Feb 13, 2011 with 0 Comment(s)
hello .
hah hari nih aku nak ceritakan kisah yang semalam punya terjadi. ok jum baca kat bawah...

ehem ehem..

al kisah..tersebutnya kisah pada malam semalam, aku pegi lah ambil torchlight alahh yang lampu suluh kecik tuu kan ? tapi lampu tuhh tak pakai batteri, dia kene cas. ok dah tuh aku try lah on nak lampu tuh, tapi lampu dia malap. so aku pegi lah cas dekat plug yg dekat ruang tamu nih. tak dan 5 minit cas, abah aku buang lampu tuh daripada plug, pastu dia cucuk charger phone dia. aku pun dtg lah. amek lampu tuh pastu cas kat dalam bilik. kat dalam bilik tuh aku bukak plug speaker pc aku. and then aku nak cucuk lah lampu tuh, lampu tuh dia punya plug yang bermata dua batang tuu kan . so nak kene cucuk satu kat atas tuh, baru boleh cucuk duaa.. dan dan aku cucuk tuh, nak jolok lampu tuh, terkejut aku, tangan rasa kebas, lampu tros tercampak, kaki aku berat sebelah, sebelah kiri. HAHAHA ! aku nak tumbang rasanya *hilang keseimbangan* pastu aku tgk lah blakang kowt2 ada sape2 yang tolak aku kan, tapi takde. HAHAHA aku punya lah bengap almaklumlah tak penah rasa kene renjatan elektrik 250Volt. AHAHA aku rasa kebas jari kanan aku.. masa tuu tangan aku berpeluh. aku memang ada penyakit berpeluh dekat tangan, dan kaki. kalau aku pegang kertas, mesti hancur relai truuss HAHA. kalau tak caya pegi tanya kawan2 aku.

ok, lepas tuu aku tgk lah badan aku kowt2 ada effect apa kan, alhamdulillah takde apa. rambut pun tak tercacak lagi, still maintain HAHA. gila memang 1st time aku merasa kene natang nih. ada sedikit ke-fobia-an dalam diri aku nih kalau tgk plug. hakx3 haish bahaya betol org ada penyakit tangan berpeluh nih. ==" aku memang dari dulu ada penyakit nih, tak tahu kenapa. ada jugak aku search dalam tenet cara2 nak mengubati penyakit nih. ada satu cara dengan pembedahan. dia kerat kelenjar yang ada di bawah ketiak. aku ada cakap dekat abah semalam. dia pun cakap, "nak tahu tak ? kelenjar tuh lah jugak tempat nak salurkan antibody kat badan, kalau takde tuu habis lahh penyakit sumer masuk" aku baru tahu. HAHAHA oooo ye kee ? huish lebih baik tak buang. hari tuu ada jugak cikgu bio aku ajar tentang antibody antibody nih, antibody terbahagi kepada dua, satu antibody yang semulajadi, satu lagi antibody buatan.

perbezaan fungsi antibody yang semulajadi dengan yang buatan ialah sebagai contoh, kita demam. kita nak demam tu sembuh dengan antibody semulajadi, so kita tak ambil ubat lah kan. tapi antibody semula jadi nih lambat sikit nak datang, lambat sikit jer lah.. tapi kalau kita sembuh dengan cara camtuu jer, tak makan ubat.. antibody kita tuh akan simpan memory tau, kalau selepas itu demam datang lagi, antibody badan kita yang semulajadi nih dah ada simpanan memory, dia akan tau kalau demam nih, dia salurkan antibody nih. hahh senang kan ?

tapi kalau kita makan ubat, setiap kali demam, kita kene lah makan ubat. setiap kali demam kene ambil ubat. dia tak lindung badan kita untuk selama lama nya.. berbeza dengan antibody yang semulajadi dia ada simpan memory, haha dasyat tak ? aku pun baru tahu je benda nih. kalau korang tak paham, nanti lah korang blaja sendiri biology tuu. ok.

aku cerita pasal ape ehh tadi ? ohh yee peluh kan ? hah ! aku nak cakap sikit, kadang2 kan kalau tengah main game, ker apa apa jer lah, badan aku tak bergerak aktif pown, tapi dia akan berpeluh jugak. macam sekarang nih lah berpeluh tapak tangan aku. haih, kadang2 tuu peluh ketiak aku. sampai mengalir kat lengan. HAHAHAHA ! macam bengong kan ? ==" grr dah banyak deodorant aku try, ada tak deodorant yang boleh kering kan ketiak ? hahahahaha terserlah kebengongan di situ. dah dah.. aku nak pesan kepada sesiapa yang mempunyai penyakit seperti aku,

nanti kalau nak akad nikah, nak bersalam dengan tok kadi korang kene pakai sarung tangan lah. HAHAHAHA ! sama jugak kalau nak pasang plug ker apa ker, kene pakai sarung tangan ==" agak bahaya lah, serius aku cakap. BAHAYA ngerti enggak ? grr so jangan lah nak simpan hasrat nak pegang tangan awek atau pakwe yee sedor sikit tangan tuh . HAHAHA XD

ok bye ! :P