Oct 8, 2011 with 4 Comment(s)
Pohon semalu sinonim dengan wanita. ciri-cirinya boleh dikiaskan pada wanita yg mempunyai jiwa nurani yg lembut. Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. durinya yang tajam berfungsi sebagai pertahanan diri, akarnya yang kuat mencengkam bumi membolehkan ia kukuh berdiri, mengembang pada waktu pagi dan mengucup apabila senja mengganti hari.

Wanita dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki, kalau dibentuk dengan keras pasti patah, kalau dibiarkan tanpa nasihat pasti 'parah' . kerana itu, nasihat pada kaum wanita seharusnya berhikmah. sifat lemah lembut itu bukan sekadar lemah fizikal. tetapi Allah sulami sifat itu dengan benang malu.

Wanita malu tidak sewenang-wenangnya mengizinkan dirinya disentuh dan tidak semudah-mudah pemikirannya dijajah. semua ini lantaran hati dan jiwa yang dipasak malu kerana Allah. samalah jugak dengan pohon semalu, pantang disentuh, pasti mengucup. sememangnya pohon semalu yang pemalu.

Lihat pula pada batangnya yang mempunyai duri yang tajam. apabila tertusuk duri, sakitnya bukan kepalang. inilah benteng pertahanan bagi melindungi diri daripada musuh. Bunga yang cantik harus ada pelindung. seperti mawar yang sering dikaitkan dengan durinya. inikan pula wanita yang cukup sempurna sifatnya dan cantik pada fitrahnya. ingat, cantik dipandang tetapi bukan senang disentuh!

Akar pohon semalu kuat mencengkam bumi. hanya mereka yang betul-betul kuat kudratnya boleh mencabut aku dari tanah. kepercayaan yang teguh kepada ajaran Islam juga menyebabkan manusia tidak lari daripada menjadi Mukmin yang ada sifat ihsan. apabila dia yakin Allah sentiasa melihat, dia setia sebagai muslim yang sentiasa berhati-hari supaya tidak melanggar perintah Tuhan. letaklah di mana saja, apabila tauhid itu dipasak, ibadah itu disemai, cantiklah akhlak, murnilah pemikiran.

Apabila senja menjelang, semalu mulai mengucup. menjadi pohon semalu menyebabkan dia menuruti hukum Tuhan itu. selalu ibu-ibu berpesan kepada anaknya, malam-malam bukan masa yang baik untuk keluar menjadi penghias alam. walaupun ada mata-mata yang memandang dan memuji kecantikan, tetapi itu bukan mata yang memberi keselamatan. malam itu adalah masa untuk berehat sebelum meneruskan kehidupan pada esok harinya dengan bantuan matahari. malam masa yang bnyk meragut kehormatan apabila tidak pndai menjaga diri.

Ketiga-tiga ciri ini sangat sesuai dikaitkan dengan WANITA . seorang wanita itu hiasan terbaik dunia, dan ia menjadi lebih cantik kerana mengambil hukum tuhan sebagai cara hidup mereka. Moga kecantikan akhlak itu setanding dengan kecantikan wajah mereka.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan"
-riwayat Muslim.

dipetik dari buku Gen-Q .
maaf kalau ada tersalah taip :)