Mar 29, 2016 with 2 Comment(s)
Kau tahu, sudah sebulan rasanya diri ini tidak terasa gembira.
Kau tahu, sudah sebulan rasanya hati ini tidak keruan.
Kau tahu, sudah sebulan rasanya jiwa ini terasa sesak didada.

tidak tahu nak kemana dan bagaimana untuk keluar daripada rasa yang tidak menyenangkan ini. bermacam macam aku buat, aku cuba, untuk lari. lari daripada realiti ini. tetap gelap. tetap tertutup. tiada jalan yang aku nampak. sampai satu tahap, aku berhenti berjalan. dan duduk tertunduk menahan diri untuk tidak tersungkur. mungkin aku perlu berhenti mencari jalan untuk lari daripada realiti, dan perlu menghadapi realiti yang sebenarnya bahawasanya hidup aku ni perlu berubah. ubah dari segalanya. mungkin berbezanya diri ini tak seperti dulu dek kerana semua ini.

'ha ha ha ha' di media sosial tidak menandakan bahawa aku sedang bergelak ketawa. tidak menandakan bahawa aku gembira. tidak menandakan aku sudah 'okay' jangan percaya media sosial. itu semua bohong. yang terpahat di hati masih terasa. tidak terdaya untuk senyum. tidak terdaya untuk gembira. aku tak tahu kenapa.. kenapa susah sangat diri ini untuk bergerak dan menghadapi realiti. pahit ya Allah. sungguh sakit dan menyiksakan. aku tak salahkan Allah atas apa yang berlaku. aku tahu ini ujianNya. aku tahu Dia sayangkan aku. oleh itu Dia curahkan ujian ini untuk aku tempuhi. Dia tidak akan bagi jika aku tak mampu.

Dulunya, Allah datangkan seorang perempuan dalam hidup aku. dia menjaga aku dari kecik sampai besar. dia memberi kehidupan yang cukup gembira kepada kami sekeluarga. aku sangat gembira. dan suatu masa, Allah datangkan lagi seorang perempuan dalam hidup aku, yang aku anggap perempuan kedua terpenting dalam hidup aku. dan aku tidak lama selepas itu, Allah tarik balik pemberianNya yang pertama itu. tinggallah yang kedua. itu lah hikmahnya mungkin. masih ada tempat lagi untuk berkongsi cerita hati. tetapi selepas itu, sekali lagi Dia pisahkan aku dengan yang kedua pula. dan saat itu aku terfikir, sekarang bagaimana ? macam mana dengan hati aku ? mana tempat aku yang bersandar selama ini berkongsi masalah hati. berkongsi masalah hidup. meringankan beban. peneman saat gembira saat duka. peneman yang memberi semangat untuk teruskan hidup menuju masa depan.

dan selepas itu, aku tertunduk, terduduk. dan terfikir. Maafkan aku ya Allah. aku bersandar kepada makhluk Mu sedangkan Engkau yang maha berkuasa dan aku lupa untuk bersandar hati kepada Mu.bahawasanya hati ini milik Mu. diri ini milik Mu. semua alam ini milik Mu. sungguhpun Engkau menjadikan manusia itu berbilang bilang kaum, berjantina, dan saling memerlukan antara satu sama lain, tetapi saatnya Engkau tarik orang yang aku perlukan tu, bersandarlah kepada Mu kembali. itu yang terbaik.

akan aku cuba ya Allah. bantu daku. bimbing daku. aku makhluk yang lemah lagi tak berkuasa. aku lelaki yang keras di luaran, lembut di dalam. aku mula menangis kerana manusia. aku mohon Engkau balikkan lah perasaan aku ini untuk menangis kerana Mu. aku sudah penat menangis untuk manusia yang tidak pernah mengerti akan apa itu erti MENGHARGAI. sudah lah aku berusaha untuk manusia lain. bimbing aku untuk berusaha ke arah Mu. janganlah Engkau bukakan hati aku ini terhadap manusia yang bakal menghancurkan balik kesetiaan aku, keikhlasan aku, dan kepercayaan aku.

biarkan aku terus begini,
lambat laun, langit yang gelap akan ditembusi cahaya.