Oct 4, 2012 with 0 Comment(s)
assalamualaikum.

tadi, masa tengah mandi, berdiri bawah air hujan (shower) aku temenung. terlintas secara tak sengaja. ohh. aku rindukan dia. siapakah dia ? :) dia yang hanya mempunyai satu nama, satu wajah yang tak akan pernah aku lupakan.. dia mempunyai satu panggilan yang takkan hilang dari ingatan aku. panggilan yang menunjukkan seorang emak, atau ibu terhadap anak. panggilan itu ialah UMI. yeahh umi still remember ? :')

dia lah chef dirumah. dia lah orang yang mengemaskan rumah ni, dia lah orang yang menjaga aku, dan adik2 dari kecik sampai besar macam ni, dia lah yang bertanggungjawab bahagiakan abah, bahagiakan keluarga kami. yeaahhh semuanya dia ! :) but now, all this be a history in our life. sekarang dah takde orang nak kemaskan rumah ni, macam tuh lah jadinya. sekarang dah takda sape nak masak. akibatnya penuh bekas2 polistrin (betul ke eja?) kat dapur tuh. sebab apa ? yelah. hari2 beli luar. hari2 beli kat kedai. huhu~ tak berasap lah dapur yedak ? ^_^'

hari tuh, abah ada kata "kadang2 terbayang umi duk kat dapur, tgh masak" aku tersentak. and then mengeluh. huh~ kami ni anak pun rasa mcm kehilangan, apatah lagi suami kan ? hidup sekali semua. tapi takpe, abah ada back up ! anak2 sentiasa di belakang :') kadang2 dia terbayang yang umi duk semayang sebelah dia dalam bilik tuh. yelah, umi slalu kalau ada masa berjemaah dgn abah.. tapi sejak dia sakit dulu, dah tak selalu. nak buat macam mana, sakit kan ? semua bayangan ini memang susah nak dihilangkan. mana mungkin akan hilang walau pun dah lame 3 bulan lebih dah.

kadang2 terpikir jugakkan, manusia memang lemah. walau segengster mana pun seseorang tuh, tetapi dgn isteri, dgn wanita yang bergelar isteri, amat sukar. ramai orang zaman sekarang tak menghargai wanita. tetapi mereka akan tahu kalau suatu hari nanti, Allah tunjukkan betapa pentingnya wanita dalam hidup mereka ^_^ hargailah mereka yang masih ada dihadapan mata kita. terutama sekali keluarga kita.ingat, syurga anak di bawah tapak kaki ibu. ibu ialah seorang wanita kan ? tanpa ibu siapalah kita. kewujudan dimuka bumi melalui wanita dgn izin-Nya.

apa apa pun, umi.. mey rindu umi. kami semua rindukan umi.tak ada siapa dpt menggantikan tempat umi dihati hati kami. you're the best umi ever in our life. maafkan mey kalu ada ada masa mey lupe nak hadiahkan alfatihah, alikhlas, yassin, dan tahlil kat umi. takpe, insyallah. paksa diri supaya ada masa untuk itu. :) umi jangan risau lah. we always remember you. takpa, malam ni malam jumaat. malam yang baik. insyAllah, malam ni mey akan hadiahkan segala galanya tuh kepada umi ^_^

'Ya Allah, Engkau lah Yang Maha pemberi Rahmat kepada kami, maka dgn itu, Engkau berikanlah Rahmat-Mu kepada arwah Umi ku Ya Allah, Engkau berikanlah kasih sayang-Mu kepada dirinya, Engkau ampunilah segala dosanya Ya Allah, Engkau letakkanlah dia di dalam golongan orang yang beriman, dan orang yang solehah Ya Allah' - amen.

Hasliza binti Haron - nama yang terpahat dalam hati hati kami. dan janganlah Engkau hilangkan nama ini daripada akal dan hati kami Ya Allah. biarlah kami mengingatinya hingga tiba masa untuk kami berjumpa dgnnya suatu masa nanti. insyAllah.