Nov 5, 2010 with 1 Comment(s)
akhir nya , hari nih lah pengakhiran novel Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel ! sedih pulak akhir2 cerita dia aku baca. sultan muhammad al fateh nih mmg sebaik2 pemerintah, yg mempunyai sebaik2 tentera dan memepunyai sebaik2 rakyat. sbb itu dia boleh menakluk konstantinopel. telah terbukti bahawa hadis Rasulullah SAW adalah benar benar belaka. pernah ada seorg ketua paderi iaitu Zaqhanus hendak mempersendakan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW.. dia datang menghadap sultan muhammad al fateh dan menyuruh sultan mengumpul kesemua ulama'2 yg hebat2.. sultan muhammad berasa marah seakan akan nak mempersendekan kebolehan ulama' dan hadis nabi. tapi sultan muhammad nak jugak tau apa hadis yg ingin di perkatakan oleh Zaqhanus tuh, lepas panggil semua ulama' Zaqhanus pown mengatakan sebuah hadis. "saya terbaca sebuah hadis mengatakan, ulama-ulama di kalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel. Adakah itu hadis yang benar ataupun palsu?" tanya Zaqhanus. kemudian salah seorang darpada ulama itu menjawab "hadis itu adalah hadis yang sahih. Memang pernah di ucapkan oleh Nabi Muhammad SAW" kemudian ketua paderi itu iaitu Zaqhanus tersenyum dan dia berkata "di kalangan Bani Israel ada Nabi Isa yang boleh menghidupkan orang yang telah meninggal dunia. Sekiranya benar ulama-ulama kamu seperti nabi-nabi Bani Israel maka cuba hidupkan org yg mati!" semua org terdiam..masing2 tak brani nak bersuara.. ketua paderi itu bertanyakan sekali lagi soalan yang sama.. lepas tuh sultan muhammad al fateh bertanya kan, " di mana Syeikh Bayram ? Mengapa dia tidak ada di sini?" salah seorg muridnya menjawab " dia uzur kerana itu tidak dapat datang kesini." sultan muhammad al fateh perintahkan dia datang ke istana jugak.

Selepas Syeikh Bayram datang, dia mendengar pertanyaan tuh dan dia termenung mencari ikhtiar. kemudian dia berkata "baik =lah saya bersedia menyahut cabaran itu demi membuktikan bahawa hadis itu benar" kemudian Zaqhanus berkata " tuanku, orang ini sudah mengakui dirinya seorg ulama yang sama taraf dgn nabi2 di kalangan bani Israel. Sekarang saya mahu dia hidupkan mayat di dalam kubur, bukan org yang baru mati." "bagaimana tuan guru? sanggupkah tuan melakukannya?" tanya sultan kepada Syeikh Baryam.. Syeikh Bryam menjawab " saya melakukannya dengan izin Allah." kemudian mereka pergi ke kawasan perkuburan.. dan Zaqhanus memilih salah satu kubur lalu berkata "saya mahu tuan hidupkan mayat yang berada di dalam kubur ini" Syeikh Baryam menghampiri kubur itu kemudian melakukan sembahyang sunat dua rakaat lalu dia berdoa, "Wahai Tuhan, tungjukkan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW itu kepada kami." tiba2 dengan izin Tuhan yang maha berkuasa, suatu keajaiban berlaku. Lubang kubur itu terbuka lalu kelihatan sekujur mayat didalamnya. Zaqhanus meninjau ke dalam kubur lalu berkata, " mayat ini baru meninggal dunia kerana tidak reput. saya mahu kubur yang mayatnya sudah reput." Syeikh Bayram beralih ke kubur yang lain lalu membaca doa yang sama seperti tadi. Tiba2 kubur itu terbuka. Zaqhanus berpuas hati apabila melihat dalam kubur itu, cuma kelihatantulang temulang sahaja. lalu Zaqhanus berkata, "saya mahu kamu hidup kan mayat ini" kemudian Seikh Baryam berseru.."Wahai mayat, hidup dan bangun lah dengan izin aku.." tiba2 tulang temulang itu bertukar menjadi mayat lalu bergerak gerak dan bangkit dari kuburnya. Orang ramai berasa sungguh hairan. Malah ada yg berasa takut lalu melarikan diri kerana menyangka hantu yg bangkit dari kubur.. Kemudian Syeikh Baryam sempat bertanya nama dan umur orang itu bagi membuktikan kebenarannya.. "Sesungguhnya Muhammad itu memang seorg rasul. Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah," ucap Zaqhanus.. dia terus memeluk Islam.. banyang kan seorg ketua paderi boleh masuk Islam hanya dgn keajaiban yang di buktikan oleh ALLAH S.W.T..

perasan tak ? Syiekh Baryam mengatakan "wahai mayat, hidup dan bangunlah dgn izin aku" semasa ingin menghidupkan mayat tuh.. rasa2 kenapa dia berkata "dgn izin aku?" bukan dgn izin TUHAN atau ALLAH ? Sebenarnya, semasa Syiekh Bayram berkata, 'dgn izin aku itu,' dia sedang mengalami tajalli Allah. Hakikatnya Allah yang berkata kata dengan sifat kalam-Nya melalui Syeikh Baryam. Dengan erti kata lain, Syeikh Baryam cuma menterjemahkan sahaja kalam Allah. Sebenarnya 'dgn izin aku' itu tetap bermaksud dgn izin Allah.

Syeikh Baryam meninggal semasa dia sedang solat, iaitu semasa sujud. dia seorang ulama yang terhirmat di kalangan orang ramai. dia seorang ulama yang zahid yakni seorang yang alim yang tidak mementingkan hal dunia..

sekian, terim kasih. panduan daripada novel Muhammad Al-Fateh - Penakluk Konstantinopel.