Jul 28, 2011 with 2 Comment(s)
perubahan dalam kehidupan bukanlah perkara asing bg kita. semua orang atau hidupan di muka bumi ini sama ada sedar atau tidak, mereka akan mengalami perubahan. kadang2 kita tidak minta untuk membuat sesuatu perubahan, tapi ia terjadi dengan sendiri *paksaan* . perubahan terbahagi kepada dua, iaitu perubahan ke arah kebaikkan, dan keburukkan. mana satu kah perubahan terhadap diri kita ? entah lah. kadang2 kita tak sedar dan tak tahu pun diri kita ini mengalami perubahan, yang boleh merasai, atau perasan perubahan terhadap diri kita hanyalah orang2 sekeliling kita kan ?



kita lihat perubahan terhadap kawan kita, dan kawan kita nampak perubahan ke atas kita. tapi masing2 menganggap perkara itu seperti perkara biasa.. mungkin ada sesetengah rakan kita yang berani memperkatakan mengenai perubahan yang terjadi ke atas diri kita. tetapi kebanyakkannya hanya mendiamkan diri dan membuat seperti 'normal' . kenapa ? ada sebabnya.. ini semua ada kaitan dengan hati, bgi sesetengah orang..dia tidak berani menegur atau memperkatakan mengenai sesuatu yang berkait rapat dengan diri rakannya.. mereka takut rakannya itu terasa hati. yelah, kita boleh fikir perkara macam ini kan ? jika tersalah cara percakapan atau cara teguran, mungkin persahabatan menjadi taruhan.

memang susah kita nak membuatkan hidup ini menjadi seperti apa yang kita inginkan. semua orang berubah, yang hanya membezakan antara perubahan2 itu hanya lah cara perubahan tersebut.. baikkah ? burukkah ? itu yang kita kena fikirkan. tetapi kita ini manusia yang lemah, kadang2 kita tak boleh menerima teguran daripada insan lain kan ? mungkin kita boleh menerimanya tapi mengambil masa sedikit untuk memperbetulkan keadaan. diri kita semua sama, kadang2 kita terbuat salah, dan kita meminta keampunan. kadang2 orang lain terbuat salah dengan kita, dan kita yang harus memberi kemaafan kepada mereka.

hidup tak susah sebenarnya, tapi kita yang menyusahkan hidup kita sendiri.
kadang2 kita lupa akan tanah yang dipijak apabila melihat langit kebiruan.
kadang2 kita kena tanya kepada rakan kita, adakah aku telah berubah ?
dari segi apakah perubahan yang terjadi ke atas diri aku ini ?
dan ingat, tak semua manusia sempurna, :) terimalah seadanya, tetapi cuba lah untuk mengubah perkara yang patut diubah, dan kekalkan perubahan yang baik itu.

kalau aku berubah, tegurlah aku, kalau aku tersalah, maafkanlah aku.

maaf kalau ada salah dan silap.
-otak falsafah hari ini-

salamualaikum .