May 31, 2011 with 3 Comment(s)
kadang2 orang akan marah bila cuaca hujan.. kadang2 orang akan marah jugak kalau cuaca panas.. habis.. apa yang manusia nakkan ? mungkin manusia tak pernah nak tahu apa yang ada disebalik perkara yang terjadi. bukan nak amek isi isi yang tersirat daripada sesuatu kejadian, tapi mereka still nak mengulang kembali kesilapan mereka. aku memang tak paham dengan orang orang nih.. kenapa ye ? itu yang aku pikirkan..

yelah, aku pun bukan baik sangat kan ? kadang2 ada jugak dalam tak sedar aku buat benda yang merepek. tapi itu 'tak sedar' tapi korang ? aku rasa korang sedar yang apa yang korang buat tuh satu kesalahan, dan korang nak mengulang lagi kesalahan yang korang dah buat ? mungkin lahh kita nih otak tak matang lagi, tapi kalau nak tunggu matang baru nak pikirkan benda2 macam nih payah lah.. payah hidup.. kenapa kene tunggu sumer tuh ? bukan ker kita nih dah disediakan 'otak' ? pikir lah sikit bhaii..

sebenarnya bnyk persoalan yang bermain dalam pikiran aku nih.. kenapa ? mengapa ? bole ker ? apa nak buat ? dan lain lain.. dalam hidup bnyk bende kene pikir. kene pikir orang lain, kene pikir diri sendiri dan lain2.. tapi kan, kadang2 kita kene pilih sama ada rakan, atau orang lain.. baru kita dapat tentukan apa benda yang kita kene buat..

korang tertanya tanya tak apa benda yang aku dok merepek nih ? maaf ye. ini bukan merepek, ini adalah benda yang ada dalam pemikiran aku. kenapa, mengapa dan siapa.. itu lah yang sedang bermain dalam pikiran aku.. tak pe lah, biarkan jawapan datang satu demi satu.. just wait and see.
May 30, 2011 with 0 Comment(s)
ini ditagged oleh Amirah Syahirah
ok nak buat nih jap. haha


teman nak cakap lah sikit, blog teman nih idok ler comel macam blog2 awok2 semuaa. haha teman just simple jer, asal dapat baco jer :P pape pun, thanks tagg :)

aku nak tagg kat :-
1.Mila
2.Atikah
3.Lailo

hahaha ok bye :p
May 29, 2011 with 2 Comment(s)
benda nih aku terbaca dalam Sinar Harian bertarikh hari ini iaitu 29 hari bulan. haha nak tau ? meh baca :-

Vancouver - Kaum wanita mendapati lelaki pendiam dan kelihatan angkuh lebih menarik berbanding lelaki yang mempunyai perwatakan gembira. Menurut kajian terbaru Universiti British Columbia di Kanada, wanita paling tidak tertarik kepada lelaki yang mudah tersenyum sebaiknya menggemari lelaki yang berkelihatan atau bersikap misteri.

Namun dalam penemuan bertentangan, lelaki pula mendapati paling tertarik kepada wanita yang kelihatan gembira dan tidak menggemari golongan Hawa yang dianggap mempunyai kenyakinan diri yang tinggi. Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan perbezaan ketara antara jantina mengenai terikan senyuman dan membantu menjelaskan mengapa lelaki yang dianggap nakal sering menjadi kegilaan wanita.

"Walaupun muka yang gembira penting untuk memulakan interaksi sosial, namun tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menyelidik sama ada senyuman itu adalah sesuatu yang menarik," menurut ketua penyelidik, Jessica Tracy.

"Kajian ini mendapati lelaki dan wanita memberikan respons yang sangat berbeza kepada pameran emosi termasuk senyuman," katanya.

haaa amacam ? haha so it's up to you what type of man or woman that you want :P pilih ler bebetol yea.. haha byebye~
May 28, 2011 with 5 Comment(s)

hola, okay ini di tag oleh cik laila dan cik byha haha baik lah cik2 sekalian, anda di tag :p



Sometimes, I don't text you first because I don't wanna feel like I'm annoying and bothering you .

hehe kata2 pembuka entry untuk hari ini :) hello guys, good morning :D so, apa yang korang buat hari pertama holiday nih ? start buat kerja rumah ? start bawak anak2 pi jalan ? start pi walking2 kesana kesini ? haa ? macam2 lah aktiviti kornag boleh buat kan. aku takda apa apa pun nak buat hari nih, haha dok diam diam jer lah kat umah nih. tgk kiri, tgk kanan tgk depan, mengadap mukabuku aku tuh yang semakin lama semakin bohsan. pastu tgk blakang nampak tv yang cerita penuh dgn kartun yang tak menarik minat aku langsung. huhu yea cuti yang memboringkan aku :)

well, korang baca tak perkataan kat atas tuh ? sebenarnya perkataan kat atas tuh aku petik daripada status Nur Syuhada di facebooknya. huhu kene dengan batang hidung aku sekarang nih. bagus betol. haha thanks Little Witch haha itu blog cik syuhada td. ok2. meh baca cerita aku pada hari ini. kalau tak suka baca cerita, click [X] kat atas belah kanan sekali dekat browser korang tuh eh ? :)

mesti korang terfikir apa kene lah aku taip ayat jiwang berwarna biru kat atas mula2 posting entry aku hari nih ni kan ? sebenarnya takda apa. biasa lah budak2. kalau dah takda benda nak dicerita tuh mula lah dia nak pegi komen tentang cerita orang lain. haha takde lah, zaman sekarang kan, relex jer, merata rata budak2 berpasangan kan kan ? haha tipuu ler kalau takde pasangan. zaman sekarang laa bhai .. haha tapi maybe ada lah, sorang dua daripada beribu ribu budak zaman sekarang nih yang mungkin tak berminat berpasangan. yelah mendatangkan dosa. haha aku pndai cakap jer, tapi aku ? ehh aku mana ada :P eh jap lupe .. aku ada ker ? hahaha entah entah xD sape lah nak aku nih, muka tak de lah ensem. tapi ayat aku class jugak. HAHAHA *ok sesi memuji diri sendiri* ehem.

mari kita mulakan sesi mengomen, aku pelik. pelik bila tgk budak2 sekarang nih. macam semuanya play play pun ada. haha apakah yang dimaksudkan play play ? huh ? xD tak.. macam nih, maksud aku, kalau tgk dalam facebook tuh kan.. in relationship dgn dot dot dot laa.. ada jugak yang tulis open relationship blabla~ dan yang married sume lah kan.. tapi, kenapakah depa bercomment2 dengan orang lain dgn menggunakan perkataan yang.. erk 'lain macam' ? paham kan ? kalau tak paham buat2 jer lah paham. yelah dah ada pasangan sumer tuh, tapi still pegi comment melampau2 bagai dgn awek or pakwe lain. what ? yang tak paham, due2 pasangan memang tak kesah. hahaha yang si pakwe, pegi sembang ngan awek lain siap ber 'i you' bagai kekadang perkataan 'dear' keluar. haha yang si makwe pulak dok berkomen ngan pakwe lain same lah due2 ekor. haha plik ? tapi benar. mungkin due2 hanya bermain2 ? mungkin lah. haha kenapa aku nih jadi stalker ? sejak bila nih ? aaaa entah lahh.. jahat aku nih kan ? dah lahh haha lantak korang ler, patut ler sekarang nih, couple due tiga minggu, break, pastu ngan orang lain pulak.. paling lame ? 2 3 bulan ? haha :P ok2 aku tak cakap dah. nanti kang ada orang ramai serang aku. haha

ok, so apa kaitan perkataan yang berwarna biru tuh dengan hal ni ? haha sebenarnya takda kaitan langsung. ada kaitan dengan aku jer. haha aku nak bgi tau kat seseorang, sometimes aku berfikiran jauh~ jauh dan jauh~ haha aku pikir bila time yang sesuai nak msj, bila time yang rasa2 tak boleh.. nih kalau msj, menggangu ker ? nih pulak macam mana ? haa aku pikir semua tuu.. hebat tak pemikiran aku ? haha tapi disebabkan suka pikir benda bukan2 lah aku jadi takut nak msj orang ==" aku takut aku mengganggu.. takut orang menyampah dengan aku ye lah hari2 dok msj kan ? mana tak menyampah ? kalau msj pun bukan msj apa pun.. merepek2 jer huhu. malang kalau sape msj ngan aku.

ok cuba lah fikir dan fahami, sape sebenarnya aku. aku bukan manusia. tapi aku orang. haha :P bye, sorry again to youu youu and you all yang membaca mahu pun yang singgah jer malas nak baca. byebye~ :) happy holiday ~
May 27, 2011 with 0 Comment(s)
haaa ! today ! 27.5.2011 ! PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT~ *midyear punya jerlah SPM blum T_T*

pape pown, holiday, here i come :) sapa gembiraa cutii ? angkat tangan macam saya~ ;p



selamat bercuti, tapi aku ada kerja yang kene diselesaikan, holiday seminggu jer lah kot, seminggu lagi kene jadi pelajar balik =..= nyeh~ byebye~
May 25, 2011 with 0 Comment(s)
salamualaikum..
aku tak da apa nak di post kan, kepada Sarah_BudakPink sorry, tak dapat nak buat tutorial lagi. huhu bz, exam lagi ni, tunggu luse k ?

okay, untuk hari nih, aku just nak tunjuk aku punya ymail jer. haha lama gila tak bukak ==" naseb labah2 takda dalam tuh, takde lah bersarang ;p ok, korang tgk lah sendiri.

click untuk tumbesaran :)

tgk dalam inbox aku tuh, haha gila 71,000 . puluh ribu doh. haha penuh dgn FB punya notification jer dlm inbox aku tuh. ceh ! dahh nak buat email baru khas untuk contact contact aku jer. nanti aku bgi tau korang. *macam ada orang nak jer email aku. haha takpa, kalau taknak pun, aku just bg je. lala~

k lah, itu jer entry pendek aku. haha sape nak lawan jumlah inbox dia ? buat lah entry macam aku nih, hahaha moh kite :P

May 22, 2011 with 11 Comment(s)
salamualaikum, selamat petang.
so..untuk entry hari nih, aku nak bgi sedikit kata kata pendahuluan kepada sidang pembaca ehem ehem : HOI ! AGAK AGAK LAH !

okay dah. haha apa yang agak agaknya ? takde lah, siang td aku dok tgk lah Stats aku kat blog nih. tgk ler apa benda yang patut.. TIBA TIBA . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
telah muncul perkataan di tempat 'Search Keywords'
.
.
.
.
lihat gambar di bawahh !!
*sila tekan untuk gergasikan gambar di atas.

so, apa yang anda lihat ? yang tertera di dalam keyword yang di search oleh orang yang berbunyi 'SELUAR DALAM CIKGU TERKOYAK' wth ?! search dalam google kalau tak percaya, mesti keluar nama blog aku. hahaha demm gila ! terhina blog aku terasa =="

kau orang mesti gelakkan aku kan ? haha kureng betol. tapi itu lah hakikatnya.. blog aku nih TERHINA dek kerana perkataan "terkoyak" ituu. haha apa apa pun, memang gila sapa yang search perkataan macam tuh dalam google. haha aku takda bahan lagi nak ceritakan mengenai seluar dalam cikgu terkoyak, nanti ada, aku buat entry tau ? HAHAHA

dahh ! layan hang sampai bila tak habis, bye .
May 21, 2011 with 0 Comment(s)
nah! tgkk laa ! video diambil oleh bro azam kita :D



nahh ini video nyaa~



Cause baby you're a firework
Come on show 'em what you're worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

*tetibe lagu katty perry keluar. hahaha ok, that enough for tonight ;)
salamualaikum, hello ! whats up ? okay ? good. haha ok semalam sape yang pegi stadium untuk perasmian MSSM kat stadium ipoh ? anyone ? haha ramai gila bapak orang kat sana. perghh penuh dgn manusia manusia yang aku nampak macam semut jer. haha

sebenarnya aku pun malas benda2 nih, tapi nak amek pengalaman. haha kami ditugaskan untuk membawa TANGLONG lampu tuhh.. lampu yang berbentuk 1Malaysia iaiyu yang melambangkan cahaya perpaduan. haha lawa jer semalam, bila lampu stadium di mati kan, wow.. haha warna warni :) lepas tuh diikoti dengan letupan bunga api, yang lawa gila. haha menyerlah bijik mata, nak tergugur jantung.. haih dasyat betol. haha *macam orang jakun. ok fine memang aku jakun =="

nak tgk gambor ? ada lah sedikit gambor. huhu tak banyak pun, aku tak amek gambor pun, depa2 je lah yang amek, dan tag2.. jap ehh aku upload..

kami memakai baju KUNING ! :D

semut.

semut2.. masa nih tak penuh lagi..

perbarisan semuaa.. tegak2 !

waaa setelah lampu stadium di padam kan, dan tanglong dinyalakan.

lawa jer *sorry tak brapa nak elok. sape punya gambor aku amek entah lah HAHA

actually, masa nih, aku pegi makan burger XD

haa ini lawa gila. haha aku nak tercabut jantong. haih, tapi lawa la :D

hehe aku rasa cukup lah stakat itu, sorry kalau gambar tak brapa nak elok, bukan aku yang amek semua nih, haha aku kutip dari album2 member2 aku jer. secara ringkasnya, itu lah suasana kat sana.. yang paling penting, buat ombak beramai2 HAHA smart :P tapi cikgu marah T_T hahaha. takpe, walaupun letih, tapi aku rasa macam ini lah 1st time aku suka gila2 . yelah, balik pukul 11.30 haha *tak pernah lagi pegi rombongan balik malam xD

sebenarnya, ada benda lain disebalik kegembiraan aku tuh. haha, hanya aku sahaja yang tahu. biarlah rahsia.. aww~ HAHA kan bgus kita boleh pegi tempat2 lain macam nih lagi ? Hee~ lalala byebye~ xD

May 19, 2011 with 4 Comment(s)
asalamualaikum. hah apa tunggu lagi ? jawab ler salam gua nih.
okay, selamat malam semua. sebenarnya aku jeles tgk blog blog orang lain yang dok update setiap jam. haih, banyk beno idea kome kan ? bagi lah sini sikit idea tuh, jgn lah kedekut sangat doh. skali skala, tolong menolong amalan mulia :)

sebenarnya.. aku tak tahu apa yang aku nak merepek kan untuk malam ini, iaitu malam jumaat. hah dah baca yassin ? haha tgk ler orang melayu kita.. asal kata nak baca yassin jer mesti tunggu malam jumaat. apa salahnya baca tiap2 malam, kan ? tak pun, siang2 pun boleh takde masalah pun.. tak semesti nya kene tunggu malam jumaat kan ? haha kita hanya mengikut adat.. jap nak besarkan perkataan ADAT. yaa kita hanya mengikut adat orang melayu semata mata, haha nak baca yassin jer mesti malam jumaat. haih, jangan lah di kuatkan pegangaan terhadap adat daripada agama..

dalam masa yang sama, ada jugak nasihat yang berguna kan dari aku nih. haha cadangnya nak merepek, tapi terjadi nasihat pulak. takpalah, taip apa jer yang kaur dari otak nih, korang taknak baca pun takpo, no hey no hey :)

jap sementara aku fikirkan apa lagi aku nak taip nih, kita tgk iklan sebentar..... iklan ini berunsur 18SX sikit, sikit jer tak bnyk, so kepada adik2 yang bawah umur 6 tahun pun boleh tgk benda nih.. ok ? layan iklan ini sebentar yang kau amek dari mukabuku member aku tagg kan kepada aku.

hah ! buat apa tuuuu !! oooohh ini kerjanya yer malam2 jumaat nih ! HAHAHAHA

okay enough untuk iklan. haha back to my entry.. apa td yang aku nak sembangkan ? lupa dah. aaaa takpa lah, meh layan satu lagi gambor yang jugak berunsur 18SX haha PEREMPUAN TIDAK DIBENARKAN TGK ! tett~ xD


hahahaha ! hoi ! naseb tak nakpak tau, buat malu kaum aku jer HAHAHHA !
ok lah, bye~
May 18, 2011 with 0 Comment(s)
salamualaikum, di entry nih aku nak mintak maaf sebab tadi aku baru terperasan yang aku menaip perkataan yang tak sepatutnya. HAHA aku nak taip 'PUN' tapi aku pegi taip 'PUN*' hahaha paham2 je lah yee.. tapi jgn risau, aku dah edit entry td. haha sorry lagi sekali.

kesilapan yg tidak di sengajakan,
harap maklum.

*aku bukan jenis yang suka membuat lawak dgn menaip perkataan perkataan yang berunsur 18SX yang boleh pergi kepada 18SG seram dan ganas. tidak sama sekali. aku bukan jenis cam tuh ok. Haha jangan salah faham kepada sesiapa yang baca entry aku yang bertajuk "perbezaan" iaitu entry di bawah ini. aku sangat sangat lah mintak maaf. haha aku typo sikit. type laju2 mula lah mencarut jadi nya. haha

*maaf ya ibu ibu, bapak bapak. berharap kesilapan ini tidak akan berulang lagi. terima kasih. ;P


hey guys, cer tekan play. dan tgk apa beza pompuan dan laki. HAHA serius lawak aku gelak jer macam bengong pun ada =..=

okay, ini sahaja untuk hari ini, bye~ HAHA
May 17, 2011 with 0 Comment(s)


salamualaikum, sudah lama aku tidak mengupdate blog. aku rasa macam blog aku nih dah down sikit. dulu ada ramai orang ziarah2 haha skarang sejak dua menjak nih aku pun rasa tak terliur nak update blog. kesian blog. aku bukan nak seksa kau, aku syg lagi kat kau, tapi itu lah, masa mencemburui kita berdua . cehh~ xD

okay, aku sudah tidak seperti dahulu dimana pada ketika dahulu, pemikiran aku ada saja idea hendak di merapu dan dimerepekkan dalam blog nih. jadi, untuk kali ini, aku rasa gaka membosankan, sebab aku nak menceritakan mengenai apa yang terjadi kepada diri aku pada hari nih, apa aku buat, dari pagi, sampai petang apa semua.. aku rasa ramai orang tak suka baca entry di mana dalam blog tuh penuh dgn entry yang menceritakan mengenai aktiviti harian nya.. melainkan aktivitinya itu amat menarik dan orang ingin membaca nya.. tak macam aktiviti aku. boringggggg~~~

dah, pada hari ini, aku bgun pukul 6.15 pagi, kenapa awal ? ini gara2 kerana plan kami yang ingin pergi berjogging di padang polo. tahu kan di mana tuh ? yaa.. sebenarnya, aku ada beberapa tujuan pegi ke padang polo tuh.. antaranya..

1) memang nak jogging, lama tak lari (penat nak mampus)
2) nak jumpa byha - jnji ngan dia nak membuat sesi menjual beli button kelan yang aku dah tempah.
3) nak jumpa someone. :P

pada awalnya, kami merancang nak gerak pukol 7.30. tapi entah macam mana kami gerak pukul 8.40 =_=" haih ini lah melayu punya jnji. HAHA melayu pun salah, keling pun salah ishh kome nih. haha ok pastu mula2 ada 4 orang nak pegi termasuk aku lah.. tapi pagi td, dua orang lagi tak ikot pulak sebab apa ? sebab drivernya tido sampai tak ingat dah jnji nak pegi polo haha aduhh macam2.. so haikal tak ikot lah sebab azarul tido. dan aku je ngan pa'an je lah yang peginyee.

pegi2, tunggu byha dtg.. pastu dia dah dtg, beli button kasi duit apa semua.. dah. aku pun joging ler, aku masa jogging tuh, msj ler NHCO. aku cari dia tak jumpa ==" pastu masa jogging, ternampak depa. haa lepak situ rupenye. haha aku lari 2 round jer tadi, penat mampus doh.. dulu aku boleh lagi 3 round, sekarang dah semput aduh apa yang aku makan entah lah.. lepas jogging2, jumpa pulak pakcik kamal, haha dapat kat dia, sembang tak habis2 lerr. haha pastu aku pegi ikot NHCO ngan capital 'F' pegi dulu bawah pokok dekat padang tuh.. aku ngan pa'ah pun ikot ler lepak skali bawah pokok.

huh, korang tahu.. korang tahu tak apa makna M . E . N . D . A . P ?! haihh tak buat apa pun, sembang pun aku rasa macam takde.. takde semuaaaa takde ! pastu nampak uncle jual aiskrim, haha aku pegi beli, si pa'an ler suruh. beli2 aku kutip drumstick 4 batang 12hinggit =.=" takpe lah, bantaii jer.. bukan slalu blanje2 nih. pastu bagi ler diorang, depa terkejut ler aku beli tuh, haha depa tanya harga.. aku cakap lah takde lah mana ada mahal, singgit jer satuu.. depa tak caya, tpai aku buat muka serius.. memang kaw kaw punya aku cakap seringgit.. depa percaya lah, sampai sekarang aku tak bagi tahu depa harga sebenar HAHAHA lantak pi lahh.. nak tgk button kelas aku ? nih haa



lepas tuh, aku dok usha usha lah button byha bgi sebagai hadiah untuk aku, sebab aku dah tolong promote dia punya button kat kelas aku, buat button kelas 22 bijik. haha button tuh lawa :) aku suka. huhu nak tgk ?



haha lawa kan ? tuh ler kome.. huhu agak2 button apa yang aku dpt nih ? HAHAHA takde ape laaa.. pastu aku suruh NHCO pilih mana satu yang dia nak, aku tutup ke belakang, kasi dia tak nampak.. pastu dia pilih2.. terkene nama dia sendiri. so dia ambil yang tuh lah. masa dalam perjalanan nak pegi kat moto tuh kan, dia cakap kat aku, "nah tukar.." aku cakap "takper, simpan lah.. ada lagi satu" haha biar lahh..

aku rasa, aku nih memang jenis tak boleh nak bersembang bnyk dengan perempuan. ok, itu lah aku. bye ! T________T
May 14, 2011 with 2 Comment(s)
salamualaikum.. lama dah aku tak bagi salam kat korang semua.. yelah bz lah wehh musim exam kan ? paham2 je lah. macam biasa, aku takda apa nak cakap kerana semua idea dalam kepala otak aku kosong gila nak mampus. haha takda apa yang tinggal dalam kepala nih.

aku menaip ni pun untuk tujuan bagi mengisi entry supaya nampak jugak lah ada tuannya lagi kat blog nih. takda lah nampak macam blog kene tinggal tanpa berita. bagai melukut di tepi gantang. eh ? ada kene mngene ker ? lantak lah. yang penting aku tak nak bagi blog aku nih nampak usang usang macam takda orang yang menjaganya..

dgn terupdatenya blog aku nih, baru lah nampak sikit masih mempunyai tuan yang baik hati yakni aku, walaupun takde idea nak menaip, tapi paksakan jugak diri untuk mengupdate. haa baikkan aku nih wahai blog ? kau apa tau ? asyik sebarkan apa yang aku taipkan jer. haih sesekali tuh tak boleh ker bagi idea kat aku untuk mengepost entry yang sedap2 ? yang orang nak baca ? yang boleh menaikkan traffic aku ? yang boleh menambahkan follower aku ? takde ker ? haa ? takde ker ? grr~

dah mula nak merapu lah nih. nih lah yang aku takutkan bila hidup dalam keadaan kurang idea dalam kepala. haha kepala kosong. engat esok or luse nak pegi release tension.. pegi tgk padang polo ker yang hijau lagi menawan tuh.. boleh lah otak aku nih dapat inspirasi sikit. haih ini dok dalam umah jer bak kata kawan aku, "hang nih jaga kulit ker?" ohh no man, aku bukan jaga kulit, tapi aku tak tahu kemana aku nak pegi. takde arah tuju orang putih kata kan ? lagi pun aku mana ada lesen nak pegi jalan merata dgn moto. kalau ada lesen pun, mak aku kasi ker aku naik moto BARU dia tuh ? =..=" takpelahh.. aku nih hanya budak yang takde apa apa.. haih~

jangan lah menangis aku buat ayat sedih tuh.. takpa, kalau menangis tuh alang2 amek besen tadah air mata. nanti kalau nak mandi, boleh guna air tuh, har har har. jimat bil air bapak kome bayor tuh. kome kalau madi dua tiga jam. tambah2 pompuan. haishh entah hape lah dibuatnya. jenuh menunggu. ehh kang aku kene kejor ngan pompuan2 seluruh dunia karang. takpa lah, maaf yaa yong yong sekalian. haha

dah tak da apa yang aku nak merepekkan, huh ? =.=" akhir kata daripada muhammad luqman bin zulkifli iaitu tuan punya blog ini ialah, selamat hari guru kepada cikgu2 sekolah, tak kira lah sekolah pondok ka, sekulah tadika ka, sekolah rendah ka, sekolah agama rakyat ka, sekolah menengah ka.. semuaa lah yang bergelar guru.. termasuk sekali ibu bapa yang menjadi guru kepada anak2 mereka dgn mendidik menjadi seorang 'manusia' terima kasih kepada semua..

p/s : abah aku pun cikgu. cikgu disiplin di sekolah menengah kebangsaan kg pasir puteh. sapa kenal abah aku angkat tangan.. kalau sape2 nak kenal, dtg lah melawat ke sekolah kami di sesi petang, dia ada lah :)

dah skali lagi akhir kata aku, bye salamualaikum.~
May 10, 2011 with 0 Comment(s)
salamualaikum.
aku nak sembang pasal pekse hari nih..
hari nih kertas BI 1&2 dan Sej 1.

okay aku bukan nak sembang pasai benda lain, nih aku nak sembang pasal kertas sejara tadi.. betol lah orang kata, kalau nak tembak tuh, baca lah dengan lafaz bismillah, trus tembak. tapi aku, try buat dulu jawapan. pastu last2 aku rasa macam kurang yakin, pastu aku baca bismillah, pejam mata, pastu tembak tgk2 terkena jawapan D. tapi aku jawab B. erkk korang tgk lah sendiri gambor nih..
korang nampak tak ? kalau tak nampak, tekan untuk tumbesaran yang melampau. yang aku cakap kat atas tuh soalan no.1 yang soalan no. 2 tuh aku tak tahu lah betoi yang mana aku main tibai jer. HAHA cacat jer tapi alhamdulillah lah yang lain2 okay soalannya kecuali ada satu soalan nih ! aku geram betol. tgk lah sendiri kat bawah.

haha kau orang prasan sesuatu tak ? *tekan untuk tumbesaran* haha tgk betol2 kat soalan no. 13 tuh.. aku tambah jawapan huruf E kat soalan tuh. HAHA tgk lah jawapan E tuh apa dia jawapannya.. korang tgk sendiri. aku tak nak cakap bnyk2 haha..

k lah weh, takde idea. esok tak exam ! yeay ! perasmian MSSM ! :P bye~
May 9, 2011 with 0 Comment(s)
semalam kan aku ada post mengenai siput babi tuh kan ? kalau tak baca tgk entry kat bawah. okay masa nih lah aku nampak siput babi tuh, jap ehh...

hahah masa nih lah ! *photo dari putry atiqah (cilok dalam fb)

aku tak da nak post apa hari nih, korang tgk jer lah photo2 dalam nih eh ? ini masa hari kawad tuh punya lah, main tembak2 tangkap gambor hahaha..

saksikan lah, muka2 hensem di dunia :P


KRS

BOMBA

hensem kan ? ini namanya abang hanafi :) 'abang' ? XD

ini namanya abang haikal :) 'abang' jugak :D

ini abang manja kita, namanya nazmi :) nak no. ? HAHA :P

smart tak abang hanafi kita ambik gambor ? XD

cik laila majnun :D

haa ! ini gambor teman minom ayor. blurbb~ sedap weh nampak je tawor :P

macam semart pulok :D

okay, ini gambor yang terakhir.. ini semua aku cilok dari dia punya gambor ler :D
mekasih cik fyna. haha korang jgn memain ngan dia, skali dia jerit, ternganga korang :P

okay lah, bye~

May 8, 2011 with 4 Comment(s)
semalam kan aku pegi briged utara. tahu kat mana ? kat perak ler. haha alah tempat macam pusat latihan polis lah.. macam pulapol gitu.. aku pegi semalam sebab ada pertandingan kawad peringkat kinta utara. entah aku pun tak paham peringkat apa yang depa tandingkan haha..

ok, aku tak nak cerita pasal benda tuh, borink kan ?

masa aku dok rehat2 bawah pokok kecik dengan hanafi.. aku pun baringlah atas rumput tuh.. panas doh sane, adoihh naseb baik pokok tuh ada.. pastu masa aku baring, aku pandang ke kiri aku, nampak siput babi. tapii......

siput tuh kan, dia punya cengkerang dah pecah, retak habis dah.. kesian gila. sape lah yang pijak dia, ehhh bukan aku ok..

pastu kan dia punya cengkerang dah hancur, takde.. so dah tak jadi siput lah.. dia jadi babi.

siput babi - siput = babi.

the end :)
wehh lame tak update blog =.="

heh rumah aku ada ikan cantik.

kau ada ker ?

ok bye .
May 4, 2011 with 4 Comment(s)
assalamualaikum.. hello :)
yeahh blog aku akhirnya bersalin baju. haha setelah di paksa dan didera akhirnya dia mengalah kepada aku, dan setuju untuk menukarkan bajunya. so amacam ? bagi comment apa yang tak kene sikit.. cepat2..

header baruu :) prasan tak ? prasan tak ? kalau tak prasan, nah tgk kat bawah nih !


haa ! lawa tak ? lawa tak ? aku tak reti sangat nak buat header2 nih.. stakat buat cam gitu aku reti ler.. aku nih newbie, mana lah reti semua benda alah nih kan.. tapi aku nak tnaya something, apa kene mengene blog aku nih dengan kucing ? haha ada muka kucing dekat header tuh. nak kata aku nih membuat blog untuk menaip mengenai kucing, takde pulak.. haha entah, aku main campak jer kat situ.. kan comel kucing tuh, siap tgk nama aku lagi. hehe korang ada ker ? tuh ler, kucing pun taknak tgk nama korang haha takde2... gurau jer :D

aku nak tanya sikit lah. ada kepelikkan disini. kenapa eh aku rasa blog aku jadi berat ? huh ? entah lah kalau bukak tuh, nak scroll ke bawah rasa macam tersekat sekat.. ker komputer aku jer yang jadi macam nih ? korang bukak ok tak ? plik aku =.="

ehh aku ada tanya td dekat KBU, kenapa tak boleh nak gunakan template designer.. aku baca dekat google tadi.. lama juga lah.. pastu aku ada terfikir, ker firefox aku memang tak boleh nak bukak template designer ? haa ! pastu aku try bukak guna internet explorer. tgk2, BOLEH ! fuhh baru aku tahu sebab nya.. so kalau sesiapa yang terjadi same problem macam aku, guna lah browser yang lain.. google chrome ker ? apa2 jer lah.. selain daripada browser yang korang guna tuh..

so, aku tak tahu apa dah nak cakap.. bgi lah komen korang, kalau sudi nak comment lah, kalau taknak.. just follow me. HAHA :D *aku bukan mintak okay! =.="
assalamualaikum..
sebenornya, teman nih newbie dekat dalam group KBU nih. haha ramai daah orang join, teman jaa butey, x nampak. haha so teman baru join group nih. harap2 teman diterima lah yea :P

okay, jap ehh.. nak upload gambor banner KBU nih. haha almaklum ler, nak buat entry sikit buat KBU nih. haha

cer tekan, cer tekan :P

-teman dari PEGHOK ! (perak)
-dan perak itu termasuk dalam utagha la XD
May 3, 2011 with 3 Comment(s)
assalamualaikum.
selamat pagi semua.. jam menunjukkan pukul 9.20 pagi, hari selasa dan yeah ! aku tak pergi sekolah. bukan untuk memonteng, tetapi ada sebab yang menyebabkan aku tak boleh pergi ker sekolah. dalam entry pendek semalam aku ada cakap sebab apakan, so sat lagi aku nak pi kedah. tapi sebelum tuh, aku ingin mengisi ruang di blog aku nih dengan entry untuk hari ni.

budak2 zaman sekarang suka cakap bodoh bodoh betol.. haha kesian kawan2 korang yang kena pangkat bodoh itu. bukan senang nak dapat pangkat free free, Sultan pun tak leh nak bagi pangkat darjat kebesaran nih. bodoh lah hang ! itu yang slalu kita dengar. ehh aku tak kata korang yang membaca nih bodoh, tetapi mungkin korang akan menjadi sedikit kebengongan apabila membaca blog aku nih. tak hapa la.. bukan selalu kan ?

woi bodoh ! itu budak2 suka panggil. apa woi woi ? ingat orang takda nama ker ?! sebab aku tak tahu nama hang lah yang aku panggil woi tuh. dem ! bodoh selalunya digunakan dalam percakapan, jarang digunakan untuk tujuan penulisan, tetapi aku menggunakannya untuk menaip. orang bodoh ini bukan tak pandai, tapi dia bengap sikit . sebenarnya takda istilah bodoh dalam dunia nih, hanya orang orang yang tertentu sahaja yang mewujudkan perkataan bodoh ini, dan mengakui dirinya bodoh. kalau tak percaya, apabila seseorang membuat aweknya menangis, dan terus tinggalkan dia, mesti dia berkata :

"bodohnye aku nih ! dulu tak nak jaga elok2, tgk sekarang..dah melepas sob sob"
atau pun...
"kenapalah aku nih bodoh sangat !? haih"

anda sudah lihat situasi kebodohan orang ? okay sekarang aku akan menerangkan pula mengenai pandai. hai pandainyalah anak aku nih. yaa kata2 ini selalunya diucapkan oleh ibu ibu, bapa bapa kepada anak2 mereka.. namun, anda perlu ingat bahawa kata2 itu mempunyai dua maksud. maksud yang pertama ialah sebagai sindiran. yelah, mak suruh buat lain, kau buat lain, tuh yang dia sindir tuh, PANDAINYA ANAK AKU NIH. dan maksud yang kedua ialah, memang dia memuji anda. namun, jarang aku rasa ? hahaha

ada juga trend budak2 zaman sekarang nih yang menggunakan perkataan "pandai" dalam perbualan mereka dgn maksud 'sindiran' . kalau tak percaya, seperti contoh ada orang kata sebegini..

"kau nak pergi mana?"
"aku nak balik rumah lah pandai "

atau..

"aku rindu la dekat ex aku"
"itu lah kau, terlebih pandaikan, aku suruh buat cam ni taknak.. tgk kan dah melepas"

anda paham apa yang ingin disampaikan oleh aku ?
jadi kesimpulannya, Bodoh itu kurang pndai.. dan Pandai itu bukan bodoh. hahaha
terima kasih sudi membaca :P
May 2, 2011 with 0 Comment(s)
assalamualaikum.. erm ini post entry yang pendek. just nak bagi tahu yang kakak kepada datuk aku, yang aku panggil tok ngah baru sahaja meninggal dunia. abah aku baru menerima panggilan telefon sebentar tadi..

jadi, aku ingin meminta jasa baik, korang semua.. sedekahkan al-fatihah kepada arwah.. Al-fatihah.

jadi, ingat nak naik kedah hari nih.. tapi rasa2 memang tak sempat dah.. so, mungkin esok lah aku pegi.. so kepada kawan2 kelas yang membaca post nih, esok aku tak pegi skulah.. nanti korang bagitau lah ustaz ali tau..

okay lah, salamualaikum..
T.T
May 1, 2011 with 0 Comment(s)
hai, salamualaikum.. how your day ? okay hari nih aku bgun awal2 pagi. haha sebenornya, hari nih aku ada jemputan pegi umah ustaz ali helmy, so aku dtg awai sikit lah umah dia.. tolong2 susun meja ker apa ker kan ? haha tgk kau nih baik, bukan datang semata mata nak makan jer :P aku sebenarnya tak brapa nak betol mood aku nih. tak tahu nak gembira ker, sedih ker, geram ker, entoh ler. tak tahu ape kene ngan teman nih. sun come kot ? (what !? dtg matahari !!? wtfish !) forget about it. haha

nih, aku nak tanya something nih, esok apa yang kornag nak buat ? esok kan cuti, hari pekerja :) sepatutnya hari pekerja hari nih kan ? tapi untuk negeri2 yang cuti sabtu ahad di ambil hari isnin tuh sebagai cuti hari pekerja. disebabkan aku nih bukan pekerja.. aku kene lah buat kerja.. kerja apa ? kerja rumah lah.. atau pun kepada sesiapa yang tak reti bahasa melayu, kerja rumah dikenali sebagai homework, haa paham ? yelahh budak2 zaman sekarang semua speaking cair english.. wow ! Malaysia boleh ! haha aku nih bukan ornag melayu, sebab tuh aku tak boleh. haha bukan lah tak boleh, cuma tak sehebat korang2 lah kan. stakat jawab soalan budak darjah satu tuh "whats your name ?" itu kau boleh jawab lah. hahaha :P esok cuti ! ini menggembirakan aku..

dan ini pulak yang menyedihkan aku, erkk nak tanya sikit.. kau dah tak ada masa nak mesej aku kan ? takpe. aaa aku tak kesah :) nanti taun depan lah kita mesej. aku pun tak nak ganggu kau :P haha takde pape lah.. lupekan.. ermm..

aku sebenarnya tgh ngantuk lagi nih, asyik dok menguap jer. mana tak ngantuknya, mandi pun tak lagi. haha alaa buat pa mandi awai2.. nanti berpeluh.. mndi nanti nak pegi umah ustaz karang lah, pukul 9.30 :D

ehh by the way, aku nak promote something kat korang nih.. korang nak buat button tak ? kornag tahu ker button apa ? bukan butang baju. haha ini button yang ada pin kat blakang dia tuh, boleh letak kat beg, or baju.. or mana2 jer lah topi ker, tmpt2 yang korang suka.. kalau nak tgk kat blog nih : Ohh Byha
beliau nih pembuat button. haha aku pun ada tempah dgn dia.. dan kelas aku pun ada jugak tempah untuk membuat button kelas.. design tuh terpulang, korang nak design sendiri ker, nak suruh dia design ker itu terpulang, tapi kalau nak lagi puas hati.. korang buat lah sendiri.. macam aku nih.. aku design untuk kelas aku punya button.. sebagai contoh:-

haaa ! tgk, cantik bukan ? hee aku tempah 22 button.. dia kata kepada sesiapa yang menempah 20 ke atas akan diberi discount, iaitu RM3.50 seketul tetapi tak termasuk kos penghantaran :P tpai kalau korang nak yang seketul seketul tuh, RM4 jer, tak mahal mana pun. kalau kat luar ada yang RM6, 7, 10 pun ada kan ? so kalau nak, korang sembang2 lah dengan dia. bukak, dan baca blog dia tuh. link ada aku nyatakan di atas tuh :)

okay lah, ini je untuk kali ini, bye~ salamualaikum..