Aug 10, 2011 with 2 Comment(s)
![]() |
with 0 Comment(s)
Kadang-kadang, hidup memerlukan pengorbanan hati, kita perlu menerima sesuatu dengan seikhlas hati walaupun kita tidak menyukainya. (agak berat bukan ?)
keikhlasan amat penting dalam kehidupan . Keikhlasan umpama semut hitam di atas batu di malam yang kelam. kita tidak mampu melihatnya tetapi hakikatnya ia wujud di situ. memanglah, kadang-kadang, orang lain menyukai sesuatu benda itu, tetapi tidak semestinya kita akan menyukainya juga. dan begitu jugaklah sebaliknya, kita suka akan sesuatu, tetapi hakikatnya orang lain tidak menyukai benda yang kita suka itu. tetapi kita perlu ingat, hati orang tidak sama dengan hati kita. biarkanlah, memang kita tidak ada hak untuk memaksa mereka menyukai benda yang disukai oleh kita.. tetapi kita hanya boleh berusaha, berdoa, dan berserah sahaja dengan berharap orang itu akan menyukainya dengan sepenuh hati mereka . ![]() pesanan terakhir ; tolonglah.. jaga lah HATI . tanpa hati.. kita MATI . Aug 9, 2011 with 4 Comment(s)
kalau manusia dapat mendengar suara hati , nescaya semua manusia akan bermasam muka dan berbalah.. kecuali lah jika hati hati mereka itu seputih kain kafan, nescaya semua orang akan hidup bahagia tanpa pertengkaran : )
kadang2 diam lebih baik daripada menyatakan sesuatu. pilihlah perkara perkara yang perlu didiamkan dan dipendam oleh kita sendiri, supaya orang lain tidak terluka disebabkan perkara itu. jangan sesekali menyakiti hati orang lain, mungkin dia akan memaafkan kita. tetapi perlu diingat.. hati yang terluka seperti besi yang bengkok, agak sukar untuk kembalikan kepada bentuk asal.
![]() ![]() : jadilah pohon yang rendang dimana orang lain boleh berteduh, janganlah menjadi pohon berduri yang hanya menyakiti orang lain dengan durinya. |