Sep 25, 2011 with 0 Comment(s)
"Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yang kamu melihat dari arah lubang itu sahaja ? Adakah kamu merasakan kebenaran itu hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja ? Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu ? Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pndang, mewujudan lubang2 lain dalam kotak kehidupan kita"

****

"Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan yang kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang. Malah, air jernih itu yang akan dikotorkan. Tetapi kalau kita isi air jernih, kita cuci, kita kikis kekotoran di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi lagi air jernih, Insya-Allah, kekotoran di dalam cawan akan hilang, dan air di dalam cawan hanya tinggal air jernih"

****

"Kalau kamu hendak tahu, di manakah kamu disisi Allah, maka lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di dalam hati kamu"

****

"Manusia dan masalah adalah ibarat saudara kembar. Tiada manusia yang hidup tanpa masalah. Cuma adakah dia mempamerkan masalahnya atau tidak. Manusia yang sering berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama semakin kuat"

****

Seorang alim, sentiasa membawa lilin bersamanya. Apabila dia terasa ingin berbuat dosa, maka dia akan menyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api lilin. Apabila panasnya tidak tertahan dan kulitnya hampir terbakar, dia menarik semula jarinya itu lantas berkata, "Wahai diri, jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janglah kau bermimpi untuk menyentuh api neraka nanti.."

: dipetik dari buku Fanzuru (Maka Lihatlah) - langit ilahi 3 oleh Hilal Asyraf.