May 14, 2011 with 2 Comment(s)
salamualaikum.. lama dah aku tak bagi salam kat korang semua.. yelah bz lah wehh musim exam kan ? paham2 je lah. macam biasa, aku takda apa nak cakap kerana semua idea dalam kepala otak aku kosong gila nak mampus. haha takda apa yang tinggal dalam kepala nih.

aku menaip ni pun untuk tujuan bagi mengisi entry supaya nampak jugak lah ada tuannya lagi kat blog nih. takda lah nampak macam blog kene tinggal tanpa berita. bagai melukut di tepi gantang. eh ? ada kene mngene ker ? lantak lah. yang penting aku tak nak bagi blog aku nih nampak usang usang macam takda orang yang menjaganya..

dgn terupdatenya blog aku nih, baru lah nampak sikit masih mempunyai tuan yang baik hati yakni aku, walaupun takde idea nak menaip, tapi paksakan jugak diri untuk mengupdate. haa baikkan aku nih wahai blog ? kau apa tau ? asyik sebarkan apa yang aku taipkan jer. haih sesekali tuh tak boleh ker bagi idea kat aku untuk mengepost entry yang sedap2 ? yang orang nak baca ? yang boleh menaikkan traffic aku ? yang boleh menambahkan follower aku ? takde ker ? haa ? takde ker ? grr~

dah mula nak merapu lah nih. nih lah yang aku takutkan bila hidup dalam keadaan kurang idea dalam kepala. haha kepala kosong. engat esok or luse nak pegi release tension.. pegi tgk padang polo ker yang hijau lagi menawan tuh.. boleh lah otak aku nih dapat inspirasi sikit. haih ini dok dalam umah jer bak kata kawan aku, "hang nih jaga kulit ker?" ohh no man, aku bukan jaga kulit, tapi aku tak tahu kemana aku nak pegi. takde arah tuju orang putih kata kan ? lagi pun aku mana ada lesen nak pegi jalan merata dgn moto. kalau ada lesen pun, mak aku kasi ker aku naik moto BARU dia tuh ? =..=" takpelahh.. aku nih hanya budak yang takde apa apa.. haih~

jangan lah menangis aku buat ayat sedih tuh.. takpa, kalau menangis tuh alang2 amek besen tadah air mata. nanti kalau nak mandi, boleh guna air tuh, har har har. jimat bil air bapak kome bayor tuh. kome kalau madi dua tiga jam. tambah2 pompuan. haishh entah hape lah dibuatnya. jenuh menunggu. ehh kang aku kene kejor ngan pompuan2 seluruh dunia karang. takpa lah, maaf yaa yong yong sekalian. haha

dah tak da apa yang aku nak merepekkan, huh ? =.=" akhir kata daripada muhammad luqman bin zulkifli iaitu tuan punya blog ini ialah, selamat hari guru kepada cikgu2 sekolah, tak kira lah sekolah pondok ka, sekulah tadika ka, sekolah rendah ka, sekolah agama rakyat ka, sekolah menengah ka.. semuaa lah yang bergelar guru.. termasuk sekali ibu bapa yang menjadi guru kepada anak2 mereka dgn mendidik menjadi seorang 'manusia' terima kasih kepada semua..

p/s : abah aku pun cikgu. cikgu disiplin di sekolah menengah kebangsaan kg pasir puteh. sapa kenal abah aku angkat tangan.. kalau sape2 nak kenal, dtg lah melawat ke sekolah kami di sesi petang, dia ada lah :)

dah skali lagi akhir kata aku, bye salamualaikum.~