Jan 26, 2016 with 0 Comment(s)
Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa tersenyum riang di
khalayak ramai. Namun, kadangkala dia menangis ketika bersendirian. Kelihatan
sentiasa bersemangat. Namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu.
Kelihatan sangat kuat. Namun, hakikatnya dia lemah dan hanya memberikan
senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.
Siapa tahu, lelaki itu yang sentiasa mempunyai masalahnya
sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah
orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar
yang belum selesai.
Lelaki itu juga sentiasa menyakinkan orang lain. Namun,
hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri. Lelaki
itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan menggembirakan hati orang lain
walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya
dia sering pendam rasa.
Lelaki itu masih lagi mampu mengukir senyuman.
Sering lelaki itu mengadu masalah nya pada sang Pencipta,
namun tekanan sekeliling membuatkan lelaki itu menangis tanpa sedar.
Lelaki itu memerlukan insan untuk mengadu, Namun, lelaki itu
terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri.
Pendam sehingga terpadam.
Terang itu tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi
dan gelap juga akan tetap menghantui kita. Sepi itu datang bukannya sendiri.
Hakikatnya, sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Tuhan. Tuhan minta
kita sujud mengenangkanNya. Tuhan minta kita sentiasa ingat padaNya, melebihi
ingatan kita pada makhlukNya yang lain.
Hanya Allah yang setia mendengar. kerana sesungguhnya Dia
adalah sebaik baik Pendengar. Allah tempat lelaki itu berlindung dan berharap.
credit : MissAddin