Oct 14, 2011 with 0 Comment(s)
ada orang, atau budak nih yang buat request suruh aku update pasal hati wanita. ekeleh ? haha apa ingat aku nih pakar hati ker ? kalau aku pakar hati, dah lama keje kat hospital. bedah hati orang jer keje aku bahaha. ok stop the merepek. aku nak cerita pasal hati wanita nih..

apa ehh yang aku nak ckp mengenai hati wanita nih ? aku bukan perempuan. tak mampu nak jadi mcm perempuan, memang aku lelaki tulin. hahaha. *teruna mithali ok* ermmmm perempuan ? apa yang korang tahu mengenai perempuan ?

"apa yang kita tahu kejadian Hawa itu khilaf (berbeza pendapat) diantara ulama setengahnya berkata, kejadian itu dari tulang rusuk nabi Adam. Mereka berpegang kepada ayat quran dan hadith yang ada. Manakala setengah yang lain berkata disebut tulang rusuk bengkok didalam hadith itu sebagai membuat bandingan dengan kekurangan akhlak, kerana perempuan itu tidak lain akhlaknya dari tulang rusuk yang bengkok itu manakala diperbetulkan dengan kuat nescaya patah dan jika dibiarkan maka sentiasa bengkok, demikianlah perempuan kiranya suaminya menghalang kehendaknya atau melarangnya dengan keras maka membawa kepada rosak dan bencana masyarakat diantara keduanya dan rumah tangga. Tetapi jika suami itu menurut kehendak-kehendaknya dengan tidak diberi sedikit pun nasihat dan ajaran yang baik maka sudah tentu perempuan itu sentiasa rosak akhlaknya yang mana suaminya pula terpengaruh olehnya. Itulah perempuan.. kaum lelaki yang menjadi suami nya lah yang perlu mengajar, dan membentuknya menyambung tanggungjawab ibu bapa wanita tersebut dalam mendidik mereka.

hati perempuan sama lah dengan sifat diri mereka, lemah lembut. kan ? (tapi sekarang pompuan ganas2) . persoalannya di sini,
mengapa sukar menyelami hati wanita? adakah wanita yang membuatkan kaum adam tidak memahami mereka ? atau memang asal kejadian dan pembinaan diri wanita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati wanita juga sukar ditelaah ? perempuan cepat terasa. bukan bermakna diorang lemah, tetapi mungkin faktor hati mereka yang memang semulajadi nya lemah lembut.. lemah lembut itu sifat Allah, dan Allah suka akan kelembutan. jadi tak salah lah mereka lembut ? memang padan dengan rupa paras mereka yang ayu. Allah telah cipta wanita dengan penuh kecantikan. tidakkah wanita itu sedar akan kelebihan yang Allah ciptakan untuk mereka ? tetapi ingat satu perkara.. kecantikan bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain dengan mendedahkan benda yang Allah telah tutupkan :) cantik rupa paras adalah pemberian Tuhan. bersyukurlah, ucapkanlah Alhamdulillah..
"

pesanan kepada lelaki. perempuan jgn di main main. Allah lindungi mereka. jangan ingat mereka lemah, kita mampu buat apa apa kat mereka. lagi satu, hati wanita kalau sedih, pujuk lah, kalau tak makan pujukkan melalui lisan, buat lah pujukkan melalui perbuatan. bila kena pujukkannya, terpujuklah dia, jika tak kena cara pujukkannya, maka selama itu lah dia akan terasa, dan bersedih :)

ok, aku merapu. hahaha jgn marah kalau ada benda2 tersilap. ampun, maaf. aku menaip apa yang ada dalam otak jer. salahkan jari aku, dia yang berlari di atas keyboard nih..

ok bye~ ! larii :P

-dari hati lelaki mengenai hati wanita.