Oct 2, 2012 with 0 Comment(s)
hello, salamualaikum. kehadapan pembaca blogku. aku ingin meminta maaf kerana semenjak due menjak dan bermenjak menjak ni aku jarang update, kalau update pun, pasal benda sadis2. sakit2 sume kan. nak baca pun takda mood. tak semua dalam hidup ni sedih je memanjang kan. kadang2 ada jugak orang orang yang buatkan gigi kita tersengih je nampak dari jauh. haha thats mean happy dude.


dah lama aku tak berfalsafah, dah lama aku tak menggila dalam blog aku ni, dah lama jugaklah aku tinggalkan blog aku ni. untuk jangka masa lama ini lah diri aku kehilangan masa, kehilangan idea, ketandusan akal pikiran untuk mengukirkan something kat blog aku ni. memang susah nak menaip. nak mengarang. apa korang ingat mengarang ni macam main game ? tak semua benda dalam hidup ni senang uolls. hurmm act, aku nak ceritakan akan 'kesilapan' 'kesalahan' atau pun sesuatu benda yang orang buat salah terhadap diri kita. even kita sendiri pun bnyk buat salahkan. kita semua sama. tiada yang sempurna. tetapi perlukah kita menghukum ? perlukah kita menyisihkan seseorang yang melakukan kesalahan ? mungkin patut. tapi tak semua manusia melakukan kesalahan dengan sengaja. dan kemudia mereka datang meminta maaf kepada kita. tetapi kita tidak mengendahkan rayuan mereka. kenapa ?

aku teringat lirik dalam lagu Jamal feat Malique - aku maafkan kamu. dalam lagu tuh bnyk kata2 yang berkaitan dengan apa yang aku katakan ini. katanya :-

Maafkan mereka, mereka tidak tahu,
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu,
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,

Maafkan mereka, mereka tiada nilai,
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai,
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti,
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.

cuba baca buat rap, sedap dengar haha. kalau hancu tak yah rap. tapi cuba fahami apa yang di maksudkan tuh. kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.sedap ayat ni aku suka. :) aku cuma nak membuka mata sesetengah buah pehak, atau pun mereka2 yang ada sekeliling kita ni, kita dibina mempunyai kelemahan masing2. kita tidak sempurna. kita dibina ramai. jangan jadikan diri kita umpama buih2 dilautan, bnyk buihnya, tapi kosong, ditiup angin hilang entah kemana. bila dicucuk pecah meletup. tak boleh kah kita menjadi umpa bata ? disusun susun menjadi dinding. ataupun tembok yang kukuh. saling lengkah melengkapi antara satu sama lain. semua orang buat salah, semua orang buat silap. tetapi perkataan maaf itu amat penting. apabila seseorang meminta maaf, maka berfikirkan, kenapa dia berbuat begitu ? apakah sebabnya. manusia diberi akal dan fikiran. try to use it. 

maafkan mereka.. mereka tidak tahu. tapi berilah pengetahuan kepada mereka supaya mereka tahu. bukan menghukum terus. ini lah kehidupan. setiap kehidupan yang kita tempuhi, perlu ada cara untuk menempuhinya. aku mintak maaf. aku tak suka marah. kalau aku marah, perkara buruk yang akan terjadi. aku tak suka. aku panas baran. orang yang rapat dengan aku je kenal siapa aku. tapi tak selama lamanya aku akan panas baran. people can change. believe it. you can if you want. and i hope, you give me a chance and try help me, help me to make this changes happen.


please, forgive me. 
sincerely- from me. to you. *buat tangan bentuk love di dada :]