Jul 1, 2011 with 3 Comment(s)
kadang2, kita tak tahu apa tanggapan, atau perasaan orang lain terhadap segala perbuatan perbuatan yang kita telah lakukan selama ini. marahkah mereka ? sedihkah mereka ? ataupun, sukakah mereka dengan apa yang kita telah lakukan.. hidup umpama berjalan dan meneruskan perjalanan.. untuk menjumpai destinasi yang dituju itu, kita mesti lalui jalan yang berpasir, mungkin selepas itu jalan yang berbatu, dan seterusnya jalan yang panas membahang, atau pun jalan yang penuh dengan duri2 di atasnya.. mungkin sakit dan payah nak lalui kesemua jalan2 tersebut, tetapi berbaloi apabila kita telah selamat sampai ke destinasi yang kita idamkan itu. senjata yang paling berkuasa dalam menempuhi kesusahan ialah kesabaran, keimanan, dan keredhaan hati. mungkin orang tgk jalan lurus lagi baik daripada jalan bengkang bengkok, tapi perlu diingatkan, kadang2 yang buruk itu memberi makna yang baik kepada kita, malah sebaliknya, yang cantik itu memberikan makna yang buruk kepada kita. kadang2 kita tidak boleh memilih benda yang manis sahaja, kerana kadang2 yang manis itu boleh menjadi racun, dan yang pahit itulah penawarnya.

manusia dicipta dengan mempunyai hati dan perasaan, serta akal. melalui akal lah kita perlu memikirkan untuk tidak menggores hati manusia lain, dan melalui hati lah perasaan akan timbul. marahkah ? sukakah ? itu terpulang kepada akal yang melayan hati dengan layanan yang baik mahupun layanan yang buruk. jika baik, maka perasaan akan menjadi suka, jika layanan buruk, maka marahlah perasaan itu. bak kata orang, jagalah lidahmu itu, nescaya dia akan menjagamu.. jika engkau biarkan lidahmu itu, maka dia akan memudaratkan dirimu. jaga lah percakapan, jaga lah perbuatan, jagalah tingkah laku, mungkin kita tidak sedar orang lain marah dan sedih dengan kita, sebaliknya kita sedang tertawa tanpa memikirkan orang yang sedang marah dan sedih dengan kita. perlu diingatkan, membuat dosa dengan Allah lebih senang untuk meminta keampunan berbanding membuat dosa dengan manusia lain. jika meminta maaf dengan Allah, insyallah, Dia akan memberi keampunan kepada hambanya.. tetapi jika meminta maaf dengan manusia, belum tentu lagi dia akan memberi kemaafan kepada kita, melainkan dia ialah seorang insan yang betol2 berhati mulia.

*image by google.


-maaf jika tersalah. maafkan lah diri ini, maafkan saya-
salamualaikum.