Apr 17, 2013 with 0 Comment(s)
Assalamualaikum. em, lama tak menaip kan.. entah apa mimpi nak menaip malam ni. terasa nak luahkan something yang terkandung dalam hati jiwa segalanya. :]

Dah bace tajuk ? lain macam je bunyinya kan.. marah, kemarahan, dimarahi dan dimarahkan. aku nak menyatakan mengenai 'marah'. semua orang tahu apa itu marah. semua orang penah marah, semua orang penah rasa kene marah. apa yang aku nak tekankan dekat sini ialah, marah berpunca daripada 'nafsu' . nafsu kita yang membuatkan diri kita menjadi pemarah, marah orang lain apa semua. kadang2 masalah jugak akan mendatangkan kemarahan dalam diri kita.

pernah tak korang rasa or terfikir, apa perbezaan 'rasa' dimarah sewaktu kecil dan dimarah sewaktu besar ? ada bnyk perbezaan nya. waktu kecil, kita kene marah, kita menangis, tetapi menangis tuh pun kita tak rasa sakit dihati sebab apa ? waktu kecil kita bodoh lagi. tak tahu, tak dapat beza, dan tak dapat fikir dgn waras pun. hati pun tak tahu apa itu rasa 'sakit'. tetapi waktu besar, kalau kita dimarah, kita akan dapat rasa something yang aneh dalam hati kita. aku tak tahu nak describe mcm mana rasa tuhh. susah sangat. nak kata sakit hati, sudah semestinya, tapi tak cukup dgn sakit hati je, ada bertambah benda lain lagi.. sedih, tapi tak mengeluarkan air mata.. takda mood.. serabut.. sakit kepala.. dan mcm2 lagi.

penah tak kita fikirkan yang apabila kita marahkan seseorang itu, adakah ianya dapat memberi kesan yang baik atau menyenangkan hati kita ? tak aku rasa. apa yang kita dapat bila kita mrah orang ? apa ? cube bg tau aku kesan positif dia. takk.. kalau kita ikut nafsu, kita ada masalah, tapi kita lepaskan dekat orang sekeliling kita, suatu hari nnti kita akan disisihkan. jangan harap ada orang nak berkawan dgn orang mcm tuh. bukan nya kita kalau marah, kita nak pegi marah orang lain yang kita tak kenal. SEMESTINYA kita akan marah orang yang kita kenal. yang berada dkt dgn kita. percayalah. you got nothing !

aku pun pemarah. aku mengaku. aku memang baran. terlampau ikotkan nafsu. tapi aku tak fikirkan apa yang orang lain rasa bila aku marah dia ? dan apa yang aku rasa bila orang marah aku ? saat itu baru aku tersedar yang sakit rasanya. tambah2 bila seseorang tuh memarahi kita depan orang lain lagi lah tambah rasa sakitnya.. entah lah.. aku baru dapat merasai.. maybe dia ada masalah lain. tak pe lah.. memang salah aku maybe.. aku tak patut masuk campur. tapi aku just nak bantu kawan akuu. takpe lah.. benda dah jadi. pape pun, aku nak bagi nasihat sikit..

ehem ehem.. kepada sesiapa yang di luar sana seorang yang pemarah, orang ada niat nak marah, henti kan lah. kita tak dpt apa kalau kita marah. even kita ada masalah rumah tangga skali pun, kita tak boleh nak elakkan sesuatu perkara berlaku, tapi kita boleh cuba untuk mengawalnyakan..

apa apa pun, aku mintak maaf atas apa yang ada aku buat salah kat semua.
thanks. bye, salamualaikum.
Feb 27, 2013 with 0 Comment(s)
bila bukak youtube. tak tahu nak cari lagu apa.. taip2, padam balik. taip2 padam balik. haihh. tapi td aku dok teringat lagu2 lama yang aku layan dulu2. tak da lah lama sangat. cuma time sekolah2 dulu lah. time remaja dulu *ceh mcm sekarang ni dah tua jaa. haha. baru 18 tahun 10 bulan wokk. haha ada lagi 2 bulan nak jadi 19 wekk.

sambung pasal tadi.. haa tdi aku belek2 youtube. jumpa lah laguu sum 41, mcr, greenday, haa apa lagi yee ? semua lah yang top2 dulu2. haha aku just nak korang dgr jugak. nah sum 41 - crush :D


Feb 26, 2013 with 0 Comment(s)
Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.


dipetik dari :  http://harianislam.com/2013/02/01/kamu-cantik-sekali-tapi/