Feb 8, 2011 with 3 Comment(s)
apa beza antara tidak tahu dengan tidak mengambil tahu ? bagi aku tidak tahu membawa maksud MEMANG kita tak tahu langsung. Tidak mengambil tahu pula membawa maksud ada kaitan dengan MALAS dan TIDAK MAHU mengambil tahu sesuatu perkara . kenapa hari ni aku menaip mengenai tidak tahu nih ? baca jelah nanti .

sebelum tuh aku nak kata yang AKU TENGAH LAPAR masa tengah menaip post nih. sorry kalau ada ayat2 yang tak betol. bila lapar otak tak berfungsi dengan betol. hahaha

ok, aku terus kan dengan tajuk aku. sebenarnya aku tidak tahu dan selama ini memang aku tidak mengambil tahu mengenai benda yang dikatakan sebagai HADIAH . benda yang di beri nama HADIAH nih amat cantik, dan bernilai. itu jer yang aku tahu mengenai HADIAH . haha sorry lahh aku memang tak suka beli membeli hadiah nih. almaklumlah, memang aku tak suka . bukan tak suka bila org bagi hadiah, kalau org dah bagi tuh aku sapu jugak lah. cume aku tak suka nak berfikir pasal hadiah. sebab kan aku tak suka nak ambil tahu mengenai hadiah nih, AKU TAK TAHU NAK BELI HADIAH APA UNTUK HARIJADI ORANG ! ini 1st time aku sendiri pegi cari barang. memang bengap jer cari barang tak tahu apa apa pun. apa yang org suka, apa yang org nak, semua aku tak tahu. hadiah tuh nak buad macam mana kasi cantik ? haha aku tak tahu semua tuhh lahh. main taram jaa aku beli dekat tesco tadi pegi dengan nabil. huh ? tak da lah mahal sangat, semua skali RM 15 je. buad apa mahal2 ? haha asal dapat guna sudah lah, bukan nak simpan buat pekasam pun kan ? orang bagi suruh guna, bukan suruh simpan. HAHA lain lah kalau tak nak guna, bagi aku balik hadiah tuu. biar aku guna. hahaha gila buruk siku kedekut tahik hidong masin betol aku. ceh .

ok, bila cakap pasal hadiah mesti nak kene bagi benda yang disukai oleh orang kan ? so apa yang PEREMPUAN suka ? itu yang menjadi masalah skrg nih. aku memang tak tahu apa perempuan suka. memang tak penah nak ambik tahu pown. yang aku tahu budak budak sengal zaman skrg nih suka benda2 gedik bling bling letak dekat beg lah, kotak pensel lah, apa lahh.. bling bling ? lepas tuu warna menyerlah lahh pulak. merah sana, merah sini, pink sana pink sini. kalau boleh baju skulah tuh dengan kasut2 skulah tuh skali nak pakai satu set warna pink. weh gila ! aku benci pink melampau lampau tuu. sakit mata memandang, sakit lagi mata org pakai spec nih yang nampak dengan jelas ke-pink-ngan tuh. haih, pakai lah biru ker, putih ker ? lawa apa warna2 tuh tak pown HIJAU . yaa hijau yang terbaik, menyegarkan mata. haha takpayah lah nak kelam kelam tunjuk barang kau semua nya warna pink. aku tak minat pon. baik warna hitam, walau tak nampak di waktu gelap biar kan. asalkan tak sakit mata aku tengok. memang aku manusia species anti pink kot ? mungkin lah. maaf kepada sesiapa yang terasa . haha

apa aku merapu nih ? kat mana aku berhenti pasal hadiah tadi ? hah ! aku tak tahu apa yang perempuan nih suka. huh ? sorry lah beb, bukan tak nak amek tahu, tapi segan nak ambik tahu. tak kan lah aku nak pegi dekat sorang2 perempuan pastu tanya, wehh apa yang perempuan selalu suka ? wehh kau suka apa ? wehh ini lawa tak ? ini cantik tak ? ohh plesss bebeh . sorry to say. haha memang kesian sapa dapat aku jadi laki kau. HAHA nasib baik lah kawan aku yang aku nak belikan dia hadiah hari jadi nih tak 'gedik dengan warna pink' . dia style slamber jer, beg coklat, simple, tak da nak gantung2 keychain or patung2 macam budak2 haprak buat malu je. HAHA yang tak boleh blahh, LAKI PUN ADA BUAT CAM TUH ! gantung patung teddy2 dekat zip beg skulah, macam dah nak menjaja patung, wtf ?! kalau aku jadi cikgu disiplin, aku cabut satu2, aku bakor . abu patung tuh aku campak kat lombong blakang skulah. hahaha

dah cukup2 lah hang nak komen prangai orang yang macam gila pun ada tuh. yang penting aku tak buat kerja kerja menjatuhkan maruah aku tuh. haha haiyaakkkee ? gila kalau aku gantung patung2 bulat2 patung teddy2 tuhh dekat beg skulah . aku rasa memang dah tak lama aku nak K.O. hahahaha so aku dah beli dahh hadiah nih. nanti malam2 nanti lah aku letak macam mana rupa hadiah tuh ehh ? hee lapo nih tak larat dahh nak menaip =.=" pedih perut. trima kasih sudi membaca wahai manusia sejagat , sorry kalau ada binatang yang baca pun, aku hargai pembacaan korang hahaha.