Dec 18, 2010 with 6 Comment(s)
"Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni" setuju tak ? aku betol2 rasa yang bergurau dalam kehidupan MESTI ada . sbb kalau takde gurauan agak susah nak happy kan ? susah nak senyum, susah nak sengih, susah nak gelak macam hantu . yela sbb takde benda yg boleh buad kita gelak. sekurang kurang nya kalau bergurau tuh boleh lah gelak2 sket. tapi ingat ! "Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam" kadang2 kan ada org terSALAH buad gurau.. dah member yg dgr dia punya gurauan tuh terasa hati. bukan niat pown nak kasi panas just gurauan ja.. haha tuh lah pasal, p blaja dulu cara nak bergurau.. yg member tuh pown kena lah paham "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri, perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" do u agree with me ? kalau korang tak leh membuat atau memikirkan sesuatu berlandas kan kenyataan maksud nya korang tak paham bahawa "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita, ia adalah menguji keteguhan iman seseorang, malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan" dalam dunia nih kan, macam2 ujian dan peperiksaan yg kita kene tempuh. bukan kat skulah jer, dekat mana2 pown boleh menerima ujian.. huh "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan, apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang, jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi" dan kita kene selalu ingat ! "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya, maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" ingat benda nih.. "Dunia ini umpama lautan yg luas, kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini" hidup kat dunia nih bukan macam makan kacang pagoda. kopak kulit makan kacang dalam tuh. kunyah2 telan.. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang" just think about it.

dalam dunia nih jugak ada lagi sesuatu yg sangat penting bg aku. maybe antara top 5 YG TERPENTING . haha kalau takda ini mungkin kita tak akan merasakan kehidupan di dunia. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ya ! betol ! SAHABAT ! itu paling penting dalam kehidupan.. penah dgr tak org berkawan, pastu tiga empat bulan, putus kawan. pastu kawan dgn org lain pulak, tiga empat bulan putus kawan.. ada ka ? maybe korg penah dgr, tapi bg aku, aku tak penah lagi dgr macam tuh. kenapa ? sbb kawan aku adalah SAHABAT. bukan kawan makan kawan. tahu tak saidina Ali pernah berkata "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" hah ! ini membuktikan bahawa sahabat itu penting ! nabi pown ada sahabat2 sekeliling dia. saling mintak pendapat apa semua. kan ? just think about it :)

yahh.. mungkin betol "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" aku suka kata2 nih tau . tak tahu kenapa. macam jampi serapah. haha tapi aku terfikir jugak, kenapa keindahan hidup tuh, tak berkekalan eh ? ada sebab lain ke ? ada jugak aku rasa macam " Ikhlaslah menjadi diri sendiri dalam kehidupan agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan, hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah" dan "Hidup tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang" ye kowt ? aku rasa lah.. aku pown tak tahu.. tapi yg pasti "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan" kan kan ? sapa setuju ? hehe sapa yg tak setuju ikot kome lah. apa aku kesah ? idop kome haha.

korg tertanya tanya tak kenapa post aku lain macam hari ni ? banyak terselit kata2 yg indah lagi penuh dgn maksud yg mendalam.. ada terfikir tak ? ker aku nih datang angin monsun timur laut ? woo tak da lah.. yelah aku saja jaa nak mengembang kan ilmu.. huhu bak kata pepatah "Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan" sbb tuh aku nak guna ilmu yg ada untuk di kongsikan. ker salah apa yg aku buad nih ? aku betol2 ikhlas nak kongsi nih, "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat" jadi "Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah" dan ingat lah "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman" sbb apa aku ckp mcm ni ? sbb budak2 zaman skrg dah tak mau dgr kata2 macma nih. kalau ckp skit, tros ckp poyo lah, kelam lah apa lah... adoii tuh lah.. susah betol. aku pown budak2 zaman skrg, tapi nasib lah hati aku boleh menerima benda cam gini. korang tak mau terima ka ? eh eh aku nih ckp ja.. jangan lah marah2 ok ? aku tak suka buad org sakit hati, marah2.. sbb apa ? sbbnya "Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan" hah. korang tak terfikir ke ?

ermm lagi satu aku nak ckp, "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" just think about it and u will understand what i mean. life must happily, but becareful... "Dunia nih bagai duri yang tajam yg berada di jalan, bila2 masa sahaja ia boleh mencucuk kaki2 kamu" dan yg terakhir.. jangan lah buad hidup korg ni hanya untuk mnyakiti hati org.. sbb "Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya" korng kene ingat nih.. ok lah, aku rasa itu jea kowt yg aku nak merapu pada hari ni.. maybe ? haha terimakasih sudi membaca sampai habis post yg agak pnjang ini. babai :) salamualaikum..

Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu