Feb 22, 2013 with 0 Comment(s)
orang kata hidup ni indah, kalau kita bahagia.. orang kata hidup ni sempit, kalau hidup dalam kemiskinan. orang kata hidup ni luas, lapang, kalau ada semua yang kita inginkan.. tapi kadang2, mata manusia ni terlalu melihat apa yang diperlukan untuk luaran.. diri kita.. orang2 yang kita sayangi.. keluarga kita. dan semua orang2 yang terdekat dgn kita.. tapi kita tak nampak apa yang membuatkan dalaman kita menjadi gembira kan ? bagi aku, dalaman ni ditujukan kepada hati. apa yang membuatkan hati kita menjadi bahagia ? kasih sayang ? harta ? takk. hati diibaratkan macam pokok tumbuhan. kita kene siram, letak baja, jaga elok2, baru dia membesar dgn baik, hidup subur. sama jugak dgn hati ni.. tapi persoalannya, apakah baja untuk hati ? apakah air untuk disiram kepada hati ? macam manakah nak menjaga hati elok2 ?

hohoho. susah nak jawab ni kan.. ermm..

aku nak petik sikit daripada sebuah hadis..
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud :


"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


haa hbis mcm ustaz dah aku. hehe. takda lahh. aku cuma berkongsi apa yang diberitahu kepada aku. sekurang kurang nya walaupun kita ni tak sempurna, kita cuba kan ? mana tahu dgn cara ini kita dpt menyempurnakan orang lain sekali gus diri kita sendiri. tapi kita tak akan sempurna 100%. percaya lah. kita nak jadi yang terbaik di dalam golongan yang terbaik :D

apa apa pun.. tanya lah iman. apa yang kita buat selama ni. apa yang kita lakukan selama ni.. dan apa yang kita perlu lakukkan selepas ini...