Aug 20, 2014 with 0 Comment(s)
Semua orang mempunyai ibu, mempunyai bapa. kadang-kadang, mereka terbiasa dengan segala kasih sayang, kemewahan hidup, dan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa mereka sehinggakan sampai suatu saat, mereka lupa, alpa akan kehidupan yang akan mereka tempuhi kelak. segala pengorbanan yang diberikan tidak difikirkan satu pun dalam pemikiran mereka. ingatlah, tidak selamanya manusia itu akan kekal kehidupannya di dunia ini. sampai masa, kita masing-masing akan meninggalkan antara satu sama lain.

Assalamualaikum, lama kan tak update blog ni ? :) cukup lama rasanya tangan jari jemari ini tak berlari atas keyboard ni untuk bercerita. hanya mampu bercerita di dalam Facebook or Twitter  huhu. Maaf lah, memang bila dah masuk ke alam 'Ijazah' atau Degree ni, susah sangat nak ada masa untuk diluangkan untuk perkara-perkara sebegini. apa yang nak diceritakan ya ? setelah sekian lama mendiamkan diri.

20/8/2014 - 1.00 pagi. - Restoran Sri Pntai Timur, Melaka.

 Selepas study di masjid MMU untuk midterm esok hari, kami pergi menjamu selera di restoran Pantai Timur ni. terasa lapa. study kan.. biasa lah, lapa lah, ngantuk lah, time main game tak lah pulak merungut macam-macam. haha student life. okay, masa duduk-duduk semeja, BJ (Abdulrahman) bertanya kepada aku.. mengenai keluarga aku. daripada mula smpai akhir aku cerita mengenai UMI.

 "Dah 2 tahun dah arwah umi aku takda. dia sakit breast cancer. mulanya, dia tak tahu pun itu cancer, sebab just terasa ada biji dibawah lengan dia. tapi lama kelamaan, terasa sakit, dan membesar, bila pegi check, doctor sahkan ini breast cancer. selama itu lah kami sekeluarga hidup membantu arwah umi untuk sembuh. abah pun dah ikhtiar macam-macam, daripada cara moden (ubat-ubatan beribu-ribu) sampaikan berubat cara tradisional. tapi maybe, Allah lebih sayangkan dia, Allah ambil dia daripada kami. Dulu, dia sakit masa aku SPM lagi.. aku pegi jaga dia kat hospital, bila nak time SPM, aku siap bawak buku pegi study dekat sebelah katil arwah umi. nurse-nurse semuanya duduk tengok-tengok, dan simpati dengan keadaan kami. nak buat macam mana kan ? tapi Alhamdulillah, aku berjaya juga mendapatkan 5A walaupun study ala kadar dek kerana masa yang singkat untuk study dihadkan untuk jaga arwah umi. Umi mintak maaf juga dengan aku dulu, dia kata "Mey, kesian kat Mey sebab kena jaga umi, lepas ni, Mey tak yah lah dtg hospital, study jelah.. umi okay sini" :') bila aku dapat result, dia orang pertama yang menangis, menitik air mata, dia kata dia tak sangka yang aku akan dpt result macam tuh. hasil berkat jaga seorang ibu barangkali."

 "Masa tuh aku dekat hostel, seminggu sebelum tuh, abah aku dah call suruh balik kelantan, sebab keadaan umi macam tenat. lepas dua tiga hari aku balik lah ke Melaka balik disebabkan masa tuh, aku baru je masuk belajar MMU Foundation in IT. Semasa sembahyang maghrib di masjid MMU, phone dalam pocket aku bergetar, ada orang call. lepas sembahyang, aku call balik, eh ? Abang aku yang call. aku tanya, ada apa ? Abang aku tanya aku balik, mu tahu tak umi dah takda ? dalam masa yang sama, aku terkedu. diam tak terkata. aku dengar esakkan tangisan dalam phone tuh. aku mula jadi tak tentu arah, sedih bercampur baur perasaan aku masa tuh. yang aku fikirkan, macam mana aku nak balik ke kelantan ? masa tuh dah malam. bus memang dah habis tiketnya. aku terus menangis dalam masjid tu, sambil membaca Yassin untuk dihadiahkan kepada arwah umi. Alhamdulillah, Allah kurniakan jalan, aku tumpang bapa ipar abg Ihsan, dia hantar aku ke Putrajaya, dan dekat sana, aku naik kereta abang ehsan, terus ke ipoh. abah dah tunggu di sana untuk balik sekali ke kelantan. malam tuh juga kami terus ke kelantan, abah bawak kereta macam apa dah. bayangkan, perjalanan dari ipoh  ke kelantan hanya mengambil masa dalam 4 jam. walhal selalunya paling cepat 5 6 jam juga lah nak sampai."

 "Masa pagi itu, selepas arwah dimandikan, dikafankan, aku, abang, dan adik-adik, mencium/kucup dahi arwah umi.. sejuk terasa dahinya.. Allah.. Allah saja yang tahu perasaan yang bergetar di dada kami pada ketika itu. aku mencari abah di luar rumah, kelihatan abah mengelap airmatanya dengan pergelangan kain baju melayu.. aku cakap dekat abah, "abah, pegi lah cium umi.." abah tengok aku, dia mengalirkan air matanya lagi.. aku sebak ketika itu, melihat seorang ayah yang aku panggil abah, yang selama ini cukup kuat, tabah menerima segala dugaan, mengalirkan air mata. sekeras-keras lelaki, smpai suatu masa, air mata rebah jatuh ke bumi. aku gosok bahu abah.. dan pelahan-lahan, abah bergerak menuju ke tempat jasad arwah umi.. dia mencium, mengucup, dan memejamkan matanya.. aku tak tahu nak mendifinasikan perasaan aku ketika itu. mungkin hanya orang yang pernah merasai kehilangan seorang ibu dapat merasai perasaan kami ketika itu. Allahurabbi.."

 "Banyak dugaan buat abah dan kami sekeluarga. setelah menanggung bebanan dugaan kehilangan seorang manusia yang dicintai, disayangi, selepas itu dia diduga lagi oleh Allah dengan segala kata-kata, caci-cacian, oleh mulut-mulut manusia yang tidak tahu hujung pangkal penceritaan kisah kami sekeluarga. mereka menghentam diri abah dengan kata itu dan ini sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berada di bahu abah. selepas kehilangan umi, setiap pagi, abah buatkan sarapan buat adik2.. dan menghantar mereka ke sekolah. bila tiba waktu balik, abah ambil mereka, dan bersiap untuk pergi mengajar pula ke sekolah sambil membawa adik-adik ke sekolah sekali kerana ketiadaan orang yang boleh menjaga adik-adik di rumah. adakah orang diluar sana nampak apa yang abah buat ? apa yang abah korban kan ? apa yang abah lakukan demi menyara keluarga ? tak ! mereka hanya mampu berkata-kata sendangkan mereka tidak merasai lagi kehebatan dugaan Allah terhadap diri mereka. Bersabarlah abah."

 "Dengan kesabaran, sekarang, Alhamdulillah, dua tahun sudah pun berlalu. Hidup kami sekeluarga cukup bahagia. Abah dah tak kurus macam dulu. Adik-adik dan abah dah ada orang jagakan. Alhamdulillah, kami dapat pengganti seorang ibu yang mampu menjaga adik-adik, dan keluarga ini. walaupun dia bukanlah seorang ibu yang mengandungkan kami, tetapi dia tetap menjaga keluarga ini seperti anaknya sendiri. Alhamdulillah ya Allah. Engkau gantikan seseorang, dengan seseorang yang lain. Semoga keluarga ini dapat hidup bahagia selamanya. InsyaAllah"

hasil nukilan aku sendiri. sambil mengalir air mata, jari bergerak mengikut apa yang difikirkan. Tak semua manusia mempunyai atau menerima dugaan yang sama seperti yang Allah berikan kepada manusia yang lain. Mungkin dugaan kami adalah kehilangan Ibu, kesusahan hidup, dan kerosakkan dari manusia yang lain.. tapi ingatlah, Allah itu Maha adil. Dia tidak memberi sesuatu dugaan diluar kemampuan seseorang itu. Walaubagaimanapun, bersyukurlah dengan kehidupan sekarang. Wahai anak, jaga lah ibu dan bapa mu sebelum mereka meninggalkanmu. atau sebelum kamu yang meninggalkan mereka. tiada yang bermakna selain daripada ibu, dan bapa mu.

Alfatihah kepada arwah umi, Hasliza Binti Haron.
Afatihah kepada arwah Aiman Ilham (junior sekolah) - meninggal pada 2 hari yang lalu.

semoga roh mereka dicucuri rahmat, dirahmati oleh Allah.
#pray4Gaza #pray4Palestine #pray4AllMuslim

Wasalam.
Jul 13, 2013 with 0 Comment(s)
Assalamualaikum..
lama dah tak update. tak post. memang sekarang blog dah dibuang jauh entah kemana. entah lah. bila baca blog orang lain tadi, teringat belog sendiri.. haih.

brapa lama dah aku tinggalkan kau blog ? maybe 6 bulan, or setahun ++ . apa nak buat kan.. busy. takda masa nak update kau blog. maafkan aku. act, aku pun tak tahu apa yang aku nak taip ni. lama duk termenung tgk keyboard qwertyuiop ni. hurm.

yang membawa aku untuk bukak hati untuk membuka balik blog ni ialah ADDIN.CHAOS punya blog. haha. dari dulu suka baca kata2 kat blog tuh. kadang2 post bape patah je. tapi that simple sentences can give a million meaning.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
from blog Addin - long distance

Recall back few months ago; somewhere in last two semesters,
When its comes to reading subject, no compromise. Like seriously.
"Addin."

"Hmm?"

"Apa pendapat kau tentang long distance relationship?"

"Kenapa? Maksud kau?"

"Yela, Macam mana nak handle? Macam payah je."

"Semua relationship pun susah."

"Memang la, Tapi ni long distance."

"Long distance eh. Depends dengan individu juga la. Ada yang suka 24 jam hari hari nak jumpa. Bagi aku long distance relationship ni macam lagi fun je. Memang la certain orang kata bila berjauhan tu sakit. Tapi kita ambil yang positif la. Fikir bila kau jauh so jumpa pun jarang jarang kan. Then bila kau dah jumpa after a long time, tak ke lagi rasa sweetness tu. Faham tak?"

"Explain."

"Ish tak reti la nak guna ayat macam mana. Sweetness macam first time kau jumpa orang yang kau in love la. & kau akan guna every second of the moment tu sebaik mungkin. Yela dah lama tak jumpa kot. & moment tu mesti akan jadi yang terbaik sebab kau dah pendam rindu tu lama. Rasa dia lain la." 
"Tapi dugaan tu mesti banyak kan. Even aku tengok yang dekat pun macam dah susah nak handle."
Dugaan tu selalu ada. Kita dah besar kot so kena pandai pandai la. Tapi bila kau dah sayang, diatance tu bukan masalah kot. Ramai yang anggap distance tu problem bila satu relationship tu end. Tapi bagi aku, selagi kau sayang, kau kena ada trust, rasa percaya, faith, hope & kena saling memahami. Trustworthy is the best policy."

"Tapi kalau dia jumpa orang yang baru kat sana?"

"Oh. Kau ni banyak tanya kan. Nampak tak aku tengah baca law?"

"Err aku serabut la."

"Haha takdala la. Kau tu yang banyak fikir sebenarnya. Macam ni la, bila dah jauh tu anything boleh jadi.Yang tu aku akui la. Tapi takda masalah yang tak boleh nak settle kan. Mesti ada jalan penyelesaiannya. Bila dah jauh, & oneday ada orang yang lebih dekat dapat offer kita perhatian yang lebih, itu terpulang kat diri masing masing la. Kalau betul sayang, apa pun yang depan mata tak tak akan sama dengan yang jauh. Kalau kau dah sampai ke tahap ni, takkan kau nak let go macam tu kot. benda macam ni depends dengan diri & hati. 
Bila ada problem, talk it out. Jangan biar satu issue tu unresolved & pretend takda apa yang jadi. Itu lagi tambah masalah dalam relationship.

"Hmm tak tahu la wei. Aku macam rasa takut."

"Aku faham. Tapi macam aku cakap, kau kena ada trust tu. Kau kena kuat & jangan banyak fikir negatif sangat. Bila long distance ni, kau jarang nak gaduh gaduh kan. & rasa tu lain. & kau kena banyak doa. Long distance ni pun boleh di kira satu pengorbanan la."

"Thanks wei bazirkan masa law kau untuk long distance aku. Aku sampai dengar kot lagu long distance Bruno Mars tu"

"Takda hal la. Haha. Sedih sangat kau ni. Eh, tapi long distance kau lagi okay la kot dari law ni."

"Sue me. Hahaa"

& the rest is history.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 hanya boleh pejam mata dan bertanya, bagaimana dengan aku ?
wassalam.
Apr 17, 2013 with 0 Comment(s)
Assalamualaikum. em, lama tak menaip kan.. entah apa mimpi nak menaip malam ni. terasa nak luahkan something yang terkandung dalam hati jiwa segalanya. :]

Dah bace tajuk ? lain macam je bunyinya kan.. marah, kemarahan, dimarahi dan dimarahkan. aku nak menyatakan mengenai 'marah'. semua orang tahu apa itu marah. semua orang penah marah, semua orang penah rasa kene marah. apa yang aku nak tekankan dekat sini ialah, marah berpunca daripada 'nafsu' . nafsu kita yang membuatkan diri kita menjadi pemarah, marah orang lain apa semua. kadang2 masalah jugak akan mendatangkan kemarahan dalam diri kita.

pernah tak korang rasa or terfikir, apa perbezaan 'rasa' dimarah sewaktu kecil dan dimarah sewaktu besar ? ada bnyk perbezaan nya. waktu kecil, kita kene marah, kita menangis, tetapi menangis tuh pun kita tak rasa sakit dihati sebab apa ? waktu kecil kita bodoh lagi. tak tahu, tak dapat beza, dan tak dapat fikir dgn waras pun. hati pun tak tahu apa itu rasa 'sakit'. tetapi waktu besar, kalau kita dimarah, kita akan dapat rasa something yang aneh dalam hati kita. aku tak tahu nak describe mcm mana rasa tuhh. susah sangat. nak kata sakit hati, sudah semestinya, tapi tak cukup dgn sakit hati je, ada bertambah benda lain lagi.. sedih, tapi tak mengeluarkan air mata.. takda mood.. serabut.. sakit kepala.. dan mcm2 lagi.

penah tak kita fikirkan yang apabila kita marahkan seseorang itu, adakah ianya dapat memberi kesan yang baik atau menyenangkan hati kita ? tak aku rasa. apa yang kita dapat bila kita mrah orang ? apa ? cube bg tau aku kesan positif dia. takk.. kalau kita ikut nafsu, kita ada masalah, tapi kita lepaskan dekat orang sekeliling kita, suatu hari nnti kita akan disisihkan. jangan harap ada orang nak berkawan dgn orang mcm tuh. bukan nya kita kalau marah, kita nak pegi marah orang lain yang kita tak kenal. SEMESTINYA kita akan marah orang yang kita kenal. yang berada dkt dgn kita. percayalah. you got nothing !

aku pun pemarah. aku mengaku. aku memang baran. terlampau ikotkan nafsu. tapi aku tak fikirkan apa yang orang lain rasa bila aku marah dia ? dan apa yang aku rasa bila orang marah aku ? saat itu baru aku tersedar yang sakit rasanya. tambah2 bila seseorang tuh memarahi kita depan orang lain lagi lah tambah rasa sakitnya.. entah lah.. aku baru dapat merasai.. maybe dia ada masalah lain. tak pe lah.. memang salah aku maybe.. aku tak patut masuk campur. tapi aku just nak bantu kawan akuu. takpe lah.. benda dah jadi. pape pun, aku nak bagi nasihat sikit..

ehem ehem.. kepada sesiapa yang di luar sana seorang yang pemarah, orang ada niat nak marah, henti kan lah. kita tak dpt apa kalau kita marah. even kita ada masalah rumah tangga skali pun, kita tak boleh nak elakkan sesuatu perkara berlaku, tapi kita boleh cuba untuk mengawalnyakan..

apa apa pun, aku mintak maaf atas apa yang ada aku buat salah kat semua.
thanks. bye, salamualaikum.