Aug 31, 2012 with 4 Comment(s)
kekuatan hidup bergantung kepada orang lain. Allah telah menciptakan manusia ini lemah, dan untuk tidak menjadi lemah, kita kena saling bersandar antara satu sama lain. kita perlu bergantung kepada orang lain, dan orang lain jugak harus bergantung kepada kita. kekuatan dalam diri kita boleh diumpamakan dengan tiang rumah. rumah memerlukan tiang yang kukuh untuk menguatkan kedudukkan rumah tuh, untuk berdiri tegak, tidak roboh, dan tidak jatuh. tiang yang aku maksudkan dalam diri manusia umpama kekuatan. tiang melambang kan kekuatan dalam diri.

tapi bagi aku.. aku telah kehilangan 2 tiang. aku dah lemah, aku boleh tumbang, aku tak kukuh. Takdir menentukan yang Allah ingin menguji aku dengan mengambil tiang tiang yang paling penting bagi aku. di tiang itu lah aku mendapatkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku, di tiang itu lah aku mendapat inspirasi.. di tiang itu lah aku mengenal erti 'kehidupan' . tetapi aku telah kehilangan kedue2 nya.. yang tinggal hanya satu.. iaitu keluarga aku. tiang kekuatan aku yang pertama ialah umi aku.. Allah telah mengambilnya dan menguji dan terus menguji.. Alhamdulillah, aku mampu, aku kuat lagi kerana aku masih lagi ada 2 tiang yang setia memberi kekuatan kepada aku.. due tiang masih lagi kukuh.. masih lagi kuat walaupun dah sedikit goyang.. tetapi sekarang, Allah skali lagi menguji aku dgn mengambil satu lgi tiang.. hanya orang yang tahu saja boleh menjawab apakah tiang kedua aku ni.. tiang yang sentiasa membuat aku senyum, sentiasa memberi aku kekuatan. yang memberi diri aku semangat untuk bersabar.. yang membuat aku kenal erti hidup. dia yang aku anggap macam ahli keluarga aku.. aku sayang dia sepertimana aku sayang akan keluarga aku.

tetapi tiang ini runtuh.. dan aku kehilangannya. ya Allah, pedihnya rasa ni.. kalau aku tidak mampu, kau tarik lah ujian-Mu ini ya Allah.. aku tak larat nak mengeluarkan air yg jarang keluar drpd mata ini. aku taknak mengeluarkannya untuk kali kedua seperti yang telah aku keluarkan semasa Engkau mengambil umi ku ya Allah. aku dah kehilangan satu tiang kekuatan dalam hidup aku iaitu umi aku, dan Kau jugak telah mengambil satu lagi tiang kekuatan dalam hidup aku.. aku dah tak kuat ya Allah.. tanpa tiang, rumah tak boleh berdiri tegak.. same seperti aku.. tolonglah :''(( kata2 ini ada aku post kan dalam fb.. orang yang menjadi tiang ini sudah menjadi sedaging dalam hati aku.. aku rasakan seperti hati aku nih dikeluarkan, dan tikam, dicincang, hancur, punah ranah.. kalau hendak membuang nya, cukup seksa, lebih baik buang satu hati tuh.. cukup memeritkan. dengan siapa selepas ini aku nak bergantung ? berdiri dengan satu tiang ? sekali angin tiup terus runtuh, jatuh kebumi.

aku tak sangka perkara sebegini boleh berlaku. ini lah kuasa Allah. Dia boleh buat segalanya. boleh memberi, dan boleh mengambil kembali.. sesungguhnya aku tak tahu, aku tak boleh memikirkan jalan penyelesaian, fikiran aku kosong. kenapa benda ini boleh berlaku ? aku kecewa. aku sedih. aku sakit hati. seseorang yang selama ini aku bergantung harap, yg sentiasa memberi harapan kepada aku untuk teruskan kehidupan, untuk terus bersemangat, tapi sekarang, dia yang menghilangkan semangat aku, dia memusnahkan harapan yang aku berikan kepadanya... dia.. :''(( ya Allah, tolong lah bantu aku.. berikanlah aku kekuatan, kesabaran, keredhoan.. bagi lah aku mampu menerima segala ketentuan-Mu ya Allah.. kenapa aku merasakan aku dah penat bersabar.. daripada dulu sehingga sekarang, tetapi balasannya benda yang menyakitkan.. maafkanlah kesalahanku ya Allah.. aku dah berusaha, aku dah membuat segala yang aku mampu, tetapi kenapa orang buta ? tak nampak.. kenapa buta hati, buta mata, kenapaaa ya Allah.. tunjukkan lah aku perkara yang benar.. tunjukkanlah kebenaran kepada aku. aku inginkan kebenaran, bukan penipuan..

ya Allah, tolong lah aku, tolonglah aku supaya dapat selesaikan segalanya ini ya Allah.. aku hanya mampu menitikkan air mata ya Allah.. pedih sangat.. sangat sangat pedih.. aku memerlukan jawapan drpd persoalan kenapa, kenapa dan kenapa.. bantu lah aku.. T___T

-kadang2 kita menunggu cahaya keluar selepas hujan berhenti, tetapi mendung yang tiba. itu lumrah kehidupan, ingat Luqman, Allah bukan memberi kita kesusahan, tetapi mengajar kita erti kesusahan supaya kita mendapat kesenangan.

maafkan segala salah dan silap ku.