Feb 16, 2011 with 2 Comment(s)
weehh sape tgk Halaqah semalam ? sape tgk ? huuhh berterabur wehh air mata aku T_T serius aku nangis semalam. sampai masuk bilik tutup muka dengan tuala. memang sedih bila tgk yang akhir skali dalam halaqah semalam. saat nabi Muhammad di bangkitkan semula dari kubur, dia menyapu pasir di atas kepala dan janggutnya. dia tgk sekeliling, dan bertanya kepada jibril dimana UMATKU ? tgk, betapa kasihnya dia kepada umat dia, mula2 dibangkitkan terus ditanyakan dimana umatnya. dia menangis, dan meminta jibril menggembirakannya dengan membangkitkan umat2nya yang lain.

aku tak brapa nak ingat had nih. kalau ada ulangan, aku nak sangat tgk lagi T_T.
khalifah abu bakar as siddiq sebelum nabi wafat, dia menangis kuat sehingga sahabatnya datang bertanyakan kepada nya.. wahai abu bakar, kenapakah engkau menangis ? tidakkah engkau gembira kerna Islam sudah sempurna ? abu bakar menjawab, disebabkan itu lah aku menangis, apabila sudah sempurnanya Islam, maka pengasasnya akan diambil oleh Allah, Muhammad S.A.W akan meninggalkan kita. selepas mendengar kata2 abu bakar tu, sahabat yang bertanya tadi turut sama menangis. datang pula sekumpulan sahabat yag lain, bertanya kenapa menangis ? selepas diberi tahu, maka menangis jugaklah orang2 yang berada disitu. kuat tangisan tuh sehinggakan Nabi mendengarnya, dan datang bertanya kepada abu bakar.. wahai abu bakar, kenapakah saudara menangis ? abu bakar berkata, orang yang kami sayangi dan sanjungi akan meninggalkan kami, engkau akan meninggalkan kami wahai Muhammad.. abu bakar terus menangis dan ada yang mengatakan bahawa abu bakar pengsan. menangis sehingga pengsan bayang kan. lepas tu, ada seorang bertanya kepada Rasulullah, benarkah apa yang diperkatakan oleh Abu bakar itu wahai Muhammad ? Nabi berkata, sesungguhnya beliau ialah As-Siddiq, yang membenarkan. semua kata2 yang di nyatakan oleh abu bakar semua nya benar.

kalau aku nak ceritakan, takde penghabisan.. aku syorkan, tgk lah halaqah ulangan semalam.. memang kalau dibandingkan dengan cerita drama, halaqah yang semalam aku bagi full bintang. korang boleh bayang tak, orang yang garang, muka yang garang apa semua...pun boleh mengalirkan air mata ? boleh bayang tak ? abah aku pun turut menangis tau tak ? sebak bila baca cerita bila Nabi menanyakan dimana umatnya. dia penting kan UMATNYA ! UMATNYA !! tapi kita ? dok cinta kekasih sana kekasih sini. memang aku pun turut termasuk golongan itu, tak di nafikan, tapi bila tgk semalam, TERinsaf dengan sendiri T_T memang boleh tadah air mata bila tgk tau.. sob sob.. adakah kita ini umatnya ?