Sep 19, 2010 with 0 Comment(s)
haha, tajuk yg mengancam bukan ? ya ya aku akan bercakap mengenainya. bukan bercakap lah, aku akan menaip mngenainya. ok then, banyak yg aku tgk dkt myspace, facebook mahu pun blog2 yg menyata kan yg mereka2 syg org tuh, syg org ini, jangan siapa amek si fulan si fulan ini, dia ni hak aku, banyak aku tgk perkataan ayat2 mcm gitu. tapi akhir nya ? maki sana, maki sini. dok gado sana dok gado sini. dok menangis sana menangis sini. APA FAEDAH YG KORG DPT ?


memang lah setiap manusia perlu ada perasaan kasih sayang. tpi budak2 zaman skrg nih telah menyalah erti kan makna SEBENAR kasih syg tuh. kasih sayang tak semesti nya untuk insan yg bergelar manusia saja. kita jugak bleh syg kan binatang mcm aku syg "berry" arnab si farhana tuh HAHA *sorry ana, aku syg berry tuh. hah ! tak semesti nya manusia yg kita kene syg kan ? kita jugak boleh syg kan benda benda lain, mcm aku, aku syg kan pc aku. pc tuh aku buad kan mcm bini aku dah. HAHA hari hari aku dok mngadap nya, tak mengadap sehari, msti rindu haha. nak syg kan sesuatu pown biar berfikir dulu. apa lah yang kita dapat kalau sayang kan seseorg yg masih tak mempunyai masa depan, boleh hidup ker ? boleh bawak sampai ker kawen ker ? maybe. itu sume ketentuan allah, tapi SEKARANG ini... aku ckp mengenai SEKARANG, kau org tuh tgh buad apa ? blaja kan ? skulah apa semua.. patot ker kau org nih menagih kasih sayang terhadap org lain ? tak cukup ker ada ibu bapa, adik bradik malah tambah lagi dgn kawan2 best2 fren ape sume.. kalau aku ckp mcm ni msti korg ckp "kasih syg ibu bapa dgn kekasih pujaan hati lain lahh" mmg lah lain, sbb dgn ibu bapa kau org tak panggil syg syg, dear, hubby, baby ntah hape ke bende lagi.. mmg lah lain, tapi ia tergolong dalam satu sifat jugak tau. iaitu sifat KASIH SAYANG.


bukan aku kata kan yg salah berkasih sayang, tapi this is not the right time for you. bukan masa nya lagi untuk bercintan cintan nih, tolong lah paham. tak kemana pown, menyusahkan jer kapel2 nih.. yg tuh merajuk, kene pujuk pulak.. yg tuh marah, kene mintak maaf pulak, due2 gado dah sakit hati due2 keras kepala dahh break, pastu cite kat member2 yg lain pasangan diorg tuh jahat, yg tuh jahat.. tak ker memecahkan perhubungan rakan2 tuh ? kalau bukan rakan pown ia boleh memecah kan hubungan persaudaraan seagama. bahaya tahu tak kalau manusia nih dah di kuasai oleh hasad dengki, benci membenci apa semua.. haish, aku pown bukan lah baik mana, tapi .. bercakap berdasar kan akal dan pengalaman lebih baik daripada bercakap kosong tapi tidak tahu apa isi percakapan tersebut. can u understand what i mean ?


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala menjahanamkan diri sendiri. Perkara pertama yang haru kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" amek kata kata tuh, fikir kan apa makna tersirat dalam ayat kat atas tuh.. korg kene ingat akal menteri yang menasihat, hati ialah raja yang menentukan. terpulang kepada setiap individu untuk mengubah hidup masing2. kau org jugak kene paham apa itu kehidupan. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia menguji keteguhan iman seseorg. Malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan" ingat lahh... fikir kan dahulu, akal itu fungsi untuk memikir. hati itu fungsi nya untuk di gilap supaya menjadi putih, hilanglah tompok tompok hitamnye. sekiranya sesiapa yg brasa tidak berpuas hati dgn apa yg aku kata kan dalam post kali ini, aku dahulukan dgn ucapan maaf. aku bukan hendak meluka kan hati sesiapa, tetapi aku ingin membuka mata REMAJA zaman skrg, setiap mata yang terbuka belum bererti ia sedar, setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. manusia akan sedar apabila mati, dan tidur semasa hidup di dunia..


maaf~ salamualaikum..