Mar 24, 2011 with 6 Comment(s)
hai, bersama aku lagi.

ehh aku nak tanya, korang ada penyakit TAPAK TANGAN BERPELUH tak ? erkk peluh tuh kita kata biasa lah kan, sejenis proses perkumuhan badan. tapi kalau dah slalu sangat berpeluh. tambah2 lagi peluh kat tapak tangan. haih aku memang dari kecik ada penyakit nih. memang tapak tangan aku slalu berpeluh, tak kira lah ketika panas ka, sejuk ka mesti berpeluh, kecuali selepas membasuh tangan atau mandi.

terdapat pelbagai situasi yang menyebabkan tangan aku akan mengeluarkan peluh, antaranya :-

1. ketika memegang pen, pensil atau alat2 tulis.
2. ketika ingin menjawab peperiksaan.
3. ketika takutkan sesuatu seperti contoh kena berucap dihadapan orang ramai.
4. ketika awek telefon aku (nervous barangkali) =="

aku nak terangkan satu satu situasi di atas tuh. okay, situasi pertama tuh tapak tgn aku akan berpeluh apabila memegang pen, pensil dan sebagainya.. kenapa ? aku pun tak tahu kenapa, bukan stakat alat tulis tapi kalau benda benda lain pun yang aku pegang mesti basah benda tuh, pntang pegang benda lama lama. kertas ker, handphone ker, apa apa jer lahh..

okay untuk situasi kedua, ketika ingin menjawab peperiksaan. sebagai contoh kan, kertas bahasa melayu, semuanya kene menulis panjang2 fuhh.. kalau ikot kan, kalau aku tak berhenti untuk lap tapak tangan aku dekat seluar, gerenti kertas testpad tuh terkoyak sebab lenjun, basah dek kerana peluh yang mengalir daripada tapak tangan aku. ==" mungkin dia keluar sebab otak sedang memikir semasa menjawab peperiksaan kowt ? haha

okay lets take a look to the 3rd situation.. ermm ini memang kes aku lah.. aku memang akan keluar peluh dekat tangan aku tanda aku takut.. haha peluh tuh pulak bukan peluh yang keluar sebab kepanasan, tapi peluh tuh membuadkan tangan aku menjadi sejuk beku dengan erti kata lain, peluh yang keluar tuh adalah peluh dingin . grr ! aku memang geram gila.. kalau kene berucap atau sebagainya, msti perut aku sakit. tetiba trasa nak terber*k haha lepas tuh mula lah tgn aku sejuk beku ditambah lagi dengan vibration haha. terketar ketar ==" haih itu lah dunia pelajar. aku berharaplah minggu depan aku okay. minggu depan aku ada pertandingan bahas ala parlimen, sekolah aku menjadi tuan rumah. kami akan melawan sekolah simpang pulai, sekolah raja perempuan, dan satu lagi school girls apa entah haha lupa. doa doa kan lah aku wahai kawan2 ku :'|

just forget about that, mari lihat situasi ke-4 pulak. huh ? HAHA awek call, aku berpeluh ? HAHA ehh sejak bila aku ada awek ? :P okay lupe kan meh aku nak huraikan nih. aku memang takut kalau perempuan call lagi2 yang dikategorikan dalam kategori "awek" erkk ? haha aku tak tahu apa penyakit aku, call jer pun. ==" aku memang takut nak angkat haih, kalau tak angkat nanti marah, kalau angkat nanti mula lah handphone aku tuh macam baru lepas rendam dalam air haha. aduhaii memang aku nih jenis takut akan perempuan barangkali ? haha kalau sembang dalam FACEBOOK tuh boleh lahh aku otai otai.. bajet gengster kan ? sape yang pernah comment dengan aku ? hah ? hah ? betol tak aku gengster ? HAHA :P tapi kalau orang call, mampuih aku takut. baru call, kalau face to face ? aku rasa lenjun baju aku berpeluh HAHA

so konklusinya, aku seorang budak yang penakut. apabila dalam keadaan ketakutan, peluh akan mula keluar dekat tapak tangan aku. jadi kalau ingin aku berpeluh, takut takut kan lah aku. haha apabila takut, aku akan sakit perut. dan apabila takut juga jantung aku trasa macam nak terkeluar. ini bukan main main, ini PENYAKIT . haha jangan nak main main kan aku lahh =="

ada orang kata boleh nak hilangkan penyakit ini, dengan cara pembedahan. kita akan bedah dekat ketiak dengan memotong kelenjar di situ. tapi aku tak nak buad sebab apa ? sebab kelenjar tuh lah yang produce antibody aku ! takde tuh aku lagi sakit ada lah =="

dah lah, ini Allah dah buad, mungkin ada kebaikkannya. nak tahu kebaikkannya ? kalau time tangan aku tak berpeluhkan, kulit tapak tangan aku lembut macam kulit bayi *cehh ! HAHA tapi betol, memang lembut macam orang tak pernah buad kerja rumah. ehh aku buat okay ? basuh pinggan, basuh kasut, lipat kain, bla bla bla haha..

dah. cukup ! daa~ salamualaikum. maaf kalau ada tersalah taip ;)

kata2 untuk entry kali ini :-

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj