May 3, 2011 with 3 Comment(s)
assalamualaikum.
selamat pagi semua.. jam menunjukkan pukul 9.20 pagi, hari selasa dan yeah ! aku tak pergi sekolah. bukan untuk memonteng, tetapi ada sebab yang menyebabkan aku tak boleh pergi ker sekolah. dalam entry pendek semalam aku ada cakap sebab apakan, so sat lagi aku nak pi kedah. tapi sebelum tuh, aku ingin mengisi ruang di blog aku nih dengan entry untuk hari ni.

budak2 zaman sekarang suka cakap bodoh bodoh betol.. haha kesian kawan2 korang yang kena pangkat bodoh itu. bukan senang nak dapat pangkat free free, Sultan pun tak leh nak bagi pangkat darjat kebesaran nih. bodoh lah hang ! itu yang slalu kita dengar. ehh aku tak kata korang yang membaca nih bodoh, tetapi mungkin korang akan menjadi sedikit kebengongan apabila membaca blog aku nih. tak hapa la.. bukan selalu kan ?

woi bodoh ! itu budak2 suka panggil. apa woi woi ? ingat orang takda nama ker ?! sebab aku tak tahu nama hang lah yang aku panggil woi tuh. dem ! bodoh selalunya digunakan dalam percakapan, jarang digunakan untuk tujuan penulisan, tetapi aku menggunakannya untuk menaip. orang bodoh ini bukan tak pandai, tapi dia bengap sikit . sebenarnya takda istilah bodoh dalam dunia nih, hanya orang orang yang tertentu sahaja yang mewujudkan perkataan bodoh ini, dan mengakui dirinya bodoh. kalau tak percaya, apabila seseorang membuat aweknya menangis, dan terus tinggalkan dia, mesti dia berkata :

"bodohnye aku nih ! dulu tak nak jaga elok2, tgk sekarang..dah melepas sob sob"
atau pun...
"kenapalah aku nih bodoh sangat !? haih"

anda sudah lihat situasi kebodohan orang ? okay sekarang aku akan menerangkan pula mengenai pandai. hai pandainyalah anak aku nih. yaa kata2 ini selalunya diucapkan oleh ibu ibu, bapa bapa kepada anak2 mereka.. namun, anda perlu ingat bahawa kata2 itu mempunyai dua maksud. maksud yang pertama ialah sebagai sindiran. yelah, mak suruh buat lain, kau buat lain, tuh yang dia sindir tuh, PANDAINYA ANAK AKU NIH. dan maksud yang kedua ialah, memang dia memuji anda. namun, jarang aku rasa ? hahaha

ada juga trend budak2 zaman sekarang nih yang menggunakan perkataan "pandai" dalam perbualan mereka dgn maksud 'sindiran' . kalau tak percaya, seperti contoh ada orang kata sebegini..

"kau nak pergi mana?"
"aku nak balik rumah lah pandai "

atau..

"aku rindu la dekat ex aku"
"itu lah kau, terlebih pandaikan, aku suruh buat cam ni taknak.. tgk kan dah melepas"

anda paham apa yang ingin disampaikan oleh aku ?
jadi kesimpulannya, Bodoh itu kurang pndai.. dan Pandai itu bukan bodoh. hahaha
terima kasih sudi membaca :P