Nov 4, 2010 with 0 Comment(s)
ohh haluuu...asalamualaikumm :) apa khabar kawan2 blogger skalian ? HAHA sorry sbb aku dah lama tak update blog nih. dah berkulat. haha nih nak kikis kulat tuh balik. nak suci kan blog nih balik dgn cerita cerita dan kemerapuan yg membuad kan aku tersengih sorang2, ngeheheh ;) terimakasih kepada yg sudi menziarah walaupun tak di update wakaka sorry lah bukan apa dowhh, biasa lah alasan aku, malas plus lazy XD lagi pown dah lama aku tak bukak tenet2 nih. FB aku bukak pown seminit due pastu out. haha main game. game apa ? SUDDEN ATTACK ! pndai ! haha nah coklat main jauh2 shuuhh shuhh~ hah, aku sebenar nya tak sihat nih, sakit tekak pastu rasa nak demam tak nak demam. ntah lahh, mengada2 agak nya.. ouhh yeee aku lupe.. mlm smlm ada org msj aku, dia kata "weh lupe aku eh sampai hati" haha agak2 nya kenapa dia ckp macam tu ? pikir2, hhaha pastu dia kata lagi "hampeh lah kau mmg tak ingat langsung eh ?" wakaka mmg aku tak ingat lagi masa tuhh.. pastuuu kannn.... aku teka2 rupa2 nya HARI JADI DIA XD hari jadi makcik farhana kita or di kenali sebagai banana *hanya org terpilih jer boleh panggil dia cam ni WAKAKAKAKAK !! kan ipin kan ? hee ^^ sorry lahh wehh aku tak ingat langsung dah bape hari ehh terlepas ? 3 ? haha 2 ? HAHA ntah lahh.. sorry lahh tauu lagi pown aku lupe nak letak nama kau dlm list phone aku wakaka dalam FB pulak aku bukak seminit dua je, pastu tutup ;P sorry laa ehh ipin. aku tak sengaja nak lupa haha.. nak kenal sapa budak ni ? nah tgk blog nih http://farhana-arriffin.blogspot.com/ ziarah2 lah yea !

okeyh, habis cerita tuh. jum lompat ke cerita yg seterus nya, ermmm.. esok cuti. haha XD cuti sempena apa ? alah tak kan tatau.. cuti sempena depavali laa bhaii~ happy depavali ! XD khas nyer kepada Diva satu2 nya yg ada dalam kelas aku ;) huh esok cuti ingat nak basuh kasut, nak pegi jog, nak baca novel. eh sembang pasal novel kan, pagi td aku ada dapat satu novel haikal bg pinjam. syok lahh novel tuhh.. kenal tak MUHAMMAD AL-FATEH ? sapa kenal ? cpt sapa kenal ? haiz tuh lah korang tak nak baca novel novel tentang pahlawan islam ni. apa yang kau org baca ? novel citan cintun adoiii masalah2.. ini lah remaja. wakaka XD ok sambung balik tentang muahhamd al-fateh tuhh.. dia seorg pemimpin yg berjaya menakluki negara konstantinopel. tahu kat mana konstantinopel tuh ? tau tau ? haiz.. tuh lah kome.. haha konstantinopel kalau skrg di kenali sebagai istanbul di turki. sejak zaman nabi muhammad SAW lagi konstantinopel ini di perintah oleh kerajaan kristian kerajaan rom kalau tak silap. bermula dari zaman pemerintahan khalifah, lepas tuh zaman pemerintahan umaiyyah, pastu zaman kerajaan abbasiyah dan setelah sampai pada zaman turki usmaniah, baru lah kota konstantinopel ini berjaya di tawan oleh pemimpin ISLAM iaitu sultan muhammad atau di kenali sebagai muhammad al-fateh. kenapa org berebut sangat konstantinopel nih ? sbb di situ lah ibu kota atau pusat pemerintahan kerajaan rom (kristian) *kalau tersilap fakta sejarah sorry, tak ingat sbb tak baca habis lagi novel tuh* Nabi Muhammad SAW pernah berkata dalam hadis nya, konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yg baik, tentera yg baik dan rakyat yg baik..baru lah konstantinopel berjaya di tawan. masa tiba zaman pemerintahan sultan muhammad al fateh, dia menjadikan rakyatnya adalah sebaik2 rakyat, menjadikan tenteranya adalah sebaik2 tentera dan pemerintahannya adalah sebaik baik raja. semasa ayah nya sultan Murad masih hidup, muhammad al fateh dgn ayh nya serta seorg ulama telah menyamar sebaik org fakir miskin untuk siasat bagaimana kehidupan rakyat & askarnya.. baru lah sultan murad sedar, para peniaga menipu dalam menyukat barangan, org miskin menhina org yg datang meminta sedekah, org kaya menindas org yg miskin, dan tenteranya pula mengambil kesempatan untuk mencuri makanan2 di dalam gerai, mengganggu wanita2 di kampung..

sejak dari itu, dia fikir kan cara untuk membaiki akhlak semua rakyat dan tentera nya, dia wujud kan pembayaran zakat, dia menetap kan hukuman keatas pesalah yg melakukan kesalahan mengikut hukuman dalam Islam, dia mewajib kan semua tentera nya berlatih di siang hari dan beribadah di malam hari.. sesiapa yg ingin memasuki tentera, dia pilih org yg kuat beribadah sahaja.. ini yg kita nak ! baru lah negara kita jd kuat, menjadi sebuah negara yg aman, damai, berkuasa besar ! tapi tgk jer lah negara kita sekarang.. macam2 jd kan ? semua tuhh bergantung kepada PEMERINTAH ! sesebuah negara itu sendiri untuk mengatur pemerintahannya macam mana.. apa lah sangat kita nih rakyat biasa nak di bandingkan dgn pemerintah yg berkuasa membuad apa2 kan ? terserah lah kepada ALLAH . tapi kalau korg nak baca sendiri novel nih, beli lah novel nih, best.. rasa sebak pown ada kalau baca betol2 menghayatinya, cewaahh haha ni novel nya : -


aku rasa dah cukup panjang aku menaip malam ni, cukup lah sekadar ni je, nnti kalau ada benda aku nak kongsi lagi, aku kongsi kan ok ? ;) salamualaikum..