Aug 23, 2014 with 0 Comment(s)

aku pernah terbaca daripada Abu Darda' dia berkata “Barangsiapa yang tidak pernah merasa puas terhadap dunia maka tiada dunia baginya.” aku tidak pasti ini hadith atau apa, tapi melalui kata-kata ini kita dapat berfikir, mengapa kita selalu mengejar dunia ? dan apabila kita sudah mendapat apa yang kita mahukan di dunia ini, mengapa kita masih tidak berpuas hati dengan segala yang kita miliki ? apakah kita lupa yang bahawasanya dunia ini sementara sifatnya, akhirat itu lah tempat dimana kita akan berada didalamnya selama-lamanya.

bilamana kita tidak merasa puas terhadap dunia, kita akan lupakan diri mereka sendiri dan lupa kepada Pencipta mereka. semua yang ada dilangit mahupun dibumi adalah bersifat baru. tidak ada padanya sebelum ianya di adakan oleh yang Maha Pencipta. sebelum ini, kita tidak dilahirkan dibumi, maka Allah hidupkan kita, untuk menjadi khalifah dibumi ini. adakah kita lupa akan tugas kita sebagai hamba Allah ? atau kita memang sengaja melupakan semua itu dek kerana keindahan dunia yang hanyut jauh dari kehidupan yang diredhoi Allah. tidak salah untuk mengejar sesuatu yang kita inginkan, tetapi beringatlah, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit.. hidup sebelum mati. 

p/s : kepada pemilik nama Merah Hati yang comment di post sebelum ini ---> Design.. anda boleh add saya di facebook, atau email saya di luqman_nhco@yahoo.com or luqman.nhco94@gmail.com :) thanks.

Wasalam. 
#pray4MH17 #pray4MH370 #pray4Gaza #pray4Palestine #pray4AllMuslim

Aug 21, 2014 with 2 Comment(s)
Assalamualaikum. :)

okay, semalam kita dah bersedih-sedih, menangis orang baca post kan.. ada sesiapa yang tak baca lagi ? ohh kalau sesiapa yang terlepas post semalam, boleh click disini ---> Kenangan akan certia kehidupan sediakan tisu sebelum membaca yaa :P huhu, okay let the past be our memory. untuk hari ini, aku just nak announce dekat korang-korang semua ni.. okay cerita sikitt ....

Aku di MMU ni sekarang agak busy dengan activities and designing all that stuff such as banner, poster, flyers, video, bunting and so on. i dont know either is it im the only designer that live in MMU ? i dont think so, but Alhamdulillah. bersyukur sebab Allah bagi kelebihan kepada diri ini untuk membuat perkara-perkara designing ni dimana kalau kita tak mahir, agak susah nak buat kan ? takpa, sikit-sikit belajar lama-lama pandai lah. :) so, for today, just wanna show you my logo intro. using Adobe After Effect Cs6 (AEcs6). enjoyyy !! :D



thankyou, Assalamualaikum. Peace !
#pray4Gaza #pray4Palestine #pray4Muslim
Aug 20, 2014 with 0 Comment(s)
Semua orang mempunyai ibu, mempunyai bapa. kadang-kadang, mereka terbiasa dengan segala kasih sayang, kemewahan hidup, dan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa mereka sehinggakan sampai suatu saat, mereka lupa, alpa akan kehidupan yang akan mereka tempuhi kelak. segala pengorbanan yang diberikan tidak difikirkan satu pun dalam pemikiran mereka. ingatlah, tidak selamanya manusia itu akan kekal kehidupannya di dunia ini. sampai masa, kita masing-masing akan meninggalkan antara satu sama lain.

Assalamualaikum, lama kan tak update blog ni ? :) cukup lama rasanya tangan jari jemari ini tak berlari atas keyboard ni untuk bercerita. hanya mampu bercerita di dalam Facebook or Twitter  huhu. Maaf lah, memang bila dah masuk ke alam 'Ijazah' atau Degree ni, susah sangat nak ada masa untuk diluangkan untuk perkara-perkara sebegini. apa yang nak diceritakan ya ? setelah sekian lama mendiamkan diri.

20/8/2014 - 1.00 pagi. - Restoran Sri Pntai Timur, Melaka.

 Selepas study di masjid MMU untuk midterm esok hari, kami pergi menjamu selera di restoran Pantai Timur ni. terasa lapa. study kan.. biasa lah, lapa lah, ngantuk lah, time main game tak lah pulak merungut macam-macam. haha student life. okay, masa duduk-duduk semeja, BJ (Abdulrahman) bertanya kepada aku.. mengenai keluarga aku. daripada mula smpai akhir aku cerita mengenai UMI.

 "Dah 2 tahun dah arwah umi aku takda. dia sakit breast cancer. mulanya, dia tak tahu pun itu cancer, sebab just terasa ada biji dibawah lengan dia. tapi lama kelamaan, terasa sakit, dan membesar, bila pegi check, doctor sahkan ini breast cancer. selama itu lah kami sekeluarga hidup membantu arwah umi untuk sembuh. abah pun dah ikhtiar macam-macam, daripada cara moden (ubat-ubatan beribu-ribu) sampaikan berubat cara tradisional. tapi maybe, Allah lebih sayangkan dia, Allah ambil dia daripada kami. Dulu, dia sakit masa aku SPM lagi.. aku pegi jaga dia kat hospital, bila nak time SPM, aku siap bawak buku pegi study dekat sebelah katil arwah umi. nurse-nurse semuanya duduk tengok-tengok, dan simpati dengan keadaan kami. nak buat macam mana kan ? tapi Alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan 5A walaupun study ala kadar dek kerana masa yang singkat untuk study dihadkan untuk jaga arwah umi. Umi mintak maaf juga dengan aku dulu, dia kata "Mey, kesian kat Mey sebab kena jaga umi, lepas ni, Mey tak yah lah dtg hospital, study jelah.. umi okay sini" :') bila aku dapat result, dia orang pertama yang menangis, menitik air mata, dia kata dia tak sangka yang aku akan dpt result macam tuh. hasil berkat jaga seorang ibu barangkali."

 "Masa tuh aku dekat hostel, seminggu sebelum tuh, abah aku dah call suruh balik kelantan, sebab keadaan umi macam tenat. lepas dua tiga hari aku balik lah ke Melaka balik disebabkan masa tuh, aku baru je masuk belajar MMU Foundation in IT. Semasa sembahyang maghrib di masjid MMU, phone dalam pocket aku bergetar, ada orang call. lepas sembahyang, aku call balik, eh ? Abang aku yang call. aku tanya, ada apa ? Abang aku tanya aku balik, mu tahu tak umi dah takda ? dalam masa yang sama, aku terkedu. diam tak terkata. aku dengar esakkan tangisan dalam phone tuh. aku mula jadi tak tentu arah, sedih bercampur baur perasaan aku masa tuh. yang aku fikirkan, macam mana aku nak balik ke kelantan ? masa tuh dah malam. bus memang dah habis tiketnya. aku terus menangis dalam masjid tu, sambil membaca Yassin untuk dihadiahkan kepada arwah umi. Alhamdulillah, Allah kurniakan jalan, aku tumpang bapa ipar abg Ihsan, dia hantar aku ke Putrajaya, dan dekat sana, aku naik kereta abang ehsan, terus ke ipoh. abah dah tunggu di sana untuk balik sekali ke kelantan. malam tuh juga kami terus ke kelantan, abah bawak kereta macam apa dah. bayangkan, perjalanan dari ipoh  ke kelantan hanya mengambil masa dalam 4 jam. walhal selalunya paling cepat 5 6 jam juga lah nak sampai."

 "Masa pagi itu, selepas arwah dimandikan, dikafankan, aku, abang, dan adik-adik, mencium/kucup dahi arwah umi.. sejuk terasa dahinya.. Allah.. Allah saja yang tahu perasaan yang bergetar di dada kami pada ketika itu. aku mencari abah di luar rumah, kelihatan abah mengelap airmatanya dengan pergelangan kain baju melayu.. aku cakap dekat abah, "abah, pegi lah cium umi.." abah tengok aku, dia mengalirkan air matanya lagi.. aku sebak ketika itu, melihat seorang ayah yang aku panggil abah, yang selama ini cukup kuat, tabah menerima segala dugaan, mengalirkan air mata. sekeras-keras lelaki, smpai suatu masa, air mata rebah jatuh ke bumi. aku gosok bahu abah.. dan pelahan-lahan, abah bergerak menuju ke tempat jasad arwah umi.. dia mencium, mengucup, dan memejamkan matanya.. aku tak tahu nak mendifinasikan perasaan aku ketika itu. mungkin hanya orang yang pernah merasai kehilangan seorang ibu dapat merasai perasaan kami ketika itu. Allahurabbi.."

 "Banyak dugaan buat abah dan kami sekeluarga. setelah menanggung bebanan dugaan kehilangan seorang manusia yang dicintai, disayangi, selepas itu dia diduga lagi oleh Allah dengan segala kata-kata, caci-cacian, oleh mulut-mulut manusia yang tidak tahu hujung pangkal penceritaan kisah kami sekeluarga. mereka menghentam diri abah dengan kata itu dan ini sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berada di bahu abah. selepas kehilangan umi, setiap pagi, abah buatkan sarapan buat adik2.. dan menghantar mereka ke sekolah. bila tiba waktu balik, abah ambil mereka, dan bersiap untuk pergi mengajar pula ke sekolah sambil membawa adik-adik ke sekolah sekali kerana ketiadaan orang yang boleh menjaga adik-adik di rumah. adakah orang diluar sana nampak apa yang abah buat ? apa yang abah korban kan ? apa yang abah lakukan demi menyara keluarga ? tak ! mereka hanya mampu berkata-kata sendangkan mereka tidak merasai lagi kehebatan dugaan Allah terhadap diri mereka. Bersabarlah abah."

 "Dengan kesabaran, sekarang, Alhamdulillah, dua tahun sudah pun berlalu. Hidup kami sekeluarga cukup bahagia. Abah dah tak kurus macam dulu. Adik-adik dan abah dah ada orang jagakan. Alhamdulillah, kami dapat pengganti seorang ibu yang mampu menjaga adik-adik, dan keluarga ini. walaupun dia bukanlah seorang ibu yang mengandungkan kami, tetapi dia tetap menjaga keluarga ini seperti anaknya sendiri. Alhamdulillah ya Allah. Engkau gantikan seseorang, dengan seseorang yang lain. Semoga keluarga ini dapat hidup bahagia selamanya. InsyaAllah"

hasil nukilan aku sendiri. sambil mengalir air mata, jari bergerak mengikut apa yang difikirkan. Tak semua manusia mempunyai atau menerima dugaan yang sama seperti yang Allah berikan kepada manusia yang lain. Mungkin dugaan kami adalah kehilangan Ibu, kesusahan hidup, dan kerosakkan dari manusia yang lain.. tapi ingatlah, Allah itu Maha adil. Dia tidak memberi sesuatu dugaan diluar kemampuan seseorang itu. Walaubagaimanapun, bersyukurlah dengan kehidupan sekarang. Wahai anak, jaga lah ibu dan bapa mu sebelum mereka meninggalkanmu. atau sebelum kamu yang meninggalkan mereka. tiada yang bermakna selain daripada ibu, dan bapa mu.

Alfatihah kepada arwah umi, Hasliza Binti Haron.
Afatihah kepada arwah Aiman Ilham (junior sekolah) - meninggal pada 2 hari yang lalu.

semoga roh mereka dicucuri rahmat, dirahmati oleh Allah.
#pray4Gaza #pray4Palestine #pray4AllMuslim

Wasalam.