Mar 29, 2011 with 0 Comment(s)
ramai orang.. tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya..
selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta..dengan faktor kekayaan..
walaupun itu boleh menjadi penyumbang..tetapi itu bukan segala galanya..
betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar..tidur di atas katil yang empuk..
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak..
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..kadang2 dia lebih lena berbanding kita..
ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat..lauk pauk yang bagus..
tetapi lidahnya tidak enak..
lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata lauk..
tapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membahagi bahagikan nikmat.."
semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar.. ada makanan yang sedap..
tentulah hidup dia bahagia dan tenang..
belum tentu !
jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh ditahan oleh apa apa tangan sekali pun..
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
dia tidak boleh dihulur oleh apa apa tangan sekalipun..

jika Allah menguruskan urusan kita..
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita..
walaupun sekelip mata..
dunia boleh berbuat apa apa...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..

jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah..
apa yang orang rasa rugi..
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tak sangka..
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..

kamu semua tengok lah dunia ini..
kadang2 manusia ini dia hilang satu benda daripada dunia...
kadang2 macam dia hilang segala-galanya...
berapa banyak dalam hidup kamu semua telah melalui keperitan hidup..?
cuba ingat...

ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya..
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik..
ketika kita ditimpa muhsibah tertentu..kita kata "habis lah aku kali ni.."
tapi usia kita telah berjalan...
kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaanNya..

ketika kita kata "ya Allah tolong lah aku ya Allah, aku susah ya Allah"
hari ni kita telah pun lupa akan perkataan itu..
dan kita pun terlupa kadang2 untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..

orang2 yang telah diberitahu kepada mereka "tuh orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan terhadap kau"
kata Allah iman dia bertambah..
bukan kita kata "pasal apa lah Allah benci kepada aku? apa lah dosa aku?"
tidak tidak tidak..!
kata Quran iman mereka bertambah...
mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, Dia lah sebaik baik tempat diserahkan urusan"

sesiapa yang tidak melalui tidak akan memahami maksudnya..
orang2 yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..
bila hati insan bulat kepada Ya Rabb..
"ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu, ya Allah"

apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat..
dia akan merasakan bahawa dunia ini sangat kecil..
kehidupan ini sangat luas...
Nabi menyebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim..
Allah bawak pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini..
Allah ambil dia..Allah memasukkan mencelupkan dia kedalam syurga...
kemudia dia di keluarkan..lalu ditanyanya..
"wahai fulan, adakah engkau pernah rasa derita dalam hidup ?"
dia menjawab, "aku tak pernah menderita pun dalam hidup ini"
hanya kerana masuk kedalam syurga seketika, lupa cerita derita..

Allah ambil manusia yang plaing nikmat dalam dunia..
Allah memasukkan dan mencelupkan dia kedalam neraka..lalu di keluarkan dia..
Allah bertanya, "pernahkah kau berasa nikmat dalam hidup ini ?"
dia kata, " tak ! aku tidak pernah ada nikmatpun dalam hidup ini.."
hanya dengan satu celupan di neraka..manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..

bersyukurlah dengan nikmat Allah..
kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"
tapi insan..bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada...
tetapi jangan lupa yang telah ada...
insan..jika dia nak bersyukur kepada Allah dia tak terdaya...
jika kamu nak menghingtung nikmat Allah, tak mampu bagi kamu..

"ketika orang2 yang kafir itu mengeluarkan dia..ketika dia salah seorang daripada dua.. dia dan Abu Bakar yakni Nabi dan Abu Bakar.. ketika mereka berada di dalam gua.. ketika dia berkata kepada sahabatnya.. "la tahzan innallaha ma'ana"
"Jangan bersedih..Sesungguhnya Allah bersama kita!"