Mar 17, 2011 with 2 Comment(s)
hari ini memang hari yang meletihkan bagi aku. ye lah mau tak letih ? dok terjun sana..terjun sini.. bukan terjun bgunan, tapi kita orang terjun dalam air. td ramai2 pegi mandi air terjun dekat gopeng sana. agak sejuk ==" bergetaq jugak lah badan aku nih. haih. takpe lupekan mengenai air terjun, yang aku nak berceramah pada hari nih ialah mengenai....

Perlu ke OFF phone tuh ?

okay ini lah tajuk yang aku ingin menyatakan pada malam jumaat ini bersamaan hari khamis, 17.3.2011.. bila kita bercakap pasal phone mesti kita terbayang SMS, Call, dan macam2 lagi. ye lah phone2 zaman sekarang canggih2 belaka kan ? tgk lah phone korang2 semua.. touchscreen lahh, ada keyboard lah apa lah.. sampai kan aku sendiri tak reti nak menggunakan phone2 sebegini rupa sebab canggih bebeno. memang aku takde phone2 jenis macam korang2 pakai tuhh canggih2.. aku pakai yang murah2 aje.. ada keypad.. tak besor, tak kecik...sedang2 je..simple mimple ! ala asalkan sedap menekan keypad nak berSMS dan boleh call orang sudah lah kan ? haha

tapi bukan jenis phone yang aku nak memperkatakan untuk hari ini, aku nak menyatakan tentang persoalan yang bermain dalam otak gua nih "perlu ker off phone tu?" ye lahh bagi aku apa guna ada phone kalau off kan ? baik tak yah guna.. bukan apa, phone tuh kita pakai untuk tujuan perhubungan komunikasi antara manusia nih. kalau korang off kan phone, susah lah member2 nak msj apa semua.. kowt2 ada hal mustahak ker kan ? tak ke susah tuhh ?

aku cakap mengenai ni sebab apa tau, aku nih memang tak suka lah bila hantar msj jer kan, pastu maxis hantar msj balik kat aku dan dia cakap, "sorry your message did not recieve by this number bla bla bla because the phone is off...your message will be sent later, after the phone is on" lebih kurang macam tuh lah kan ayat dia.. aku rasa macam eeiiiii !! ya allah ! haih ==" kenapa eh ? aku sangat geram dengan orang macam nih. haha geram dalam bahasa omputih apa ya ? mengikut kamus dia kata geram = exasperate, annoy greatly. HAHA kalau mengikut google translate geram = furious. so pilih lah yang mana korang nak.

berbalik kepada topik asal kita.. kenapa agak2 diorang nih suka sangat tutup phone ? bagi pendapat aku, ada beberapa faktor kenapa phone nih off..antaranya ialah :-

1. phone tuh betol2 habis battery.
2. orang tuh tutup sebab dia nak tdo, malas di ganggu.
3. ada no. yg tidak dikenali slalu mengganggu dia, sebab tuh dia off.
4. memang jenis tak reti guna phone (membazir duit beli phone !)
5. orang itu sedang marah kerana bergaduh barangkali dengan pakwe/makwe. sebab itu dia off.
6. sebab...merajuk ? (T_T)
7. sebab nak study, exam lah katakan... =="

okay, itu adalah jangkaan aku kenapa mereka nih suka tutup phone. tapi tak tahu lah betol ker tak kan ? its up to you lah nak terima ker tak faktor2 yang aku nyatakan kat atas tuh kan ? ehh korang tak tertanya tanya ker kenapa aku post pasal benda nih ? tetibe jer post benda nih kan ? buang tebiat ker aku nih ? HAHAHA act, aku ada cerita.. kisahnya berlaku begini..

siang td kan aku pegi mandi manda dekat air terjun dekat gopeng tuh kan ? kita orang masuk hutan dowh nak cari air terjun tuh.. so line pown takde lah phone aku.. bila dah siap mndi apa semua.. dah keluar dari tempat yang takde line tuh, tetibe phone ada line dah.. maxis pun hantar lah msj kat phone aku, ada satu missed call. pastu aku dapat dua msj masuk. baca2 lah kan, tgk2 member aku hantar msj.. msj pertama dia kata "hello" and then msj kedua dia tulis "urm, kalau bz xpela. sorry ganggu" pastu aku pun gaya nak balas lah kan.. taip punya taip.. bila dah hantar.. boleh pulak maxis tuh hantar msj kat aku balik dia kata msj aku tak di terima oleh no. member aku tuh sebab member aku tuh off phone.. aku hantar lagi msj.. tapi macam tuh jugak.. pastu pukol brapa ntah... dah sampai umah.. aku hantar lagi msj... still tak on phone.. grr aku punya lahh haih geram jer.. tak kan marah kowt ? =.="

haih, susah susah. sorry lah ehh bukan niat untuk marah tp kan ye lahh kot ye pun, jangan lah sampai tutup phone. orang nak msj nak bagi tau apa2 pun susah kalau off. biar lah phone tuh on jer memanjang.. apa salahnya kan ? kalau tak nak balas, tak yah lah jawab. hahaha yang penting phone tuh mesti kene on . tolong lah kepada mereka2 yang suka meng-off-kan phone korang, kalau korang taknak guna phone tuh, baik bagi aku. meh meh, boleh aku jual kat mana2 ker kan ? tak pun aku pakai untuk diri aku. hahaha

jangan buad benda bukan2 lahh ==" malas dah aku nak cakap. so skrang, aku pulak rasa nak merajuk *haha apa ingat pompuan jer boleh merajuk ? heh laki pun nak jugak menggedik merajuk rajuk. haha ooo asyik laki jer pujuk.. mana aci. HAHAHA

so macam biasa, aku nak mintak maaf kalau aku ada tersalah taip, dan terguris hati sesiapa. aku hanya menyatakan pendapat, bukan tujuan nak mengeji atau menghina orang lain. a big apologise to you all :D salamualaikum~

kata2 untuk hari ini ialah :-

"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."