Apr 29, 2011 with 26 Comment(s)
hai, salamualaikum. hari nih hari jumaat yang indah lagi nyaman. daripada malam tadi, dan sampaikan pegi solat jumaat tadi, hujan.. pagi tadi hujan boleh tahan lebat, tapi bila nak pegi solat jumaat tadi, hujan renyai2 jee.. Allah bagi nikmat supaya orang ramai dapat pergi solat. dan selepas nak balik solat jumaat tuh, hujan sudah berhenti, tetapi awan masih cerah cerah mendung. tak ternampak sinaran mata hari, hanya cerah mendung sahaja. tidak panas, tetapi sejuk nyaman. Alhamdulillah.

aku sebenarnya, nak sangat mengupdate blog nih, tapi malangnya, aku tak tahu apa benda yang aku nak taip untuk entry kali nih. nak mengutuk orang pun, takda siapa yang nak dikutukkan. lagi pun, bak kata En. Takutake dari blog http://takutake.blogspot.com/ , dia kata "Jangan lah mengutuk2 dalam blog untuk meningkatkan traffic blog anda" haa. okayy aku sedikit terasa. haha sebab aku ada bnyk kali jugak lah dok mengutuk orang, tapi bukan niat nak meningkatkan traffic, masa tuh memang aku geram dah tak tahu nak lepas kat mana, tuh yang aku open, taip semua dekat blog nih. haha okay, maaf aku pinta. Dia jugak kata "jangan nak post benda benda yang berunsur porno, nanti dapat dosa" okayy ini aku tak pernah buat lagi. haha tapi aku rasa, aku nak buat entry mengenai benda nih. hehe nak baca ? okay tgk bawah.

okay, kepada budak2 dibawah 17 tahun. jangan baca benda ini, melainkan anda ingin belajar, dan mengambil sebagai ilmu pengetahuan. haha sebenarnya takda lah aku nak menaip benda benda lucah kat sini. well, biology subject lah. form 5 ada satu tajuk iaitu REPRODUCTION and GROWTH. dalam tajuk nih, sepatah haram aku tak paham okay, aku mengaku. aku noob bila blajar benda benda yang mempunyai banyak istilah nih. haih~ aku just baca dan dengar penerangan cikgu sahaja.. orang kata belajar sekadar basic je lah, tapi tak paham pun.. okay, nanti dalam bab nih, adik2 sekalian akan blajar lah mengenai gamete formation, the role of hormones in the menstrual cycle, the early development of a zygote in humans.. and so on. bla bla bla~ haha nanti korang akan blajar lah.. memang lah tajuk nampak best ==" tapi bila korang belajar, garu kepala lahh. aku pelik betol, mana entah depa kutip2 nama gila2 tuh. berbelit2 lidah nak sebutnya.

dan tadi blajar bab bab macam mana fertilisation happen laa.. tau ker apa benda tuh ? dalam bahasa melayu bermaksud persenyawaan.. Fertilisation is the fusion of the sperm nucleus with the ovum nucleus to produce a zygote (berlaku di dalam rahim ibu).. okay, aku taknak letak gambor gambor rajah kat sini, nanti korang kata aku nih penyebar gambar lucah. haha yang aku nak cakap kat sini ialah, memang rumit. betol2 rumit nak menjadi manusia.. nak jadi baby nih. haih tapi aku tak percaya sangat sains2 nih, kajian sains boleh dibuat sebagai pengetahuan am jer.. yang kita kene percaya tuhh yang ada dalam Al-Quran tuh..

tapi mengikut biolody nih, dia ada tahap tahap dia.. pertama di panggil zygote, pastu 2-cell stage, pastu 4-cell stage, pastu 8-cell stage, n then Morula (hundreds of cells) pastu di panggil blastocyst pastu berlaku lah implantation. aku tak tahu macam mana orang yang buat nama nama nih dia kaji. lantak lah depa.. pastu nanti korang akan blajar macam mana kembar2 nih terjadi.. kembar siam, kembar tak seiras laa.. semua lah.. kalau fikir2kan, untung jugak orang yang dapat kembar kembar nih, haha yelah cepat jer anak ramai.. hahah tapi ada jugak yang aku rasa kesian, yelah sian mak, ibu, apa semua tuh, dok bawak perut besor2.. lagi satu kalau kembar sihat takpe, buatnya dpt kembar siam ? tak ker sedih ? haih takpe, itu semua kerja Allah..

masa tgh mengandung depa sakit, masa branak pun sakit, lepas branak pun sakit lagi.. yelah, lepas branak, nak kene keluarkan uri tuh kan.. aku tanya cikgu, tak sakit ker ? bukan ker benda tuh terlekat dekat dinding dinding rahim ? pastu cikgu cakap.. memang lah, sebab tuh lepas branak, cikgu akan tekan tekan sikit nak bagi benda tuh terbukak kan.. ada jugak yang dah memang branak2 dia keluar terus skali ngan baby, tapi ada yang nak kene di keluarkan.. kene tarik.. haih sakit tuh.. lepas tuh korang prasan tak ? perut mak or ibu tuh tak akan kempis.. still lagi bulat sikit.. itu disebabkan dia punya otot kat situ kembang, ambil masa untuk kempis.. masa itu, perut itu akan terasa sengal sengal.. ye lahh sakit kan.. aku pun tak dapat bayangkan, macam mana sakit tuh eh ? ==" haih, patut lah pompuan nih senang masuk syurga, tapi ramai yang tak masuk syurga.. sebab ada benda lain yang menyebabkan dia susah nak masuk syurga..

berterima kasih lah kepada ibu anda..
sekian, salamualaikum..