May 29, 2011 with 2 Comment(s)
benda nih aku terbaca dalam Sinar Harian bertarikh hari ini iaitu 29 hari bulan. haha nak tau ? meh baca :-

Vancouver - Kaum wanita mendapati lelaki pendiam dan kelihatan angkuh lebih menarik berbanding lelaki yang mempunyai perwatakan gembira. Menurut kajian terbaru Universiti British Columbia di Kanada, wanita paling tidak tertarik kepada lelaki yang mudah tersenyum sebaiknya menggemari lelaki yang berkelihatan atau bersikap misteri.

Namun dalam penemuan bertentangan, lelaki pula mendapati paling tertarik kepada wanita yang kelihatan gembira dan tidak menggemari golongan Hawa yang dianggap mempunyai kenyakinan diri yang tinggi. Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan perbezaan ketara antara jantina mengenai terikan senyuman dan membantu menjelaskan mengapa lelaki yang dianggap nakal sering menjadi kegilaan wanita.

"Walaupun muka yang gembira penting untuk memulakan interaksi sosial, namun tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menyelidik sama ada senyuman itu adalah sesuatu yang menarik," menurut ketua penyelidik, Jessica Tracy.

"Kajian ini mendapati lelaki dan wanita memberikan respons yang sangat berbeza kepada pameran emosi termasuk senyuman," katanya.

haaa amacam ? haha so it's up to you what type of man or woman that you want :P pilih ler bebetol yea.. haha byebye~