Sep 19, 2011 with 0 Comment(s)
manusia kadang2 perlukan semangat dan dorongan . inilah manusia. ianya lemah. sukar hendak memahaminya kerana ia mempunyai banyak perasaan yang kadang kala kita sendiri tidak memahaminya. tapi kadang2, semangat dan dorongan itu tak boleh datang dengan sendiri. tak boleh wujud dengan sendirinya ke atas diri kita. kan ? kadang kala kita perlukan orang lain untuk menjadi sebagai catalyst buat kita untuk menaikkan semangan dan memberi dorongan kepada diri kita.

memang kita boleh menaikkan semangat apabila ada orang yang berusaha untuk menaikkan semangat kita. tapi kita tak boleh nak paksa, nak suruh orang lain bagi semangat untuk kita ketika mana kita perlukan seseorang untuk naikkan semangat kita kan ? orang lain tak tahu, apa yang kita perlukan dalam hidup kita. kita jugak tak boleh bergantung kepada orang lain. kita ada tenaga, kudrat, akal.. apa salahnya kalau kita cuba untuk tidak menyusahkan orang lain ? kita tingkat kan semangat kita dengan sendiri.

yup. betol. kita hidup untuk diri sendiri dan untuk menyenangkan orang lain. bukan hidup untuk menyusahkan orang lain kan ? aku sedar, aku bnyk menyusahkan semua orang. aku tahu. maaf. aku tak menyusahkan orang lain dah mulai sekarang. aku dah tak tunggu orang lain datang. aku tak tunggu sape2 dah. hidup lah macam aku. untuk aku. dan untuk menyenangkan orang lain.

*image by google.

maaf- salamualaikum.
(not in a good mood)