mungkin selepas ini aku tak bukak dah PC nih. kalau bukak pun, selepas SPM insya-Allah.

disini aku nak mintak maaf dekat semua readers yang setia membaca belog aku nih. walaupun tak ramai, tapi still ada, terima kasih bnyk2 dekat korang. aku nak minta maaf atas segala perkataan yang aku taip dalam blog ini kalau ada yang terasa hati, terlekat di hati tuh. aku betol2 mintak maaf, maafkan aku. aku, kau dan mereka, semuanya manusia. manusia biasa tak akan lari dari dosa salah dan silap.

aku harap, korang semua mendoakan kejayaan aku, kejayaan semua orang, dan sentiasalah mengingati apa yang baik yang aku taipkan dalam blog di post2 yang sebelum ini, harap2 semua benda yang aku ckpkan tuh membawa faedah kepada korang semua.

kata2 akhir dari aku :- jangan lupakan senyuman walau ketika kamu berduka, jangan lupakan tuhan walau ketika kamu kaya, dan jangan lupakan kawan walau ketika kamu kegembiraan.

Assalamualaikum,
SPM! you're my enemy ! begin to battle ! WAR !
Oct 25, 2011 with 2 Comment(s)
dulu hanphone aku menjadi bini kedua aku. tapi sekarang aku rasa aku nak ceraikan dia, dan akan merujuk kembali selepas SPM. buat masa sekarang aku nak kalkulator yang jadi bini kedua aku. boleh tak ? haha. kalkulator amat penting sekarang nih bgi aku. untuk math, addmath, pysics, kimia, bio, even bm pun boleh guna kalkulator tau nak kira jumlah perkataan. haha

last2 minute nih, baru terasa nak cuba mencintai subjek2 yang aku amek. dulu sombong pndang sebelah mata je kan ? sorry lah :( dulu kau orang semua tak lawa. sekarang pun tak lawa, tapi aku terpaksa cuba dgn erti kata lain 'paksa' diri aku untuk mencintai korang. takpe, aku sanggup berkorban sikit walaupun pedih. ceh haha macam orang nak bercinta dengan pompuan jer gaya nya. tak tak, aku nak bercinta dgn subjek. aku harap mereka boleh menerima cinta aku. walaupun terpaksa berpoligami sebanyak 9 subjek. haha bnyk tuh ! lebih had yang ditetap kan. tapi takpe, dalam hal darurat nih, semua nih halal. HAHA bnyk lah kau punya darurat.

pesanan untuk bekas isteri kedua ku, haii handphone, kau bnyk melukakan hati aku. mungkin sekarang aku perlu melepaskan mu dulu untuk sebab sebab tertentu. kalau kita ada jodoh lagi, kita rujuk balik lepas spm. kalau dah terlambat nak rujuk, kita buat akad nikah yang baru ok ?

ok itu je, bye.
Oct 21, 2011 with 3 Comment(s)

saya penat . trasa tak berbaloi dgn apa benda yang dikorbankan untuk dapatkan hanya satu benda. saya betol2 penat kali ini. penat jadi Batman. Penat jadi tukang menunggu. penat.. maaf kalau mood saya entah kemana . maaf je yang boleh saya katakan . walau saya tak bersalah, tapi saya suka menyatakan 'maaf' & 'sorry'


Oct 20, 2011 with 3 Comment(s)
aku nak tanya something, kalau kad pengenalan kita rosak, boleh kah kita mengambil SPM ? erk!

*kad pengenalan manusia yang terganas dan lapar sehingga menggigit IC .

tolong bagi aku jawpan =..=" mengenai pengambilan peperiksaan SPM nih tapi kad pengenalan aku mcm di kokak oleh binatang buas. nyooohhhh~

- sometimes, perkataan tak diperlukan untuk memahami sesuatu. cukuplah dengan melihat reaksinya, :| bye .
Oct 14, 2011 with 0 Comment(s)
ada orang, atau budak nih yang buat request suruh aku update pasal hati wanita. ekeleh ? haha apa ingat aku nih pakar hati ker ? kalau aku pakar hati, dah lama keje kat hospital. bedah hati orang jer keje aku bahaha. ok stop the merepek. aku nak cerita pasal hati wanita nih..

apa ehh yang aku nak ckp mengenai hati wanita nih ? aku bukan perempuan. tak mampu nak jadi mcm perempuan, memang aku lelaki tulin. hahaha. *teruna mithali ok* ermmmm perempuan ? apa yang korang tahu mengenai perempuan ?

"apa yang kita tahu kejadian Hawa itu khilaf (berbeza pendapat) diantara ulama setengahnya berkata, kejadian itu dari tulang rusuk nabi Adam. Mereka berpegang kepada ayat quran dan hadith yang ada. Manakala setengah yang lain berkata disebut tulang rusuk bengkok didalam hadith itu sebagai membuat bandingan dengan kekurangan akhlak, kerana perempuan itu tidak lain akhlaknya dari tulang rusuk yang bengkok itu manakala diperbetulkan dengan kuat nescaya patah dan jika dibiarkan maka sentiasa bengkok, demikianlah perempuan kiranya suaminya menghalang kehendaknya atau melarangnya dengan keras maka membawa kepada rosak dan bencana masyarakat diantara keduanya dan rumah tangga. Tetapi jika suami itu menurut kehendak-kehendaknya dengan tidak diberi sedikit pun nasihat dan ajaran yang baik maka sudah tentu perempuan itu sentiasa rosak akhlaknya yang mana suaminya pula terpengaruh olehnya. Itulah perempuan.. kaum lelaki yang menjadi suami nya lah yang perlu mengajar, dan membentuknya menyambung tanggungjawab ibu bapa wanita tersebut dalam mendidik mereka.

hati perempuan sama lah dengan sifat diri mereka, lemah lembut. kan ? (tapi sekarang pompuan ganas2) . persoalannya di sini,
mengapa sukar menyelami hati wanita? adakah wanita yang membuatkan kaum adam tidak memahami mereka ? atau memang asal kejadian dan pembinaan diri wanita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati wanita juga sukar ditelaah ? perempuan cepat terasa. bukan bermakna diorang lemah, tetapi mungkin faktor hati mereka yang memang semulajadi nya lemah lembut.. lemah lembut itu sifat Allah, dan Allah suka akan kelembutan. jadi tak salah lah mereka lembut ? memang padan dengan rupa paras mereka yang ayu. Allah telah cipta wanita dengan penuh kecantikan. tidakkah wanita itu sedar akan kelebihan yang Allah ciptakan untuk mereka ? tetapi ingat satu perkara.. kecantikan bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain dengan mendedahkan benda yang Allah telah tutupkan :) cantik rupa paras adalah pemberian Tuhan. bersyukurlah, ucapkanlah Alhamdulillah..
"

pesanan kepada lelaki. perempuan jgn di main main. Allah lindungi mereka. jangan ingat mereka lemah, kita mampu buat apa apa kat mereka. lagi satu, hati wanita kalau sedih, pujuk lah, kalau tak makan pujukkan melalui lisan, buat lah pujukkan melalui perbuatan. bila kena pujukkannya, terpujuklah dia, jika tak kena cara pujukkannya, maka selama itu lah dia akan terasa, dan bersedih :)

ok, aku merapu. hahaha jgn marah kalau ada benda2 tersilap. ampun, maaf. aku menaip apa yang ada dalam otak jer. salahkan jari aku, dia yang berlari di atas keyboard nih..

ok bye~ ! larii :P

-dari hati lelaki mengenai hati wanita.
Oct 13, 2011 with 0 Comment(s)
aku berjalan, tgk isi blog, cerita2 orang. dan aku ter-stop dkt satu blog. cerita dia membuat kan hati aku berdebar. bukan sebab takut atau suspens. tapi aku ter-kesian dgn nasib dia. mula lah hati berkata "kalau lah naseb aku jadi sama sepertinya" .

ok, sebenarnya cerita nih tak ada kaitan dengan sape2, cume aku memetik penceritaan dia sahaja. maaf . cerita nya begini :-

"Aku sentiasa berhubung dgn dia melalui phone. mcm biasalah budak2 remaja, tak sah kalau takde phone. kami slalu sms, calling2 alah perkara biasa. disebabkan biasa tuh lah yang membuatkan aku jd tak biasa sekarang ni. yelah, diibaratkan mcm tak senang duduk kalau tak sms sehari sbb dah terbiasa hari2 sms. Aku tak marahkan dia, memang betol, dia pun bnyk juga kerja lain, bukan nak melayan aku sorang jer seharian kan ? mesti nak msj orang lain lagi, nak buat kerja lain lagi kat rumah tuh, bnyk benda lagi nak dibuat. siang dia membuat kerja2. malam dia penat, tidur awal. aku pun rasa mcm seharian aku msj dia, aku nih mengganggu dia. memang dia tak pernah ckp yang aku mengganggu dia, cuma aku dpt rasakan yang aku memang mengganggu dia.

Satu hari, aku tak msj dia. aku tahan perasaan 'terbiasa' aku tuh. aku tak msj dia. aku ingatkan, dia akan msj aku.. tapi sampai malam memang dia tak msj langsung. daripada ini, aku pasti, memang aku nih hanya mengganggu dia. kalau aku tak msj dia, dia tak msj pun aku. kalau aku msj dia, mungkin dia terpaksa bls msj aku dalam kesibukan dia tuh. aku taknak menyusahkan orang lain disebabkan untuk menyenangkan diri sendiri. mungkin daripada saat ini, aku tak akan ganggu dia. aku akan bls bila dia msj. aku tak akan msj, bila dia tak msj aku. aku tahu aku tak mampu, tapi demi dia, aku akan tahan kan diri aku. harapnya, begitu. maaf ."

mcm mana ? aku tak tahu nak komen cerita orang. tapi aku rasa, betol apa yang dia buat. bukan aku menyokong sebab dia lelaki, dan aku pun lelaki tak.. cume kadang2 kita pun boleh tahu kan orang yang slalu dekat dengan kita mcm mana kebiasaannya. mungkin semua orang berubah. tak boleh nak dinafikan. cuma apa yang harus kita buat, bersabar. aku bukan apa, aku tgk orang, aku kesian, aku tgk diri sendiri pun kesian jugak, tapi aku kesiankan orang lain lebih daripada diri sendiri. haha.

that's all i wanna share with you all. thanks sbb sudi baca.
-darikataLelaki.
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Words cannot describe everythings in your heart .

Life cannot give everythings that you want.

Time cannot always waiting for you .

You cannot always be sad.

so.. Smile :)


I don't know, what actually i wanna type here.
sorry . I don't know the condition of my mood right now.
Happy ? or Angry ? or Disappointed ?
sadness ! damn it x(
Oct 9, 2011 with 2 Comment(s)
antara Lelaki dan Perempuan :-

memang kebenaran kan ? betol ker ni ? HAHA jangan marah. tak baik marah saya, marah lah siapa yang menerbitkan gambor nih. tgk kat fb HAHAHAHA !

sebelum ada orang kejor aku ngan parang, baik lari.
kbai, :P larriii~
Oct 8, 2011 with 4 Comment(s)
Pohon semalu sinonim dengan wanita. ciri-cirinya boleh dikiaskan pada wanita yg mempunyai jiwa nurani yg lembut. Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. durinya yang tajam berfungsi sebagai pertahanan diri, akarnya yang kuat mencengkam bumi membolehkan ia kukuh berdiri, mengembang pada waktu pagi dan mengucup apabila senja mengganti hari.

Wanita dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki, kalau dibentuk dengan keras pasti patah, kalau dibiarkan tanpa nasihat pasti 'parah' . kerana itu, nasihat pada kaum wanita seharusnya berhikmah. sifat lemah lembut itu bukan sekadar lemah fizikal. tetapi Allah sulami sifat itu dengan benang malu.

Wanita malu tidak sewenang-wenangnya mengizinkan dirinya disentuh dan tidak semudah-mudah pemikirannya dijajah. semua ini lantaran hati dan jiwa yang dipasak malu kerana Allah. samalah jugak dengan pohon semalu, pantang disentuh, pasti mengucup. sememangnya pohon semalu yang pemalu.

Lihat pula pada batangnya yang mempunyai duri yang tajam. apabila tertusuk duri, sakitnya bukan kepalang. inilah benteng pertahanan bagi melindungi diri daripada musuh. Bunga yang cantik harus ada pelindung. seperti mawar yang sering dikaitkan dengan durinya. inikan pula wanita yang cukup sempurna sifatnya dan cantik pada fitrahnya. ingat, cantik dipandang tetapi bukan senang disentuh!

Akar pohon semalu kuat mencengkam bumi. hanya mereka yang betul-betul kuat kudratnya boleh mencabut aku dari tanah. kepercayaan yang teguh kepada ajaran Islam juga menyebabkan manusia tidak lari daripada menjadi Mukmin yang ada sifat ihsan. apabila dia yakin Allah sentiasa melihat, dia setia sebagai muslim yang sentiasa berhati-hari supaya tidak melanggar perintah Tuhan. letaklah di mana saja, apabila tauhid itu dipasak, ibadah itu disemai, cantiklah akhlak, murnilah pemikiran.

Apabila senja menjelang, semalu mulai mengucup. menjadi pohon semalu menyebabkan dia menuruti hukum Tuhan itu. selalu ibu-ibu berpesan kepada anaknya, malam-malam bukan masa yang baik untuk keluar menjadi penghias alam. walaupun ada mata-mata yang memandang dan memuji kecantikan, tetapi itu bukan mata yang memberi keselamatan. malam itu adalah masa untuk berehat sebelum meneruskan kehidupan pada esok harinya dengan bantuan matahari. malam masa yang bnyk meragut kehormatan apabila tidak pndai menjaga diri.

Ketiga-tiga ciri ini sangat sesuai dikaitkan dengan WANITA . seorang wanita itu hiasan terbaik dunia, dan ia menjadi lebih cantik kerana mengambil hukum tuhan sebagai cara hidup mereka. Moga kecantikan akhlak itu setanding dengan kecantikan wajah mereka.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan"
-riwayat Muslim.

dipetik dari buku Gen-Q .
maaf kalau ada tersalah taip :)
Oct 6, 2011 with 2 Comment(s)
here.
motif : nothing .
Oct 5, 2011 with 3 Comment(s)
cuaca nih macam tahu jer keadaan perasaan aku ni. aku sedih, takde mood, cuaca pun mendung, gelap mcm nak hujan. kenapa ye ? dia macam nak tarik. nak tarik kesedihan aku nih. nak luahkan semuanyaa.. dia saje nak aku keluarkan semuanyaa .. jangan lah buat macam nih, aku taknak lah. arghhh. sedih lah ! nape nih !!? ;( ok geram.

dah tiba masanya hati mengawal diri. *heh kau pondan* apa laki sedih2 ? ehh tak boleh ker nak sedih ? aku tak akan sedih saje2. ada lah sebabnya tuh. kau tka tahu diam! *dengan sape aku bercakap?* hurm..

kadang2 tuh kan, ada orang kata, air mata dapat bersihkan bebola mata. tapi tak boleh nangis sampai habis air dalam empangan mata . mungkin quantiti volume air mata aku nih dah bnyk sangat kot, sesekali, empangan kene lah lepas kan sikit.. baru air tak terlampau penuh.. kan kan ?

memandai jer aku. sebenarnya, sedih2 nih anugerah daripada Allah. bersyukur lah, kita Allah kurniakan perasaan. tanpa perasaan takda lah kita berkasih sayang semua. tapi tuh lah, sedih nih yang payah sikit.



arghh nak pegi meniarap atas tilam, sambil letak muka atas bantal !
bye :'(
aku suka hidup tanpa menyatakan ketidakpuasan yang ada dalam hati. aku lagi suka meluahkan dengan cara menulis, menaip . blog lah jadi mangsa aku. sorry blog, tpi tanpa kau aku rasa aku lagi keseorangan. takde tempat aku nak memuntahkan sedikit keresahan yang tersimpan dalam stor hati aku nih. taknak simpan sampai capacity dia penuh. nanti takut dia meletup, bahaya. korang paham ker apa yang aku merepek nih ? haha layan jer lah.

"ok, hati, kau duk diam2. biar otak jer yang bekerja sekarang nih"



haha. kadang2 kita kene berkeras sikit dengan hati nih, kene straight sikit. kalau tak dia degil, tak mau dengar ckp, buat sesuka hati dia jer. mentang2 lah dia boleh berseronok dengan bininya iaitu nafsu. ceytt. aku tak suka bila bini kau tuh menghasut kau. sampai aku jadi mangsa tau tak ? ==" apakah yang sedang aku repekkan ini ? sesape tak paham sorry. haha

takpe lah, aku nak rehat jap. rehat kan hati. hehe jum, :)
bye.
Oct 4, 2011 with 0 Comment(s)
kita hidup bukan seorang diri. ramai orang yang berada disekeliling kita. setiap apa perbuatan yang kita lakukan akan memberi kesan kepada orang sekeliling.

kita hidup kene berfikir macam ni : "kalaulah orang yang buat dekat aku sebagaimana aku buat dekat orang sekarang ni, apa prasaan aku ?"


ye betol, susah kita nak pastikan orang merasai apa yang kita rasai, nak suruh orang paham diri kita. tapi kalau orang itu kenal kita, dekat dengan kita, pahami kita, dia sepatutnya akan tahu dan paham dengan sendirinya tanpa kita bagi tahu kan ?

kita Allah bgi hati untuk merasai perasaan orang dan otak untuk berfikir tindakan kita terhadap seseorang. rasailah, fikirkanlah, InsyAllah, kita akan hidup umpama pohon yang rendang yang menjadi payung untuk orang berteduh daripada kepanasan, jangan jadikan diri umpama pohon yang berduri yang menyakiti orang lain.

maaf .
Oct 3, 2011 with 0 Comment(s)
ujian kembali, menguji tahap keimanan, ketakwaan, kesabaran.
aku tidak tanya kenapa ujian datang lagi, tapi sebaliknya aku bersyukur.
alhamdulillah, Allah bagi lagi ujian. aku rasa kalau ujian takda, aku cepat lupa Dia.
aku pun tak tahu kenapa, tapi bila Dia bgi ujian, aku rasa aku cepat jer tunduk dekat Dia.

It Only Hurts Until The Pain Goes Away :)


kesimpulan, aku tak lihat kesusahan memberi penderitaan, tetapi aku lihat kesusahan adalah jalan kepada kesenangan. Alhamdulillah.

-bersihkan hati aku, sucikan jiwa aku, tenangkan diri aku, putihkan permikiran ku. Amin.
Assalamualaikum :)