Aug 10, 2011 with 0 Comment(s)
Kadang-kadang, hidup memerlukan pengorbanan hati, kita perlu menerima sesuatu dengan seikhlas hati walaupun kita tidak menyukainya. (agak berat bukan ?)

keikhlasan amat penting dalam kehidupan . Keikhlasan umpama semut hitam di atas batu di malam yang kelam. kita tidak mampu melihatnya tetapi hakikatnya ia wujud di situ.

memanglah, kadang-kadang, orang lain menyukai sesuatu benda itu, tetapi tidak semestinya kita akan menyukainya juga. dan begitu jugaklah sebaliknya, kita suka akan sesuatu, tetapi hakikatnya orang lain tidak menyukai benda yang kita suka itu.

tetapi kita perlu ingat, hati orang tidak sama dengan hati kita.
biarkanlah, memang kita tidak ada hak untuk memaksa mereka menyukai benda yang disukai oleh kita.. tetapi kita hanya boleh berusaha, berdoa, dan berserah sahaja dengan berharap orang itu akan menyukainya dengan sepenuh hati mereka .


pesanan terakhir ; tolonglah.. jaga lah HATI . tanpa hati.. kita MATI .