Jul 2, 2011 with 10 Comment(s)
kita akan suka bila pelangi sudah terlihat, selepas hujan melimpahi bumi.

kita akan suka bila langit cerah selepas gelap.

kita akan suka bila dia datang kepada kita.

dan kita akan suka bila...

* image by google

kita berdoa supaya tuhan memberikan kecerahan pada hari ini, tetapi Dia menurunkan hujan. maka ketahuilah, bukan Dia tidak mendengar permintaan kita, tetapi Dia tidak ingin memberikan sinaran matahari semata mata, tetapi Dia juga ingin memberikan kita pelangi. dan disitu kita dapat lihat, bukan sahaja hari itu cerah diterangi cahaya matahari, malah diindahkan lagi dengan hiasan pelangi.

jangan lah melihat sesuatu keburukkan itu, ialah keburukkan sahaja. tetapi kita hendak lah melihat sesuatu itu mempunyai kebaikkan disebalik keburukkan itu.

segala yang Allah berikan kepada kita, mempunyai rahmatnya yang tersendiri.
fahamilah perkara ini dengan baik .

salamualaikum.