Mar 30, 2011 with 0 Comment(s)
hello again, salamualaikum.. untuk entry yang kedua untuk hari nih, aku nak post mengenai seni. art ? yaa.. pernah nampak lukisan jalanan ? bukan orang melukis atas kertas, tapi ATAS JALAN ! haha menggunakan jalan sebagai medium atau tempat untuk melakar kan seni lukisan mereka ada banyak benda nih dekat negara negara lain.. tapi kat malaysia aku tak tahu lah ada ker takde.. haha

korang tengok lah sendiri lukisan lukisan yang berada kat bawah nih :-

ini gambor yang pertama, tempat asal jalan dia.


dan ini yang kedua..


dan yang ketiga...


yang keempat...


dan finaly, yang terakhir...


gila nampak real kan ? ==" kalau aku lalu situ mesti rasa gerun kecut perut.. haha aku berada di atas air terjun kah ? wah ! tapi kau suka gila bapak kreatif kan ? gila betol depa nih.. ini lah manusia... macam2 boleh buad... cuma nak buad nyawa manusia jer yang tak boleh.. haha jangan nak bangga sangat.. ingat.. Allah lagi berkuasa... tapi kita perlu bersyukur kita nih jadi manusia.. ada akal, boleh buad macam2 kan ?

ini jer lah untuk entry aku kali nih.. so bai bai.. salamualaikum..
eh korang pernah tgk tak sesuatu yang sangat pelik ? bagi aku lah kan benda benda nih memang pelik tak pernah di buad orang. tapi ada orang orang yang tertentu yang sangat 'kreatif' atau diklafikasikan sebagai 'gila' yang membuad benda nih. HAHA pernah tgk kasut kasut yang macam kat bawah nih ? tgk kat bawah..


hahaha macam entah hape ==" ini bukan kasut aku rasa, ini penyiksaan terhadap kaki. baik tak payah pakai kasut, macam orang dulu dulu.. jalan kaki ayam jer bhaii.. relex.. haha tak perlukan kasut2 yang entah hape hape nih.. macam cacat jer ==" haha

udah udah.. kau orang fikirlah yang mana yang elok.. pegi cari kat kedai kalau ada jual lah kan ? haha tak pun beli selipar jepun jer. sedap jugak pakai, kan kan ? haha

okayy lah, salamualaikum..ohh ya kata2 terakhir seperti biasa :-

bukan salah mengharapkan benda yang belum ada, tapi jangan lupakan benda yang sudah ada.
Mar 29, 2011 with 0 Comment(s)
ramai orang.. tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..dengan faktor kekayaan..
walaupun itu boleh menjadi penyumbang..tetapi itu bukan segala galanya..
betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar..tidur di atas katil yang empuk..
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak..
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..kadang2 dia lebih lena berbanding kita..
ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat..lauk pauk yang bagus..
tetapi lidahnya tidak enak..
lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata lauk..
tapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membahagi bahagikan nikmat.."
semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar.. ada makanan yang sedap..
tentulah hidup dia bahagia dan tenang..
belum tentu !
jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh ditahan oleh apa apa tangan sekali pun..
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh dihulur oleh apa apa tangan sekalipun..

jika Allah menguruskan urusan kita..
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita..
walaupun sekelip mata..
dunia boleh berbuat apa apa...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..

jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..
apa yang orang rasa rugi..
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tak sangka..
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..

kamu semua tengok lah dunia ini..
kadang2 manusia ini dia hilang satu benda daripada dunia...
kadang2 macam dia hilang segala-galanya...
berapa banyak dalam hidup kamu semua telah melalui keperitan hidup..?
cuba ingat...

ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya..
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik..
ketika kita ditimpa muhsibah tertentu..kita kata "habis lah aku kali ni.."
tapi usia kita telah berjalan...
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaanNya..

ketika kita kata "ya Allah tolong lah aku ya Allah, aku susah ya Allah"
hari ni kita telah pun lupa akan perkataan itu..
dan kita pun terlupa kadang2 untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..

orang2 yang telah diberitahu kepada mereka "tuh orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan terhadap kau"
kata Allah iman dia bertambah..
bukan kita kata "pasal apa lah Allah benci kepada aku? apa lah dosa aku?"
tidak tidak tidak..!
kata Quran iman mereka bertambah...
mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, Dia lah sebaik baik tempat diserahkan urusan"

sesiapa yang tidak melalui tidak akan memahami maksudnya..
orang2 yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..
bila hati insan bulat kepada Ya Rabb..
"ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu, ya Allah"

apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat..
dia akan merasakan bahawa dunia ini sangat kecil..
kehidupan ini sangat luas...
Nabi menyebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
Allah bawak pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini..
Allah ambil dia..Allah memasukkan mencelupkan dia kedalam syurga...
kemudia dia di keluarkan..lalu ditanyanya..
"wahai fulan, adakah engkau pernah rasa derita dalam hidup ?"
dia menjawab, "aku tak pernah menderita pun dalam hidup ini"
hanya kerana masuk kedalam syurga seketika, lupa cerita derita..

Allah ambil manusia yang plaing nikmat dalam dunia..
Allah memasukkan dan mencelupkan dia kedalam neraka..lalu di keluarkan dia..
Allah bertanya, "pernahkah kau berasa nikmat dalam hidup ini ?"
dia kata, " tak ! aku tidak pernah ada nikmatpun dalam hidup ini.."
hanya dengan satu celupan di neraka..manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

bersyukurlah dengan nikmat Allah..
kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"
tapi insan..bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada...
tetapi jangan lupa yang telah ada...
insan..jika dia nak bersyukur kepada Allah dia tak terdaya...
jika kamu nak menghingtung nikmat Allah, tak mampu bagi kamu..

"ketika orang2 yang kafir itu mengeluarkan dia..ketika dia salah seorang daripada dua.. dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar.. ketika mereka berada di dalam gua.. ketika dia berkata kepada sahabatnya.. "la tahzan innallaha ma'ana"
"Jangan bersedih..Sesungguhnya Allah bersama kita!"
alhamdulillah. itu yang aku ucapkan, trima kasih cikgu2 yang membantu kami, okay lah.. walaupun kami tak dapat no.1 tapi kami telah menang dari segi kebranian menyahut cabaran untuk berbahas. walaupun kami merepek2 HAHA. ehh merepek2 pun dapat no. 2 wutt wutt~ haha alhamdulillah sekurang2 nya kami tidak menghapakan prasaan pengetua, dia senyum jaa tadi aww~ haha

yaahh aku tak nak menaip mengenai hal yang ini dah. siapalah yang nak baca mengenai benda nih kan ? haha yang penting kami brani berlawan. wekk ! haha RPS woo. yang tgh tuuu.. menteri kedua tuuu.. HAHA grr garang =.=" TAHNIAH aku ucapkan kat korang.

ehh lupe kan pasal bahas.. so, tajuk entry aku untuk hari nih ialah mengenai AIR MILO dan SERBUK MILO.



haaa ! aku tau mesti ramai orang minat milo kat sini kan kan ? akulah salah satu peminat fanatik milo nih haha wehh aku dari kecik suka benda nih, tak tahu kenapa. HAHA aku kan, tak suka sangat minom air milo, tapi aku suka makan serbuk milo atau dengan erti kata lain meratah. hahah masa dulu2 umi slalu marah sebab aku meratah serbuk milo nih. pastu aku amek senyap senyap nyorok2 HAHA jahat betol mencuri makanan ces !

dulu kalau serbuk milo habis tak lain tak bukan aku punya kerja lah tuh. haih jadi suspek utama umi. HAHA aku tak tahu apa yang sedap sangat serbuk milo tuh. macam dadah skali cuba mesti nak lagi ces ! haha umi slalu marah sebab dia kata serbuk milo tuh kalau makan bnyk sangat boleh mendapat penyakit sakit buah pinggang. ehh ye ke ? jap jap aku nak tgk dekat google.. ehh ! tak de pown ! ker saje jer buad buad nak kasi orang takut nih ? hahaaha kantoi kantoi. haha tapi bukan umi aku jer yang cakap, ada jugak lah aku dengar orang2 lain yang cakap, dia kata kalau makan serbuk milo, serbuk tuh tak boleh nak melepasi tapisan buah pinggang kita, dia tersumbat kat situ, haih ye ker ? entah lah sesape doktor pakar buah pinggang disini mari lah berkongsi ilmu dengan kami. haha

serbuk milo nih berasal daripada serbuk koko, sebab tuh sedap ! HAHA tapi ada jugak terbaca dalam surat2 khabar yang menyatakan serbuk koko tiruan di campurkan dalam milo serbuk milo ehh ada pulak serbuk koko tiruan ? ==" serbuk plastik ker ? hahaha ker benda lain tapi di cat macam warna serbuk milo ? haih macam2 tapi apa apa pun aku suka serbuk milo ! sapa suka milo? angkat tangan !! yeaahh !

air milo aku minum jugak bukan lah aku kata aku tak suka air milo, tapi aku lebih suka serbuk dia daripada air dia. alah kita ibaratkan macam nih lah, air tuh dariapada serbuk milo, tapi aku suka serbuk daripada airnya.. so macam kalau ada sorang anak dara lah, kita kurang suka dekat anak dia tapi nakkan emaknya. HAHAHAHA hoi gila apa nak amek emak orang ? =.=" tak sanggup aku. ahaha

apa yang aku merepek ? ini lah aku yang bernama Luqman Zulkifli. kalau nak kenal aku, kenal lah dari blog. hahaha so aku just nak bagi tahu milo itu ada baiknya, ada jugak keburukkannya.. fikir2kanlah dan slamat beramah ;p

akhir kata daripada aku, maaf kalau ada terkasar bahasa haha tersentuh bab emak orang dan sebagainya.. salamualaikum..kata2 hikmah untuk entry kali ini ialah :-

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadangkadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Mar 28, 2011 with 0 Comment(s)
kadang2 manusia boleh membuat sesuatu yang tak pernah dibayangkan dalam imaginasi kita. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." begitulah yang di maksudkan oleh aku, aku nak buat sesuatu yang aku rasa aku tak boleh buat. tapi orang kata, yakin akan kemampuan diri boleh melawan apa yang kita fikirkan tak boleh kita lakukan. tetapi, jangan lah OVERCONFIDENT sebab ianya boleh membuatkan seseorang menjadi kalah akan benda yang dia mampu membuatnya.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." itu lah yang di perkatakan oleh ahli ahli ilmuan.. kekuatan bukan daripada kemampuan luaran atau fizikal, tetapi kita kena sedar bahawa ianya boleh datang dari semangat yang tidak pernah luntur.. tidak berundur sebelum berperang, tidak mengalah sebelum dikalahkan. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi." inilah kata kata yang membuatkan kita akan terfikir bahawa pentingnya daya pemikiran akal kita.. apa yang difikirkan oleh akal, akan meliputi segala perbuatan kita.

aku menyatakan perkara perkara yang berada diatas tuh sebab aku nak menyatakan kepada diri aku dan orang orang sekeliling bahawa kita perlu brani menghadapi cabaran. sebenarnya, esok adalah hari pertandingan perbahasan ala parlimen. aku rasa aku telah memberi tahu kepada korang semua di entry2 aku yang lepas. skulah aku yang akan menjadi tuan rumah. so esok lah pertandingannya..

aku tak pernah memasuki bahas dan tak pernah terfikirpun nak masuk pertandingan pertandingan seperti ini. ye lahh aku memang jarang masuk pertandingan bersifat BM nih, macam pantun, forum, bahas, dan lain lain. aku memang tak pernah masuk pun.. jadi aku memang takut sebab pengetua memberi mandat kepada kami (kumpulan bahas) supaya menang, jangan malukan nama sekolah. memang lah semua orang nak menangkan ? siapa nak kalah ? ermm aku dah berlatih dah.. dibantu oleh cikgu2 yang memang pro jugak lah, tapi aku takut lahh. takut sangat =.=" haih, aku ada cakap dalam entry mengenai penyakit yang aku ada penyakit tangan berpeluh kan ? aku risau itu lah, kalau takut mesti aku berpeluh, sakit perut dan macam2 lahh.. mintak2 lah esok aku boleh. insyallah amin .

aku harapkan doa doa daripada korang semua untuk doakan aku dan ahli kumpulan aku yang lain supaya berjaya . hope aku tak gugup esok. macam nak kawin jer gayanya.. complicated ==" kawin lagi senang aku rasa, SAH ? Sahhhhhh ! haha haih aku tak nak gelak lebih2. nanti lain pulak jadi nya.. tolong eh, doakan aku. bye salamualaikum..

mood : risau x takut x gabra = (berpeluh + sakit perut)²
Mar 27, 2011 with 2 Comment(s)
salamualaikum, and hello there :)

so, hari nih aku takde nak taip apa sebenarnya.. takde mood lahh. haihh.. biasa lah lelaki kan ? kadang2 lelaki nih boleh jugak menjadi mangsa keadaan kepada perempuan. ermm.. kadang2 mereka mereka nih tak faham, tak mengerti apa yang kita cakapkan. dah tak paham, mula lah salah faham. seterusnya mula lah nak marah2. haih aku sebagai lelaki, aku lahh yang jadi mangsa keadaannya.. tetibe pulak kena mintak maaf terhadap benda yang aku tak buad salah.. takpa lah sabor je lahh. memang ini salah satu tugas lelaki barangkali ? dah lah.. bak kata cicak dekat dinding umah aku tuh, "tok sah lah ko pikirkan benda2 kecik tuu" . okay aku mendengar kata kata nya itu walaupun aku tak suka dia sebab suka memutus mutus kan bahagian ekor.

so for now, aku nak rehat kan minda, trying to make something that can make me smile ! lets take a look of some pictures that i think "like WOW! " haha. so layan~


meoww~ :) i hope you like all the pictures above. nampak tak mata kucing kat atas nih ? so so so NICE ! comel bapak hensem geram gila aku tgk . haih okay lah, amek lah mana2 gambor yang korang suka ye, daa~ salamualaikum.
Mar 26, 2011 with 7 Comment(s)
hello guys ! weh nak tau sesuatu tak ? haha aku baru terbaca benda benda nih gila babat jakun aku dibuat nya.. kenapa ? haa ! korang nak tau ? korang kene lah baca dan tgk sendiri apa yang buat kan aku jadi jakun tadi hahaha :D

the 1st one : WINDOW PHONE CONCEPT
- Is it a window, is it a phone? No. Actually, it’s Window phone and this is the part where you are saying “Whaaat? What are you talking about?”. The phone is actually a concept with extraordinary features. Surely if this could be actually put into production, it would set a new standard for the term “GILA BABAT”.


okay, the 2nd is : BABELFISK
- babelfisk nih sejenis spec tau. If korang getting lazy in classes these wonderful glasses akan bagi korang some help. They have two microphones that can be directed to where someone is speaking and you have text and audio recorded into a flash drive. HAHA dan boleh di dalam peperiksaan. well if i have this WOW ! HAHA


okay ! yang ke tiga pula yang bernama : BRACELET PHONE
- benda alah nih phone, yang di buad macam gelang. dia ada lampu flash yang menunjukkan jam, or nombor2 dekat tangan kita. haha cool kan ? yang peliknya aku tak tahu macam mana nak sembang ==" haha


and the last one : HP LIM GLASS COMPUTER
- LiM tuh bermaksud (less is more) . HP LiM nih berkonsepkan dunia masa hadapan. 19" inci transparent touch OLED screen along with wireless keyboard. ini kalu dapat kat adik aku, tak sampai sehari udoh pecah screen dia HAHAHA.


so ? what do you think ? awesome right ? like HELL ! HAHA i want all this things ! grr tapi kan, aku tak pasti benda nih ada kat pasaran ker tak. HAHAHAHA ! sorry, aku hanya ingin berkongsi jer, babai :)
Mar 25, 2011 with 2 Comment(s)
entry aku dah lebih 400 rupa nya.. ini entry yang ker 468. =.=" sudah cukup ker aku merapu selama ini dekat blog nih ? haih layan sian kome layan aku punya kemerapuan nih. aku tak tahu nak update apa nih. serious, memang tengah blurr ==" kosong.. rasa macam budak bengap jer. begini barangkali perasaan budak budak yang lurus bendul. haha

ni semua sebab bahas lah nih ==" aku dok salurkan idea idea aku yang ada dalam otak nih masa buad teks perbahasan td. itu pun baru satu hujah. lagi satu karnag lah aku buad kot. memang aku tak reti lah nak buad aduhh. ye lahh aku bukan orang melayu. bahasa melayu teruk jer. hahah aku orang Islam :D dan aku berbangga mengatakan yang aku nih orang Islam . walaupun aku orang Islam, tapi aku baik jugak dgn orang orang non-muslim :D hai guys ! what're you doing ? hehe bak kata najib, 1 Malaysia.. yaaa ! 1 Malaysia lah sangat, sorry ehh, AGAMA tak boleh di satu satu kan dgn agama yang lain. thank you :)

apa motif aku tak tahu lah.. haha just forget about it. dah lah wehh ! aku LAPA nih, makan sat ! VISI dan MISI aku "MENTERNAK LEMAK. AKAN MENJADIKAN BADAN BERISI DAN TOUGH MENJELANG TAHUN 2012" hahaha dalam mimpi jer lah.

okayy , SALAMUALAIKUM. always SMILE :)

nah aku tinggalkan korang dgn senyuman yang menawan nih :)

Mar 24, 2011 with 6 Comment(s)
hai, bersama aku lagi.

ehh aku nak tanya, korang ada penyakit TAPAK TANGAN BERPELUH tak ? erkk peluh tuh kita kata biasa lah kan, sejenis proses perkumuhan badan. tapi kalau dah slalu sangat berpeluh. tambah2 lagi peluh kat tapak tangan. haih aku memang dari kecik ada penyakit nih. memang tapak tangan aku slalu berpeluh, tak kira lah ketika panas ka, sejuk ka mesti berpeluh, kecuali selepas membasuh tangan atau mandi.

terdapat pelbagai situasi yang menyebabkan tangan aku akan mengeluarkan peluh, antaranya :-

1. ketika memegang pen, pensil atau alat2 tulis.
2. ketika ingin menjawab peperiksaan.
3. ketika takutkan sesuatu seperti contoh kena berucap dihadapan orang ramai.
4. ketika awek telefon aku (nervous barangkali) =="

aku nak terangkan satu satu situasi di atas tuh. okay, situasi pertama tuh tapak tgn aku akan berpeluh apabila memegang pen, pensil dan sebagainya.. kenapa ? aku pun tak tahu kenapa, bukan stakat alat tulis tapi kalau benda benda lain pun yang aku pegang mesti basah benda tuh, pntang pegang benda lama lama. kertas ker, handphone ker, apa apa jer lahh..

okay untuk situasi kedua, ketika ingin menjawab peperiksaan. sebagai contoh kan, kertas bahasa melayu, semuanya kene menulis panjang2 fuhh.. kalau ikot kan, kalau aku tak berhenti untuk lap tapak tangan aku dekat seluar, gerenti kertas testpad tuh terkoyak sebab lenjun, basah dek kerana peluh yang mengalir daripada tapak tangan aku. ==" mungkin dia keluar sebab otak sedang memikir semasa menjawab peperiksaan kowt ? haha

okay lets take a look to the 3rd situation.. ermm ini memang kes aku lah.. aku memang akan keluar peluh dekat tangan aku tanda aku takut.. haha peluh tuh pulak bukan peluh yang keluar sebab kepanasan, tapi peluh tuh membuadkan tangan aku menjadi sejuk beku dengan erti kata lain, peluh yang keluar tuh adalah peluh dingin . grr ! aku memang geram gila.. kalau kene berucap atau sebagainya, msti perut aku sakit. tetiba trasa nak terber*k haha lepas tuh mula lah tgn aku sejuk beku ditambah lagi dengan vibration haha. terketar ketar ==" haih itu lah dunia pelajar. aku berharaplah minggu depan aku okay. minggu depan aku ada pertandingan bahas ala parlimen, sekolah aku menjadi tuan rumah. kami akan melawan sekolah simpang pulai, sekolah raja perempuan, dan satu lagi school girls apa entah haha lupa. doa doa kan lah aku wahai kawan2 ku :'|

just forget about that, mari lihat situasi ke-4 pulak. huh ? HAHA awek call, aku berpeluh ? HAHA ehh sejak bila aku ada awek ? :P okay lupe kan meh aku nak huraikan nih. aku memang takut kalau perempuan call lagi2 yang dikategorikan dalam kategori "awek" erkk ? haha aku tak tahu apa penyakit aku, call jer pun. ==" aku memang takut nak angkat haih, kalau tak angkat nanti marah, kalau angkat nanti mula lah handphone aku tuh macam baru lepas rendam dalam air haha. aduhaii memang aku nih jenis takut akan perempuan barangkali ? haha kalau sembang dalam FACEBOOK tuh boleh lahh aku otai otai.. bajet gengster kan ? sape yang pernah comment dengan aku ? hah ? hah ? betol tak aku gengster ? HAHA :P tapi kalau orang call, mampuih aku takut. baru call, kalau face to face ? aku rasa lenjun baju aku berpeluh HAHA

so konklusinya, aku seorang budak yang penakut. apabila dalam keadaan ketakutan, peluh akan mula keluar dekat tapak tangan aku. jadi kalau ingin aku berpeluh, takut takut kan lah aku. haha apabila takut, aku akan sakit perut. dan apabila takut juga jantung aku trasa macam nak terkeluar. ini bukan main main, ini PENYAKIT . haha jangan nak main main kan aku lahh =="

ada orang kata boleh nak hilangkan penyakit ini, dengan cara pembedahan. kita akan bedah dekat ketiak dengan memotong kelenjar di situ. tapi aku tak nak buad sebab apa ? sebab kelenjar tuh lah yang produce antibody aku ! takde tuh aku lagi sakit ada lah =="

dah lah, ini Allah dah buad, mungkin ada kebaikkannya. nak tahu kebaikkannya ? kalau time tangan aku tak berpeluhkan, kulit tapak tangan aku lembut macam kulit bayi *cehh ! HAHA tapi betol, memang lembut macam orang tak pernah buad kerja rumah. ehh aku buat okay ? basuh pinggan, basuh kasut, lipat kain, bla bla bla haha..

dah. cukup ! daa~ salamualaikum. maaf kalau ada tersalah taip ;)

kata2 untuk entry kali ini :-

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

sapa kata ceramah membosan kan ? siapa kata budak2 muda tak suka dgr ceramah ? siapa kata dgr ceramah nih mengantuk ? siapa kata ?

aku nak cakap kat korang yang dok kata lagu tuh, kalau lah ceramah yang korang dgr tuh ceramah yang berbentuk lagu nih (mcm video kat bawah) korang boring ker ? korang mengantuk ker ? aku rasa korang nak akan dgr dan nak dgr lagi.. cuba lah dgr, ada pengisiannya dalam nyanyiannya..

daripada Ustaz Haslin Bahrim .



karamul mukmin di nuhu..
mulianya tuan2 kerana.. agama...
wabruhu atuhuu akluhu
maruah tuan2 kerana ada ilmu pengetahuan..
wa husnuhu.. kulukuhu..
dan cantik.. tuan2 kerana.. akhlaknya..

******************************************************************

tidak cantik iman seorang hamba,
sehingga cantiklah dulu apa yang ada dalam hatinya.
tidak cantik yang ada di hatinya,
sehingga lurus perkataannya.

******************************************************************

attaqwa ha huna...attaqwa ha huna...attaqwa ha huna...
takwa disini..takwa disini..takwa disini..
di tunjukkan ke dadalah tiga kali...

dah dgr ? haha aku tak nak kata apa apa. korang fikir lah sendiri, apa pendapat korang.. tapi bagi aku, Ustaz Haslin nih seorang yang bijak, dia dah mengkaji perangai budak2 muda.. budak2 muda slalunya tak nak dengor ceramah yang betol2 ceramah tuh. straight to the point ceramah dak. ustaz Haslin dia mengubah dgn cara apa ? dgn cara menyelit kan hiburan dalam ceramahnya. suara dia pon sedap. bercakap hindustan memang kepakaran dia. HAHA cita2 nak jadi penyanyi rock, tapi terpesong kearah kebaikan iaitu menjadi pendakwah. bguih lah tuh kan ?

so akhir kata daripada aku maaf kalau ada tersalah taip dan membuat sesiapa terasa :) salamualaikum.. eh lupa sesapa yang nak tgk sambungan video dia, ada di youtube click kat bawah nih :-

bahagian 1
bahagian 2
bahagian 4
bahagian 5
bahagian 6
bahagian 7
bahagian akhir


Mar 22, 2011 with 2 Comment(s)
hello ! aku nak taip sikit .. kejap jer nih..

sorry, blog ini tidak akan di update melainkan aku ada masa lapang. i'm really busy right now dengan skulah nya, dgn latihan bahas ala parlimen nya dan macam2 lagi. so aku harap korang tak buad apa apa kat blog aku nih. jgn buad maksiat kat blog aku nih. HAHA

ehh satu lagi aku nak bg tau, aku nak ucapkan GOODLUCK ! to all abang2 kakak2 member2 sedare2 aku yang akan mengambil result SPM esok. haha relex~ *aku ckp kat orang tapi aku tak rasa :P okayy takpe, aku akan merasai suasana mengambil result pada tahun hadapan :D so wish me gudluck. haha aku pun doa kan korang korang dapat straight A's.



sorry, aku tak dpt nak list kan nama nama yang aku nak wish kan GOODLUCK nih kepada diorang.. alah sape yang mengenali diri aku nih, aku wish kat korang lah nih. hehe okay ! chill ! goodluck again. :D



so, aku rasa cukup lah untuk kali ini, aku nak mereka dan mengeluarkan idea untuk membuad bahas nih. haih doa kan kau berjaya berbahas pada 29.3.2011 iaitu hari selasa minggu hadapan k ? byee~ salamualaikum.
Mar 21, 2011 with 0 Comment(s)


can you click play dekat music player aku kat atas tuh ? kalau tak nak pun takpe :D aku memang saja taknak buad autoplay sbbnya nanti orang bukak blog bnyk2... itu bunyi lagu, ini bunyi lagu, berserabut kan ? baik kita letak jer, kalau orang nak dgr dia pndai2 lah click sendiri butang play tuh.

eh aku terlupa nak cakap hello ! salamualikum . selamat malam. tgk jam lah, skrang pukul 7.30. dah azan maghrib dah pun. kejap lagi nak solat, tapi nak habis kan benda yang aku nak taip dalam blog nih kejap. hehe. aku nak tanya sikit nih, korang pernah dengar tak mengenai tulisan berangkai ? alah tulisan doktor tuh ? tau kan kan ? kalau tak tahu meh aku nak bagi contoh :-

sebenarnya, bukan aku punya ayat ;P aku amek kat tenet ayat tuh, tapi tulisan tuh memang aku yang tulis HAHA. buruk ? so ? HAHA :P

itu lah tulisan aku, ini tulisan rajin. kalau tulisan malas lagi bersimpang siur hahaha tapi malas nak upload, tak de contoh tulisan malas. sebab aku rajin . HAHA aku ingat lagi cikgu wan nur fadilah cakap masa aku mula2 masuk form 4 dulu. dia suruh aku tulis kat papan putih, aku pun pegi lah tulis jawapan buad jalan keje (math) apa semua.. pastu dia kata "aii belum jadi doktor lagi bang" HAHAHA phm tak maksud nya ? dia perli tuuh ;P alaa biar lah cikgu, saya jeles tgk cikgu cikgu tulisan lawa bersambung sambung :D saya pun nak sambung :P

miss ong pun ada cakap hari tuh, masa tuh dia lalu blakang aku. aku tgh menulis masa tuh. pastu dia dtg kat aku.. dia tanya "waaa ini tulisan you ka ? saya punya lagi lawa maa" HAHAHA ! grr~ takpe miss ong, miss ong memang lawa~ aww awww~ grrr meoww HAHAHA (jgn pedulikan bunyi kucing tu) okay, korang paham tak kalau tulisan macam aku tuh ? paham lagi kan kan kan ? tapi ada orang tulisan sambungnya dah rupe tak nampak bentuk huruf HAHA main tarik tarik mata pen jaa.. macam abah aku =.=" tau ler cikgu sains, tapi dia tulis sampai anak sendiri pun lambat nak baca tulisan dia. hahaha tapi okay lah.. sambung2.. simple jer. haha ada ramai benci dgn tulisan aku ==" sikit2 kata "pening lahh baca tulisan kau" "weh man, kau tak leh tulis sebijik sebijik ker huruf tuh ?" "wehh man, tak payah lah kau nak menunjuk tulisan lawa kau tuh" arrghh ! hahaha aku pasti kalau budak2 kelas aku yang baca entry kali nih, mesti diorang tahu ayat ayat diorang cakap kat aku. heh cakap jer lah jeles dgn tulisan aku ;P (perasan gila) hahaha bukan slalu aku prasan (ye laaa tuhh)

aku bukan nak kata lah tulisan aku tuh lawa, tapi aku suka tulisan tulisan sambung nih. aku anggap dia sebagai seni penulisan tau. haha macam orang dulu2, tulisan depa perghh ! jeles aku. datuk aku punya tulisan, masa aku pegi umah dia, aku tgk lah dkt ada satu gambar masa dia jadi askar dulu kan.. dia ada tulis kat situ.. wahh tulisaann HAHA geramm tgk. bukan senang woo nak buad atau nak ubah tulisan tulisan nih, kalau kita dah terbiasa dgn tulisan macam tuh, so sampai besar lah kita macam tuh. sebagai contoh, tgk kat bawah nih :-

ini gua sendiri pun tara paham haha. tapi lawa ;P

yaa ini aku paham :) dan smart :D

korang tahu tak apa kelebihan tulisan berangkai nih ha ? kalau korang nak tulis surat cinta kan kan, boleh lah korang tulis cam ni. haha baru awekawek korang terpegun, wahh ? pakwe aku punya tulisan cantik gila ! (contoh je) hahaha tapi betol, memang darisegi penulisan, kita boleh tahu jenis orang tuh macam mana.. jenis yang comot ka.. jenis yang pemalas ka.. dan macam macam lagi. aku tak tahu tulisan aku tuh korang nak cakap aku nih jenis lagu mana. HAHA cer bgi tahu aku sikit :P

aku rasa cukup lah kau merepek buat kali ini. haha nanti kalau ada masa, aku update lagi yer. byebye salamualaikum.

kata kata untuk kali ini :-

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj