Oct 18, 2012 with 0 Comment(s)
woahh. salamualaikum. lama tak hupdate dah berhabuk sikit. takpe nak amek vacuum pasni.

ehem. erm.terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak banyak maaf ampun dari hujung rambut smpai lah hujung anak kuku kaki (kenapa ayat macam nak buat surat rasmi?) ok aku serius. aku nak mintak maaf kepada kau. bukan lembu (cow) tapi kau menunjukkan kepada seseorang, kata ganti nama diri, iaitu kau. kenapa aku mintak maaf ? ok cerita dia macam ni.

dia : ptg esok keluar nak ?
aku : okay. ^_^

and then smpai keesokan harinya iaitu ptg smlm.

dia : miss call 4, text 5
aku : *tidur* krongghhh~~

and then pukul 4 lebih aku bgun, tgk phone. alamak ! aduhh habis laa..

aku : call dia.. tak boleh. *phone tutup*
dia : *menyepi sbb marah dan merajuk*
aku : text text dan text. kol. tapi tak boleh jugak.
dia : still menyepi sbb phone tutup.

malam tuh.. aku try text lagi.. then..

aku : cxcxcx ? *panggilan*
dia : yea ?
aku : erm maafkan xzxzxz ? ermm xzxzxz mintak maaf :(
dia : mintak maaf ? erm untuk apa ?
aku : erm, xzxzxz tau cxcxcx marahkan xzxzxz. zxzxz tak sengaja. xzxzxz nak keluar dgn cxcxcx. zxzxz mintak maaf lah cxcxcxcxcx... T_T please , forgive me .
dia : cxcxcx bukan apa, td kelam kabut balek. mndi, smayang andata adk sume. pastu siap2, tunggu xzxzx tak balas2 jugak. dari pukul 2 lebih  tunggu reply text, tak jgk. kol pun tak angkat. cxcxcx harap dapat jumpa zxzxz hari ni, tapi tak jugak. btol lah mmg takda rezeki nak jumpa..

and aku macam ahhh T_T mcm mana ni haih.. tak sengajaa.. sobsob.

dengan ini, dengan rasminya secara terbukak saya yang bernama Muhammad Luqman B. Zulkifli ingin memohon maaf atas kekhilafan saya itu. dan saya harap benda ini takkan berulang lagi :P haha
tak wehh serius.. sorry lah.. bukan sengaja nak buat mcm tuu. hurmm. sobsob. takpe lah, ada rezeki nnti jumpa lah eh ? hari ni harap2 lah jadi insyallah :)
Oct 9, 2012 with 1 Comment(s)
haa salamualaikum. ehem. hari ni aku nak cerita pasal nasi paku. penah dgr tak ? haa meh meh aku cerita. haha saje je nak buat suspen. act, bukan nasi yang di masak skali paku, or nasi yang berlaukkan paku, or nasi digaul2 dgn paku tak. haha okay2 sebelum tuh meh aku cerita sekali imbas masa duduk kat klantan hari tu..

masa tuh aku tengah tido. rumah kat kampung tuh takda sape. semua keluar, adik2 aku ngan abah keluar pi kota bharu. so aku duk sorang2. aku tengah tido masa tuh pukul 10 ker 11 pagi aku tak ingat. haha tetibe ada orang ketuk pintu umah. aku dgn mamai nye raba2 cari spec, pastu bgun pegi kat pintu. budak tuh pulak duk salamualaikum salamualaikum ketuk2 pintu umah. haha haishh. bukak2 ada budak hulurkan nasi dgn air teh ais bungkus dalam plastik. aku terkejut lah pehal pulak ni ? masa bila aku order ? siap buat delivery lagi. haha aku tak tanya pun, budak tuh yang ckp, "ni nasi ngan air, abang man (pakcik kedai kopi) suruh bagi" then aku pun ohh ok. mekasih. haha aku tgk ler amende lahh yang dalam bungkusan ni, tetibe tgk ada paku =_=" ganas nyaa laa. bungkus nasi cucuk dgn paku. haha orang guna lidi satay ke, tak pun habis2 moden guna stapler. ini cucuk guna paku. besauu pulak tuh. alamak aii.. then tetibe aku nak smbung tdo, abah pulak kol, dah dpt nasi ? haa makan lah, abah balik lambat lagi kot. okay.. haha

itu lah cerita al kisah nyaa.. nak tgk tak gambau dia ? meh meh usha bawah :-


amacam ? style tak ? haha pape pun. nak cube, meh dtg kelantan ;) k bye slamualaikumm..
Oct 8, 2012 with 0 Comment(s)
sambungan daripada cerita smlm yang bertajuk smpai jugak akhirnyaa~ sesapa yang terlepas post tuh, baca la ekk. okay.

masa kat gerik. aku suruh abah behenti kat petronas kejap. sejuk sejuk rasa nak terbuang. haha then abah pun behenti. aku pun pegi lah tandas, tunggu jap ada dua orang duk dalam tandas tuh. lepas due2 keluar, aku pun masuk. lepas habis hajat aku kan, aku terperasan dalam bekas tong dalam tandas tuh lah. aku ternampak 'benda' haha. tahu tak ape dia ? emm ok aku bgi hint.. aku terpikir "ehh lelaki mana pulak yang pakai 'benda' ni ? ada ke lelaki pakai ?" err haha aku tak lah kata lelaki yang pakai benda alah tuh buat apa nak pakai ? =_=" takde koje. haha aku rasa ada perempuan salah masuk tandas tuh hah, then dia buang benda tuh dalam tandas lelaki. haihh. mcm2 manusia ni. haha *mcm aku tak penah je masuk tndas pompuan ? :p tuh sebab tak tahan ok xD

okay okay stop it. lupe kan pasal tu. haha pape pun tandas tuh mcm kotor sikit, dgn bau nye membuatkan hidung ku kecut tak bermaya nak membuka lubang. haha aku pun entah macam mana boleh pulak pi amek air paip tuh, jirus jirus lantai apa semua bekas pasir2 tapak kasut bagai. aku jirus, bersih sume, aku pam 2 3 4 kali tandas tuh. haha and then habis, aku keluar. ohhh patut petronas bayar aku gaji sbb jdi tukang cuci tandas selama 5 minit. haha. takda lah apa salahnya kan lepas guna tuh pandai2 lerr bersihkan balik =_=" haihh kalau dah rosak ker, kotor ke apa ker pndai pulak geli bagai. dah guna tuh buat cara pengguna yang berhemat okay ? haha pesanan ikhlas daripada tukang cuci tandas tak bertauliah dan tak bergaji.

sekian terima kasih :P
ohooo ! salamualaikum. huh penat, baru smpai ipoh. bertolak dalam pukul 8 lebih td daripada kelantan. Alhamdulillah segalanya selamat :) haa aku ada beberapa cerita ni.. haha nak tahu enggak ? emmm

1st story. tadi masa otw balik, dah smpai lenggong kalau tak silap. abah nak potong bas laa kan. haha syok jer masa tuh tgh laju, almaklum lah malam best bawak kete, traffic tak busy. hehe masa tu tgh flow baik punya, nak potong bas, dah potong, masuk lain belah sana dah, tetibe ada natang batang yang diorg letak kat tengah2 line tuh nak buat pemisah. alah yang batang wane merah tuh ada perasan tak ? haha kalau tak penah tgk, pi lah cari. haa smbung balik cerita, abah pun naseb nampak, nak bedal belah kiri balik dah tak smpat bas pun tak lepas habis lagi badan dia nak potong, abah pun bedal lah belah kanan masuk line belah sane. haha gila ahh dah lah palang tuh panjang kira kira ada lah dalam 200 m kot ? ker lebih tak tahu la.. jalan slow2 tetibe ada kete belah sana lalu, naseb jalan dua lorong. haha abah bagi lampu due tiga empat kali. yalaaa takut kene langgor ni. haha diorang pun mengelak lah, ok lah. dah lepas tuhh ok alhamdulillah dapat masuk line jalan yang lurus kembali xD haha tak guna punya bas. huh~ haha palang tuh pun satu lagi tak guna. haishh. kaco line jee =_=" n then jumpa balik bas tuh, terus potong. wahaha~

okay itu cerita pertama. nak tahu cerita kedue ? haa ! ini best sikit :) kalau nak tahu kene tgk post yang seterusnya lah. mekasihh. HAHAHA :P

k bye. salamualaikum...
to be continue dot dot dot...
Oct 4, 2012 with 0 Comment(s)
assalamualaikum.

tadi, masa tengah mandi, berdiri bawah air hujan (shower) aku temenung. terlintas secara tak sengaja. ohh. aku rindukan dia. siapakah dia ? :) dia yang hanya mempunyai satu nama, satu wajah yang tak akan pernah aku lupakan.. dia mempunyai satu panggilan yang takkan hilang dari ingatan aku. panggilan yang menunjukkan seorang emak, atau ibu terhadap anak. panggilan itu ialah UMI. yeahh umi still remember ? :')

dia lah chef dirumah. dia lah orang yang mengemaskan rumah ni, dia lah orang yang menjaga aku, dan adik2 dari kecik sampai besar macam ni, dia lah yang bertanggungjawab bahagiakan abah, bahagiakan keluarga kami. yeaahhh semuanya dia ! :) but now, all this be a history in our life. sekarang dah takde orang nak kemaskan rumah ni, macam tuh lah jadinya. sekarang dah takda sape nak masak. akibatnya penuh bekas2 polistrin (betul ke eja?) kat dapur tuh. sebab apa ? yelah. hari2 beli luar. hari2 beli kat kedai. huhu~ tak berasap lah dapur yedak ? ^_^'

hari tuh, abah ada kata "kadang2 terbayang umi duk kat dapur, tgh masak" aku tersentak. and then mengeluh. huh~ kami ni anak pun rasa mcm kehilangan, apatah lagi suami kan ? hidup sekali semua. tapi takpe, abah ada back up ! anak2 sentiasa di belakang :') kadang2 dia terbayang yang umi duk semayang sebelah dia dalam bilik tuh. yelah, umi slalu kalau ada masa berjemaah dgn abah.. tapi sejak dia sakit dulu, dah tak selalu. nak buat macam mana, sakit kan ? semua bayangan ini memang susah nak dihilangkan. mana mungkin akan hilang walau pun dah lame 3 bulan lebih dah.

kadang2 terpikir jugakkan, manusia memang lemah. walau segengster mana pun seseorang tuh, tetapi dgn isteri, dgn wanita yang bergelar isteri, amat sukar. ramai orang zaman sekarang tak menghargai wanita. tetapi mereka akan tahu kalau suatu hari nanti, Allah tunjukkan betapa pentingnya wanita dalam hidup mereka ^_^ hargailah mereka yang masih ada dihadapan mata kita. terutama sekali keluarga kita.ingat, syurga anak di bawah tapak kaki ibu. ibu ialah seorang wanita kan ? tanpa ibu siapalah kita. kewujudan dimuka bumi melalui wanita dgn izin-Nya.

apa apa pun, umi.. mey rindu umi. kami semua rindukan umi.tak ada siapa dpt menggantikan tempat umi dihati hati kami. you're the best umi ever in our life. maafkan mey kalu ada ada masa mey lupe nak hadiahkan alfatihah, alikhlas, yassin, dan tahlil kat umi. takpe, insyallah. paksa diri supaya ada masa untuk itu. :) umi jangan risau lah. we always remember you. takpa, malam ni malam jumaat. malam yang baik. insyAllah, malam ni mey akan hadiahkan segala galanya tuh kepada umi ^_^

'Ya Allah, Engkau lah Yang Maha pemberi Rahmat kepada kami, maka dgn itu, Engkau berikanlah Rahmat-Mu kepada arwah Umi ku Ya Allah, Engkau berikanlah kasih sayang-Mu kepada dirinya, Engkau ampunilah segala dosanya Ya Allah, Engkau letakkanlah dia di dalam golongan orang yang beriman, dan orang yang solehah Ya Allah' - amen.

Hasliza binti Haron - nama yang terpahat dalam hati hati kami. dan janganlah Engkau hilangkan nama ini daripada akal dan hati kami Ya Allah. biarlah kami mengingatinya hingga tiba masa untuk kami berjumpa dgnnya suatu masa nanti. insyAllah.
Oct 3, 2012 with 0 Comment(s)

Oct 2, 2012 with 0 Comment(s)
hello, salamualaikum. kehadapan pembaca blogku. aku ingin meminta maaf kerana semenjak due menjak dan bermenjak menjak ni aku jarang update, kalau update pun, pasal benda sadis2. sakit2 sume kan. nak baca pun takda mood. tak semua dalam hidup ni sedih je memanjang kan. kadang2 ada jugak orang orang yang buatkan gigi kita tersengih je nampak dari jauh. haha thats mean happy dude.


dah lama aku tak berfalsafah, dah lama aku tak menggila dalam blog aku ni, dah lama jugaklah aku tinggalkan blog aku ni. untuk jangka masa lama ini lah diri aku kehilangan masa, kehilangan idea, ketandusan akal pikiran untuk mengukirkan something kat blog aku ni. memang susah nak menaip. nak mengarang. apa korang ingat mengarang ni macam main game ? tak semua benda dalam hidup ni senang uolls. hurmm act, aku nak ceritakan akan 'kesilapan' 'kesalahan' atau pun sesuatu benda yang orang buat salah terhadap diri kita. even kita sendiri pun bnyk buat salahkan. kita semua sama. tiada yang sempurna. tetapi perlukah kita menghukum ? perlukah kita menyisihkan seseorang yang melakukan kesalahan ? mungkin patut. tapi tak semua manusia melakukan kesalahan dengan sengaja. dan kemudia mereka datang meminta maaf kepada kita. tetapi kita tidak mengendahkan rayuan mereka. kenapa ?

aku teringat lirik dalam lagu Jamal feat Malique - aku maafkan kamu. dalam lagu tuh bnyk kata2 yang berkaitan dengan apa yang aku katakan ini. katanya :-

Maafkan mereka, mereka tidak tahu,
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu,
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,

Maafkan mereka, mereka tiada nilai,
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai,
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti,
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.

cuba baca buat rap, sedap dengar haha. kalau hancu tak yah rap. tapi cuba fahami apa yang di maksudkan tuh. kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.sedap ayat ni aku suka. :) aku cuma nak membuka mata sesetengah buah pehak, atau pun mereka2 yang ada sekeliling kita ni, kita dibina mempunyai kelemahan masing2. kita tidak sempurna. kita dibina ramai. jangan jadikan diri kita umpama buih2 dilautan, bnyk buihnya, tapi kosong, ditiup angin hilang entah kemana. bila dicucuk pecah meletup. tak boleh kah kita menjadi umpa bata ? disusun susun menjadi dinding. ataupun tembok yang kukuh. saling lengkah melengkapi antara satu sama lain. semua orang buat salah, semua orang buat silap. tetapi perkataan maaf itu amat penting. apabila seseorang meminta maaf, maka berfikirkan, kenapa dia berbuat begitu ? apakah sebabnya. manusia diberi akal dan fikiran. try to use it. 

maafkan mereka.. mereka tidak tahu. tapi berilah pengetahuan kepada mereka supaya mereka tahu. bukan menghukum terus. ini lah kehidupan. setiap kehidupan yang kita tempuhi, perlu ada cara untuk menempuhinya. aku mintak maaf. aku tak suka marah. kalau aku marah, perkara buruk yang akan terjadi. aku tak suka. aku panas baran. orang yang rapat dengan aku je kenal siapa aku. tapi tak selama lamanya aku akan panas baran. people can change. believe it. you can if you want. and i hope, you give me a chance and try help me, help me to make this changes happen.


please, forgive me. 
sincerely- from me. to you. *buat tangan bentuk love di dada :]