Oct 15, 2009 with 0 Comment(s)
samb0ng ape..? samb0ng 2lis ceritera... part 4.. kal0 na bace, bace lah kal0 x na get out hahaha.. bukan sur0h kuar umh kuar dr web bl0gger nie jer ;)

PART 4:



Sekarang telah berlalu Penilaian Menengah Rendah (PMR), semua seperti biasa di pagi Rabu. Dia bangkit dari tidur matinya pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan. Tatkala handsetnya berbunyi menunjukan bahawa sudah sampai waktu untuknya bangun dari khayalan. Dia bangun dan terus menuku ke tempat yang seumpama di aisland. Mengambil tuala dan meneruskan langkah pergi ke dalam bilik air. Dengan keadaan matanya yang terbuka sempit, dia perlahan mengangkat tangan kirinya dan menyentuh suis lampu dan suis heater. Semasa dia membuka pili air terasa meremang bulu roma naik hingga ke tengkuk. Tetapi dalam keadaan itu matanya masih dalam kekhayalan kerana terasa tidak puas tidur.

Perlahan dia melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke dalam bilik yang hanya beberapa langkah sahaja. Sejurus dia sampai ke bilik, dia terus memetik suis lampu tetapi tidak pula kipas dek kerana terasa kesejukan. Terus dia mencapai kain dan baju yang tergantung. Setelah membentang kan sejadah, dia meneruskan dengan menunaikan solat subuh. Setelah selesai, dia menuju ke meja komputer serta-merta dia membuka (0n) komputer tersebut dan dia meniggalkannya sendirian sementara dia pergi bersiap dengan memakai baju uniform bomba dan seluar sekolah. Melihat dirinya di hadapan cermin mengingatkan nya bahawa dia belum memakai gel rambut di rambutnya yang kusut itu. REVIVE disambarnya yang berada di atas almari. Gel rambut berjenama itulah yang selalu dipakainya. Rambut digayakan ala-ala berstyle terpacak. Rambut yang sebelum ni kusut kini berubah wajah. Dia pergi menuju ke meja komputernya itu yang telah tersedia terbuka. Dia mencari sesuatu didalam komputer tersebut. "click!" bunyi tetikus ditekannya. Tidak lama kemudian jam telah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Hari semakin cepat cerah melabuhkan kegelapan malam. Dia terus menutup komputernya itu dan mencapai beg sekolahnya dan melangkah keluar dari bilik sambil tangan kirinya mencapai dan memegang stokin. Dia menutup lampu bilik. Ketika berada di hadapan pintu rumah mindanya teringat akan sesuatu. "eh, kunci basikal aku. Adoi kenapalah tak teringat dari tadi. ermmm," kedengaran suaranya mengeluh. Dia kembali ke biliknya semula untuk mendapatkan kunci basikalnya itu.

Sejurus sahaja dia sampai di hadapan pintu pagar sekolah, terlihat lengang orang di dataran perhimpunan "mungkin aku datang terlalu awal," kata hatinya. Dia terus melangkah masuk ke dalam sekolah sambil menyorong basikalnya itu. Selepas sampai di tempat meletakkan basikal hatinya berbicara, "eh di mana basikal kawan-kawan aku yang lain?" terukir kerutan di dahinya seolah-olah pelik. Selalunya merekalah yang mendahuluinya datang awal ke sekolah sebelum dia datang. Kerutan di dahinya sudah mula tidak kelihatan. Dia menuju ke tempat dataran. Sambil berjalan, matanya terpinga-pinga mencari kelibat rakannya. Serta-merta dia mefokuskan pandangannya kearah rakannya dan terus menuju ke sana.


akan bersambung =P