Sep 27, 2011 with 7 Comment(s)
semakin kita boleh merempuh ujian-Nya semakin Dia menambah ujian terhadap kita. yaa itu lah ujian Allah. dan aku sesungguhnya aku sedang diuji dengan dugaan ujian yang sangat berat. dalam diri aku, aku boleh list kan beberapa masalah yang aku hadapi sekarang ini :-

1.umi
2.abah
3.adik-adik
4.spm
5.kawan
6.dia
7.diri aku sendiri.

itu masalah2 aku. setiap nama yang dinyatakan di atas ada sebab musabab yang berkaitan dengan masalah aku. tapi tak mengapa. insya-Allah selagi aku dapat bersabar, selagi tu aku mampu redho dengan ujian-Nya ini. aku teringat kata kata ayah long semasa dia hantar aku ke hospital semalam sbb abah tak boleh bawak kereta dia sakit smlm. so aku naik ngan ayah long. dia kata apa tau, "lagi susah kalau abah man tuh jatuh. lagi susah. jangan main2 dengan ulang alik datang hospital nih, penat... orang yang sehat pun boleh tumbang kalau dok main ulang alik hospital. tgk, Allah tambah lagi satu ujian. jangan main2 dalam hidup nih, susah.. tapi ini baru dekat dunia, ujian dekat dunia.. belum lagi merasa dekat akhirat esok lagiii susah. tak payah nak cakap besar lah sesape yang senang kat dunia, tgk lah kat akhirat esok..." lepas tuh aku pun trasa nak terkeluor air mata. tapi aku tahan, malu wehh depan ayah long. huhuhu.. pastu aku sembang2 lah dengan dia.. dia ada jugak cakap "setiap daripada orang tuh dapat ujiannya masing2.. macam man, dengan SPM lagi, akan terganggu.. semua ni ujian Dia, jangan tanya lah kenapa kenapa. dah dia nak bagi, kita kene terima je lah. ada baiknya semua yang jadi, sekarang kita redho je, sabar.. orang memang lah boleh ckp sabar sume kan ? sbb depa tuh TAK RASA. depa tak duduk tempat kita sbb tuh depa senang je cakap.. depa tak rasa."

aku angguk. yelah memang betol orang lain tak rasa apa yang kami rasa, sebab tuh depa senang cakap SABAR JE LAH. ye memang betol sabar itu perlu, memang benda nih dengan sabar dan tawakal di ikuti dengan redho je yang mampu merempuh ujian Nya tapi yelah, korang kene paham, korang kene selami hati hati manusia yang diduga nih. jangan main bantai ja.. semalam ayah long jugak ada cakap "man sebagai anak, man boleh doakan untuk umi abah. insyallah doa anak nih kuat jugak.. tapi kita dalam berdoa kena ada lah tertibnya, adabnya. macam contoh, kita doa untuk umi, kita khaskan untuk dia sahaja. kita letak nama dia di binti kan dengan emak dia. kita boleh ibaratkan benda nih macam postman lah, kalau surat kita tak letak alamat penuh, melilau dia cari umah kita. ye lah alamat tak lengkap kan ? boleh diibaratkan mcam tuh lah, kalau kita khaskan nama sape2 yang kita nak, insyallah, Allah boleh beri pertolongan kepada kita. cara kita tadah tangan tuh pun kene tertibe, tgk tok aji tadah tangan angkat setinggi yang boleh, terbukak jaa.. tak maunyaaa.. sebab apa ? kita berdoa pun tgk gaya sombong, agak2 kita mintak barang dengan orang dengan cara yang sombong orang kasi tak ? tak mau nya. kita doa tutup tangan tuh, bagi bersentuhan tangan kiri dan kanan. tangan kita tuh ada 99 nama Allah tuh, orang je yang tak tahu.. tgk, kita tgk, benda2 nih kecik jer, tapi besar kesan dia.. tok aji tok aji pun takda ckp benda2 kecik mcm nih. bukan nak ckp besar lah, tapi itu lah dia." aku pun baru tahu benda nih, aku angguk, dan dengar je apa yang dia cakapkan..

selepas tuh, dia ajar aku ayat untuk berdoa, "sebelum doa, man cakap Ya Rabbi Ya Rasulullah, Ya Allah Yang Maha Penyembuh segala penyakit, mintak lah apa apa pun.. letak nama sekian2, pastu mintak lah Engkau sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam tubuh umi ku itu Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang mampu menyembuhkannya. lepas tuh buat balik ulang dengan letak nama abah pulak, insyallah boleh.. bukan tak boleh tapi kita kene pndai amek cara tuh lah. cara nak berdoa. insyallah Allah makbulkan." aku pun ooo... yelah aku tak tahu pun ayat2 nih, aku main bantai yang ayat biasa2 tuh, pastu yang selebihnya melayu jer laa.. mintak2 macam umum jelah kan. tak letak nama apa semua. tapi kalau kita nak mintak betol2, kita khaskan doa kita tuh kepada siapa yang kita nak tujukan. Insyallah Allah tolong orang yang selalu mengingatinya. ini lah sebab Allah bagi ujian, Dia nak kita mengingatinya. yelah kita manusia, tika susah baru kita akan mencari Pencipta kita, bila senang, kita mungkin lupa. Semua yang Allah buat kepada kita ada hikmahnya, ada kebaikkannya.

aku buat entry ini untuk berpesan kepada diri aku, dan orang yang membaca blog aku ini, jangan lah kita pndang sesuatu keburukkan yang jadi kepada diri kita itu sebagai muhsibah cuba kita pndang keburukkan itu dengan pndangan disebaliknya. kita bersyukur kerana Allah memberi ujian kepada kita untuk kita meningkatkan kekuatan kita. ingat tak dalam entry yang lepas2 yang kata2 daripada buku Langit Ilahi - hilal Asyraf tuh kan, ada perumpamaan yang berbunyi "Manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama semakin kuat"

aku rasa cukup lah setakat ini. Assalamualaikum.
Sep 26, 2011 with 2 Comment(s)
disebabkan masalah, saya membuat orang lain terasa hati . saya mintak maaf jika ayat saya semalam membuatkan awak terasa hati, bukan saya tidak mahu berkawan dengan awak, tapi saya rasa lebih elok kita jangan berkawan . bahaya . betol, awak selalu cakap yang saya suka buat awak gembira, saya lawak, blog saya nih hari2 awak baca tak pernah jemu semua awak selalu tunggu saya online... saya takut perasaan awak itu berubah daripada kawan ke lain. paham kan maksud saya ? sorry, saya tak nak benda macam tuh terjadi . sorry jugak saya dah tak boleh nak buat lawak :) cuma saya nak pesan sesuatu, hidup kadang2 tak semuanya memerlukan kita untuk gelak ketawa, riang gembira.. tetapi hidup yang bahagia ialah selalu menolong orang yang sedih untuk senyum. walaupun tengah dibelenggu dengan masalah, senyum lah. sesungguhnya masalah itu akan mendatangkan kebaikan atau kesenangan buat diri kita pada masa akan datang :)

"engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah"
- riwayat Bukhari

maka senyum lah selalu :) "a smile is a charity, like a million bucks to the refugee"

maaf, maaf, saya tahu saya buat awak marah sehinggakan awak remove kan saya daripada friends awak. takpa saya tak kesah tapi saya hanya nak meminta maaf jika tindakkan saya amat menyakiti hati awak. setakat ini je yang saya mampu ckpkan. senyum tak perlu kata apa apa :)

-Assalamualaikum.


Sep 25, 2011 with 0 Comment(s)
"Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yang kamu melihat dari arah lubang itu sahaja ? Adakah kamu merasakan kebenaran itu hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja ? Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu ? Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pndang, mewujudan lubang2 lain dalam kotak kehidupan kita"

****

"Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan yang kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang. Malah, air jernih itu yang akan dikotorkan. Tetapi kalau kita isi air jernih, kita cuci, kita kikis kekotoran di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi lagi air jernih, Insya-Allah, kekotoran di dalam cawan akan hilang, dan air di dalam cawan hanya tinggal air jernih"

****

"Kalau kamu hendak tahu, di manakah kamu disisi Allah, maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu"

****

"Manusia dan masalah adalah ibarat saudara kembar. Tiada manusia yang hidup tanpa masalah. Cuma adakah dia mempamerkan masalahnya atau tidak. Manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama semakin kuat"

****

Seorang alim, sentiasa membawa lilin bersamanya. Apabila dia terasa ingin berbuat dosa, maka dia akan menyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api lilin. Apabila panasnya tidak tertahan dan kulitnya hampir terbakar, dia menarik semula jarinya itu lantas berkata, "Wahai diri, jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janglah kau bermimpi untuk menyentuh api neraka nanti.."

: dipetik dari buku Fanzuru (Maka Lihatlah) - langit ilahi 3 oleh Hilal Asyraf.
Sep 24, 2011 with 0 Comment(s)
"sesiapa yg dpt menangis,hendaklah ia menangis.Dan sesiapa yg tak mampu melakukannya,maka hendaklah ia menyedihkan hatinya dan berlaku seperti orang yang sedang menangis kerana hati yg keras itu jauh dari Allah,namun masih ramai orang yang tak menyedarinya"


-kadang2 kene perlu fahami hati, tapi kadang2 hati itu yang membuatkan kita sukar untuk memahaminya.
Sep 19, 2011 with 0 Comment(s)


"Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa"
(Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah)


manusia kadang2 perlukan semangat dan dorongan . inilah manusia. ianya lemah. sukar hendak memahaminya kerana ia mempunyai banyak perasaan yang kadang kala kita sendiri tidak memahaminya. tapi kadang2, semangat dan dorongan itu tak boleh datang dengan sendiri. tak boleh wujud dengan sendirinya ke atas diri kita. kan ? kadang kala kita perlukan orang lain untuk menjadi sebagai catalyst buat kita untuk menaikkan semangan dan memberi dorongan kepada diri kita.

memang kita boleh menaikkan semangat apabila ada orang yang berusaha untuk menaikkan semangat kita. tapi kita tak boleh nak paksa, nak suruh orang lain bagi semangat untuk kita ketika mana kita perlukan seseorang untuk naikkan semangat kita kan ? orang lain tak tahu, apa yang kita perlukan dalam hidup kita. kita jugak tak boleh bergantung kepada orang lain. kita ada tenaga, kudrat, akal.. apa salahnya kalau kita cuba untuk tidak menyusahkan orang lain ? kita tingkat kan semangat kita dengan sendiri.

yup. betol. kita hidup untuk diri sendiri dan untuk menyenangkan orang lain. bukan hidup untuk menyusahkan orang lain kan ? aku sedar, aku bnyk menyusahkan semua orang. aku tahu. maaf. aku tak menyusahkan orang lain dah mulai sekarang. aku dah tak tunggu orang lain datang. aku tak tunggu sape2 dah. hidup lah macam aku. untuk aku. dan untuk menyenangkan orang lain.

*image by google.

maaf- salamualaikum.
(not in a good mood)
Sep 18, 2011 with 2 Comment(s)
okay, 17 september 2011 . aktiviti aku pada tarikh yang tertera ialah pergi ker rumah terbuka yang dipanggil open house di rumah amir syahiran a.k.a bab. haha aku bukan nak cite pasal rumah terbuka, cuma aku nak cerita pasal gambar atau dikenali sebagai picture :P

aku akan jadi gila bila dapat camera. haha mengalahkan si empunya camera xD kan hanafi ? haih, ok nak tgk hasil tangkapan aku untuk hari nih ? ok ni aku cedok dari album dalam fb Hanafi meh tgk same2 :)

captured by aku. dan di edit oleh hanafi .

di captured by hanafi, dan di edit oleh nya.

di captured oleh aku dan di edit oleh hanafi .

di captured oleh aku, dan di edit oleh hanafi .

di captured oleh aku, dengan menggunakan flash bahaha. dan di edit oleh hanafi.


okay ? amacam ? dalam bnyk2 nih, aku suka gambar yang second last tuh. sejak aku dtg, aku dah nampak pokok tuh lawa. huu~ apa lagi snap ! mata aku jenis mata boleh tgk benda apa yang cantik di tangkap. haha aku suka tangkap benda atau pokok. kurang suka tangkap manusia :P #kbai

P/s : semua gambar ini bukan di cedok dari internet harap maklum. haha
Sep 16, 2011 with 6 Comment(s)
haha ok ini best. pegi kat google homepage. kau orang search google gravity. pastu tekan yang 1st skali. result yang 1st skali yang keluar tuh kan. tak pun tekan kat sini Google Gravity pastu korang tgk apa jadi. best ! HAHA nak bukti ? tgk bawah :-


pastu korang boleh lah main tarik2 mende alah yang ada kat situ.. HAHA :P selamat bermain daa~
Sep 15, 2011 with 6 Comment(s)
hari 14 september nih paper addmath iaitu kemarin. haha selepas daripada paper tuh, masa petang ajak hanafi pegi restoran kelantan dekat dengan skulah apa nama ntah. bapak aku suruh bawak ikan, bg tukang masak suruh buat sweet sour. kami pergi pukul 3.30 pastu tukang masak kata dalam pukul 5.30 boleh ambek. so kami pikir mana nak lepak sementara pukul 5.30...

last2 round2 balik umah hanafi, dia amek camera. pastu lepak kat McD pengkalan. haha best ! tetibe jumpa aiman ngan sarah tgh study physics untuk paper hari nih. tgk2, snap2, study2 :P

dah jgn ckp bnyk, tgk picture sudeh :P


okayy aku suka gambar ni yang aku amek. comel :P

comel comel kan gambar gambar nih ? haha ini lah hasil tangan aku dan hanafi aww~ ok jangan jealous :P kbai
Sep 13, 2011 with 2 Comment(s)
Assalamualaikum.
yaa sudah jarang blog aku nih diconteng oleh pemiliknya iaitu diri aku sendiri. bukan tak conteng langsung, tapi conteng sikit2 jer, and tak memberi perasaan yang 'NAK' baca blog nih. kan ? biasalah bila ketika mana pelajar pelajar tingkatan 5 trial. baru trial, tgk lah nanti SPM esok luse, blog aku nih tak diconteng langsung . dan pada ketika itu, aku ingin mengupah orang untuk mengupdate blog aku. sape sukarelawan nak ? haha ok aku tipu. taknak pun upah orang semata mata nak updatekan blog cikeding ni.

okay, sorry, ayat2 kat perenggan atas tuh hanya pendahulua, ini baru nak masuk isi. haha td dok baca blog2 faveret dulu dulu~ haha tapi sekarang masih menjadi feveret :) antaranya blog cik Addin.chaos :D masih seperti dulu, penuh dengan pengisian dan kata kata yang power seakan power roots tapi tak serupa. haha aku pun tak berubah lagi dari dulu sampai sekarang asal taip ayat jer hujung nye mesti ada 'hahaha' haih~ nak buat macam mana ? walaupun tak lawak tapi aku buat haha tuh sebabnya nak tunjukkan aku sedang mengemudikan mood. haha tak paham ? sokay orang tua memang macm tuu.. tak paham orang muda ckp. hee okay gurau :)

sekarang still lagi dalam minggu trial. tak habis lagi, dan tinggal lagi 4 paper. errkk ! killer subject dude. aduih, esok addmath, luse physics, next week chemistry and follow by biology. erghh. okay esok addmath, sediakan bantal. jangan sediakan kalkulator okay ? HAHA. damn ahh aku tak suka subjek2 nih haih. macam mana lah aku nak score ? dah puas cube nak 'mencintai' subjek2 nih, tapi sesungguhnya, amatlah berat seksa nya. haha alaaa orang lain boleh, takan kau tak boleh ? perghh tapi tapi, aku akan cuba. cuba sedaya upaya untuk menjawab. mana tahu kan ? aku nak kredit jer. kalau tuh pun aku dah bersyukur sangat.

haih~ udah udah kata nak score, ni yang dok conteng blog buat apa ? baik pi conteng buku past year questions tuh haaa.. ok fine ! bye :P

No matter how serious life gets,
you still gotta have that one person
you can be completely stupid with.

p/s: aku tak tahu apa kaitan dengan entry ni. haha :P
Sep 9, 2011 with 2 Comment(s)
BM dah lepas.
BI dah lepas.
Sejarah dah lepas.

HAHAHAHAHAHA.

jangan nak gelak sangat =.=" heh benda yang lagi besarr akan menunggu mu ! aarrghhh grr ;|
dahh k bai :P

Sep 6, 2011 with 2 Comment(s)
esok TRIAL SPM 2011 ! ohh, doakan aku, dan aku pun nak ucapkan kepada semua students yang trial, slamat slamat dan slamat, semoga korang memperoleh kejayaan :)

-sekian .
Sep 4, 2011 with 2 Comment(s)
Antara Cinta & Cita-cita.

Bayangkan, andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola sepak. andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur. andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli belah walupun kita terpaksa memecahkan tabung kita.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Kesimpulannya, jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.

Apakah tiangnya itu ? Tiangnya adalah cinta kepada Islam. Daripada cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah s.w.t kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia itu.

-dipetik dari majalah Gen-Q .

Sep 2, 2011 with 0 Comment(s)
Sorry :'( aku dah jarang nak online, nak update blog, nak tweet2 . memang aku dah JARANG dok umahh.. menghabiskan masa di Hospital. dari pagi sampai malam, kalau ada pun, malam2 lah aku balik umah, huuu~

ok, raya pertama hari tuu umi masuk wad balik, :(
buat masa sekarang, memang aku penat sikit ulang alik pegi hospital sama mcm bapak aku sumee . takpee kita orang kuat Insyallah ! DOA KAN KAMI KUAT ! kbai :P