Apr 7, 2011 with 3 Comment(s)
ehh sorry entry ini membawa kepada kategori mencaci, harap maklum.

okay, masa dok sibuk2 usha2 barang dekat econsave tadi, aku dok jalan2 lah. pastu aku behenti satu tempat dekat kaunter lah, sebenarnya aku dah tak tahu nak pegi mana, semua barang yang aku nak aku dah amek masuk dalam trolley tuu haha. so duduk diam rehat kan kaki jap. tetibe aku ada ternampak coklat eclipse kalau tak silap, BERTERABUR DEKAT LANTAI ! coklat tuh kan dalam bekas besi petak tuh kan. ada lah dalam 7 6 bekas tuh kat bawah lantai. yang orang nak bayar kat kaunter tuh relex jer dia lalu siap langkah lagi, pastu buat dek jer.

hoi ! apa salahnya kalau kau amek, kutip benda tuh letak tempat asal nya balik ? bukan jauh pun, dekat situ jer kan ? ini ker sikap orang kita ? ORANG MALAYSIA ? haiyoo.. aku tunggu selama seminit, takda sapa yang datang kutip, even orang yang lalu lalang kat situ pun kepala mendongak ke atas jer. tak nampak ker saja2 buat tak nampak ? lepas seminit, aku yang duduk jauh daripada tempat coklat tuh yang pegi tempat tuh untuk mengutip dan meletakkan di tempatnya tuu. so aku nih pengutip lah ? huh! apa kau peduli.. lebih baik pengutip daripada kau yang tak tahu langsung nak tolong angkat. nak kata pemalas, pun ada.. nak kata perangai tak ada budaya pun ada.. nak kata bengong pun, ada jugak sikit sikit. haha

dah sedang aku mengutip tiga empat bekas tuh, ada lah jugak seorang perempuan (tak tahu cina ke melayu sebab pakai macam cina, muka macam melayu) tolong kutip satu dua bekas letakkan tempat tuh.. itu pun disebabkan aku yang pegi kutip dulu.. kalau aku tak pegi kutip, takda nya dia nak amek letak tempat asal aku rasa. sebab dia yang duduk tepi kaunter tuh, tapi tak kutip2. or maybe lahh dia tak nampak dan tak perasan benda tuh berteraburan kan ? tapi okay lah jugak dia still lagi tolong..

yang PEMBUAT benda tuh jatuh pun sorang lagi bengap. aku tak tahu sapa yang jatuhkan, tgk2 memang benda tuh ada kat lantai berteraburan.. kot yer pon dah buad jatuh tuh, kutip lah balik pandai oii. tak bertanggungjawab langsung.. kot ye pun ko dah buat jatuh, pastu semua orang tgk kau, kalau kau segan, kau kutip lah benda tuh kasi nampak kita nih bertanggungjawab sikit.. ini tak, dah segan buat jatuh, terus lari apa deyyy ! jangan nak buad macam tuh lah.. kita ada adab, ada budaya masing2.. agama Islam sendiri pun sarankan kita ini bertanggungjawab ke atas sesuatu yang telah kita lakukan.. so ? think about it :)

aku bukan nak kata yang aku nih yang baik tolong pegi kutip benda2 yang jatuh.. aku pun bukan nak kata yang aku nih PENGUTIP CEMERLANG dakk ehh.. aku just nak bagi tahu kat sini bahawa kita kena lah buad sesuatu bila tgk something kan ? macam dekat rumah kita laa.. satu bungkus maggie jatuh daripada kabinet dapur, pastu maggie tuh duduk atas lantai macam tuh jer.. takkan lah kita tgk jer kan ? mesti kita angkat pastu sekurang kurangnya kita letak atas meja makan kalau tak tahu kat mana nak simpan kan ? kalau kat rumah kita boleh buat macam tuh, kenapa tak boleh buat dekat tempat lain ? benda baik.. apasalahnya kita buad kan kan ?

jangan nak kata aku nih baik sangat lah, kadang2 aku pun buat plastik merata2 HAHA. tapi takda lah sampai terang2 nampak "ohh benda tuhhh jatuhh !! takpa kita buat buta" haaa ! buat lah butaa.. buat lagi.. aku doa kan jadi buta betol2 baru tahu.. =.="

takpa lahh, mungkin ada orang yang tak berapa sedar lagi mengenai ini, so aku sudah memberi tahu apa yang perlu aku bagi tahu. ini just nasihat dari aku lah, nasihat dari pandangan aku, jangan marah kalau korang terasa apa yang aku cakap nih. okay macam biasa, maaf kalau ada tersalah bahasa, atau TERguna bahasa yang agak '18sg' aku harap korang pikir kan benda2 cam ni..

eh btw, masa dekat econsave tadi, ada terjumpa seseorang. haha ehh tak da lah pendek sangat yong .. standard jer.. HAHAHA memberi senyuman amalan mulia :)

sekian, terima kasih. assalamualaikum.