Jan 26, 2016 with 0 Comment(s)
Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa tersenyum riang di khalayak ramai. Namun, kadangkala dia menangis ketika bersendirian. Kelihatan sentiasa bersemangat. Namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu. Kelihatan sangat kuat. Namun, hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum selesai.

Lelaki itu juga sentiasa menyakinkan orang lain. Namun, hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Lelaki itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan menggembirakan hati orang lain walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya dia sering pendam rasa.

Lelaki itu masih lagi mampu mengukir senyuman.

Sering lelaki itu mengadu masalah nya pada sang Pencipta, namun tekanan sekeliling membuatkan lelaki itu menangis tanpa sedar.

Lelaki itu memerlukan insan untuk mengadu, Namun, lelaki itu terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri. Pendam sehingga terpadam.

Terang itu tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi dan gelap juga akan tetap menghantui kita. Sepi itu datang bukannya sendiri. Hakikatnya, sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Tuhan. Tuhan minta kita sujud mengenangkanNya. Tuhan minta kita sentiasa ingat padaNya, melebihi ingatan kita pada makhlukNya yang lain.


Hanya Allah yang setia mendengar. kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik baik Pendengar. Allah tempat lelaki itu berlindung dan berharap.

credit : MissAddin
Jan 25, 2016 with 0 Comment(s)
sambil baring aku meletakkan lengan diatas dahi dan memejamkan mata. aku terfikir.. kenapa aku terlalu berharapsedangkan tiada confirmation daripada dia lagi? kenapa aku bangun pagi, siapkan segala pakaian aku siap dengan kemeja yang digosok dan disangkut. kenapa aku boleh bertindak sedemikian rupa ? dan pengakhirannya, penantian yang menyakitkan. aku sendiri pun tak tahu kenapa. kenapa aku buat ini semua hanya kerana dia berkata pada hari sabtu lepas bahawa dia ingin berjumpa aku pada hari ini.

adakah salah aku untuk terlalu menanti dan berharap agar aku dapat berjumpa dengannya ? entah lah. fikiran aku kosong. tak terkata cuma hati yang berasa sangat susah nak bernafas. tak tergambar melalui kata kata. kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

aku sedih. ingin saja aku mengeluarkan apa yang terbuku di hati, tapi apakan daya. aku bukan siapa siapa. aku pujuk hati ku sendiri. biarlah. biarlah semua ini berlalu. smpai masa kau kembali kepada asal. kalau tidak. bawa lah diri. lari daripada dunia kesedihan mu ini.

Dikutipku bila sudi, 
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan,
Ku tetap tunggu di tepi jalan.
Jan 23, 2016 with 0 Comment(s)
Terhimpunkan pelbagai pengajaran 
Menjadi dewasa memandang kehidupan 

Dan sekarang, aku belajarkan 
Antara dua sisi pilihan; 

Melupakan dan menjadikan kenangan 
Aku memilih untuk melupakan 

Kerana ternyata menyimpan kenangan
Jauh lebih menyakitkan 

Yang akan selalu mengingatkan 
Pada sesuatu yang menjadi harapan 

Aku membenarkan katamu teman;
Ujian perasaan yang diberikan Tuhan
Akan selalu menuntut pengorbanan

Tuhan, 
Moga tahun ke hadapannya 
Setiap tulisan sedih akan berakhir 

Aku menyimpan harapan kisah gembira 
Selepas ini akan sentiasa hadir 

Ketika satu persatu mereka pergi 
Aku belajar mana yang lebih mengerti 

- Le' Silhouette (MissAddin)

kalaulah aku kuat untuk melupakan. kalaulah aku tabah untuk melupakan. kalaulah aku boleh untuk melupakan. ingin aku melupakan segalanya yang dipendam sakit, diluah pahit. betul kata Addin. Perasaan itu sebuah ujian yang diberikan Tuhan. yang kadangkala mendatangkan senyuman dan ada kalanya mendatangkan kesedihan. kalaulah setiap tulisan sedih ini akan berakhir dan dapat dilupakan begitu sahaja. sudah banyak aku merasakan saat kehilangan dalam kehidupan ini tetapi semua itu tidak menjadikan hati aku lebih kuat. bilamana ianya berulang kembali, pasti sakit yang mendatang.

Ya Allah, tabahkanlah hati ini, kuatkanlah hati ini, hilangkanlah kesedihan ini. aku hamba-Mu yang lemah lagi tak terdaya.
Jan 12, 2016 with 0 Comment(s)
aku terfikir, bernilaikah segala pengorbanan, wang ringgit, masa usia, tenaga dan segala yang aku korbankan selama ini hanya untuk seorang gadis yang kadangkala membuat diri ini marah, kecewa, sedih, is it worth it ?

kadangkala, hati sendiri berkata: "biarlah, biarlah,dan terus biar" biar diri dan hati ini disakiti, dikecewakan, dilemahkan, biar. tapi sampai bila mahu biar ? sampai bila mahu bersabar ? sampai bila mahu jadikan diri ini sebagai tunggul bodoh yang hanya terpacak tak dipedulikan dan disisihkan. sampai bila..

kadangkala aku kejam. memang kejam. bila marah, lidah umpama mata pedang. setiap butir kata umpama cebisan kaca yang mampu menghiris hatinya. tetapi cukup kejamkah aku jika nak dibandingkan dengan apa yang aku usahakan untuk bertahan sampai ke hari ini ? Zainuddin dalam cerita 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' pernah berkata kepada bekas kekasihnya, Hayati : "ini lah perempuan, dia hanya nampak kekejaman orang lain terhadap dirinya walaupun kecil, tetapi dia tidak nampak akan kekejaman dirinya sendiri terhadap orang lain walaupun kekejaman itu amat besar"

hidup ini bukanlah untuk mencari kesalahan, dan mengukur sebesar mana kekejaman orang lain. tetapi manusia itu pada hakikatnya memang lemah. bilamana seorang wanita yang memberikan harapan terhadap seorang lelaki dan si lelaki memegang pengharapan tinggi kepuncak langit, tetapi suatu masa wanita itu menjatuhkan dia, lantas lelaki itu tidak mampu berdiri jatuh terduduk dan menunduk sehingga air yang mengalir di pipi jatuh ke bumi.

lelaki. manusia yang kuat fizikalnya, tetapi mampu dikalahkan oleh seorang wanita. kelakar. tapi itulah hakikatnya. janganlah engkau berTuhankan wanita, lambat laun, mereka akan mampu menjatuhkan engkau. yakinlah kepada Tuhan yang sebenar benarnya Tuhan Yang Maha Berkuasa. Pasti jodoh itu datang dengan sendirinya. yakin lah. yakin lah. yakin lah.

cukuplah engkau menyiksa diri mu. cukuplah engkau menyiksa batin mu. cukuplah untuk semuanya yang telah engkau lakukan. mungkin ini yang terakhir. tahun ini. aku tidak pasti untuk mengira mahupun tidak 7 Febuari. adakah tarikh ini masih bermakna buat mu. atau ianya hanyalah tinggalan peristiwa semata mata. mungkin ini lah pengakhiran penceritaan kehidupan sebagai seorang pencinta yang menyayangi seorang wanita dan mengorbankan segala apa yang termampu. mungkin setakat ini.

ada jodoh, tertemu jua.

-luahan hati yang sedang berduka.