Feb 12, 2011 with 0 Comment(s)
pernah aku terdengar orang kata "barang lama sampai masa akan musnah/hilang juga". aku terfikir, kenapa sesuatu 'barang' tak boleh kekal sampai bila2 ? itu kalau yang barang lama. tapi bagaimana pula dengan barang baru ? ada jugak aku terdengar "barang baru tak semestinya hebat daripada barang lama". yelah, ada betulnya juga kata2 tu. sebagai contoh, kita amek contoh kereta lah kan. kereta malaysia masa zaman 1st time keluar kereta dulu, memang kualiti body dia tahan lasak. besi dia memang keras, tapi kereta sekarang ? toyoh dengan jari pun silap hari bulan boleh kemek kan ?

so, yang mana satu kita nak pilih ? barang lama ker barang baru ? kita zaman sekarang semua nak yang baru baru kan ? yelah yang baru tuh semuanya lawa, hebat, berteknologi tinggi bagai. tapi ada jugak yang sukakan barang lama . macam aku barangkali ? aku lebih suka kawan lama dari kawan baru yang kita tak kenal asal usul keturunan prangai semua lah. tapi kalau kawan lama tuu kita dah 'kamcing' dan tahu segala galanya tentang dia. ada jugak orang yang kalau tgk yang baru, lawa, 'HOT', dan seksi-seksa...trus nak yang baru tuh kan ? yang lama depa letak blakang. bila dah yang baru buat hal, baru mau cari yang BURUK, yang LAMA tuh jugak kan ? itu lah lumrah manusia.

dah ada yang terbaik, pergi cari yang tak baik. dah ada yang lama, nak cari yang baru. selepas itu, dah ada yang baru, dia nak yang lama balik. bagi dia memang sesuka hati mak bapakx dia ja nak buang dan kutip kan ? I call this people "WATERPARK PEOPLE" sebut lah elok2 perkataan itu, nescaya anda akan mengerti akan maksudnya. muaha muaha muaha~ memang dasar enggak sadar dirik ini manusia. tidak bersyukur apa yang telah ada di tangan, nak jugak mengambil benda yang berada di tangan orang lain kan ? NAK SAMA JUGAK ? banyak nya BURUK muka kau . patot lah BURUK, hati pun macam jalan raya yang berlubang lubang, buruk rupa jalan tuh, dah lah buruk bagi orang susah pulak nak jalan tuh. itu lah hiperbola aku terhadap hati korang. hahaha bukan korang, tapi orang2 tu . macam sama je ? ==" lantak lah, semua trasa padan muka. sapa suruh baca blog aku ? HAHAHAHA

susah kan hidup ? aku baru 16 tahun 10 bulan hidup dekat atas bumi nih. aku tak kenal lagi apa itu kehidupan dan kenyataan yang ada dalam kehidupan tu. sebab tuh aku nak cari. dan dalam proses mencari tuh lah aku terjumpa dan aku TERKUTUK korg2 semua HAHAHA. sorry bebeh, jangan maraa aaa ^_^

so, ALWAYS SMILES :)