bila bukak youtube. tak tahu nak cari lagu apa.. taip2, padam balik. taip2 padam balik. haihh. tapi td aku dok teringat lagu2 lama yang aku layan dulu2. tak da lah lama sangat. cuma time sekolah2 dulu lah. time remaja dulu *ceh mcm sekarang ni dah tua jaa. haha. baru 18 tahun 10 bulan wokk. haha ada lagi 2 bulan nak jadi 19 wekk.
sambung pasal tadi.. haa tdi aku belek2 youtube. jumpa lah laguu sum 41, mcr, greenday, haa apa lagi yee ? semua lah yang top2 dulu2. haha aku just nak korang dgr jugak. nah sum 41 - crush :D
Tapi hanya di mata manusia.
Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk
tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan
hamba-Nya. Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh
berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa
waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah
warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada
lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang
lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik.
Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau
membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki
yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu
dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah
rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian
sedangkan ia sebahagian dari keimanan.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan
menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi
setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah
sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya,
kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati
dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang
cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika
setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah
menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah
jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti
cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek
memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan
cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati
yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu
menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana,
yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.
Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti
daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu.
Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari
jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
orang kata hidup ni indah, kalau kita bahagia.. orang kata hidup ni sempit, kalau hidup dalam kemiskinan. orang kata hidup ni luas, lapang, kalau ada semua yang kita inginkan.. tapi kadang2, mata manusia ni terlalu melihat apa yang diperlukan untuk luaran.. diri kita.. orang2 yang kita sayangi.. keluarga kita. dan semua orang2 yang terdekat dgn kita.. tapi kita tak nampak apa yang membuatkan dalaman kita menjadi gembira kan ? bagi aku, dalaman ni ditujukan kepada hati. apa yang membuatkan hati kita menjadi bahagia ? kasih sayang ? harta ? takk. hati diibaratkan macam pokok tumbuhan. kita kene siram, letak baja, jaga elok2, baru dia membesar dgn baik, hidup subur. sama jugak dgn hati ni.. tapi persoalannya, apakah baja untuk hati ? apakah air untuk disiram kepada hati ? macam manakah nak menjaga hati elok2 ?
hohoho. susah nak jawab ni kan.. ermm..
aku nak petik sikit daripada sebuah hadis.. "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan
tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan
terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat
maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka
sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat
yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras,
kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi
penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun
ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu
tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan
kekuatan untuk mengamalkannya. dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud :
"Kemudian
selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir
sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu
keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah
kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada
apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
haa hbis mcm ustaz dah aku. hehe. takda lahh. aku cuma berkongsi apa yang diberitahu kepada aku. sekurang kurang nya walaupun kita ni tak sempurna, kita cuba kan ? mana tahu dgn cara ini kita dpt menyempurnakan orang lain sekali gus diri kita sendiri. tapi kita tak akan sempurna 100%. percaya lah. kita nak jadi yang terbaik di dalam golongan yang terbaik :D
apa apa pun.. tanya lah iman. apa yang kita buat selama ni. apa yang kita lakukan selama ni.. dan apa yang kita perlu lakukkan selepas ini...