Sep 4, 2011 with 2 Comment(s)
Antara Cinta & Cita-cita.

Bayangkan, andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola sepak. andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur. andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di kompleks membeli belah walupun kita terpaksa memecahkan tabung kita.

Percayalah, seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi dalam jiwanya. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

Kesimpulannya, jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.

Apakah tiangnya itu ? Tiangnya adalah cinta kepada Islam. Daripada cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah s.w.t kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia itu.

-dipetik dari majalah Gen-Q .