Dec 10, 2011 with 6 Comment(s)
Assalamualaikum. hello :)
korang pernah tak baca novel yang ber tajuk 'Betulkah?' hehe sape pernah ? ok, cuti2 nih kan boring. aku rasa mesti ramai yang tak tahu nak buat apa kan. aku saran kan kita baca novel :D actually, novel nih mula2 nak start baca je yang malas, tambah2 bila tgk mak oih tebalnya kan ? tapi bila kita dah baca, lepas satu muka surat ke satu muka surat.. kita akan terasa mcm nak baca lagi nak baca lagi and so on. itu lah keajaiban novel. haha kalau novel best lah kan ? kita akan rasa ehhh aku nak tahu lagi lahh kesudahan pastu apa yang jadi and lepas tu sume lah kan. best. ok untuk hari nih aku nak buat post pasal novel 'Betulkah?'

okay novel nih aku beli semalam masa petang. aku beli nih pun sbb aku nak hadiah kan kepada Farahizati sbb esok hari jadi dia. hari tuh dia kata boring sangat, tak tahu mende nak buat kat umah, nak cari kerja pun tak boleh sume kan, so aku belikanlah novel sekurang2 nya boleh hilangkan keboringan dia :) ok mari kita tgk novel nih !


ok, amacam ? gambar muka buku novel nih pon dah mcm menarik kan ? :) belum tgk isi nya lagi tuh. hehe aku tertarik dgn kata2 kat muka buku novel nih, tgk yang warna merah and putih tuhh.. kalau tak nampak boleh tekan untuk tumbesaran ok ? haa kat situ dia tulis

Kawan + kawan = aku + kau = bestfriend forever (BFF)

Kawan + kekasih = sayang + abang = soulmate forever (SMF)

haaa ! itu yang menarik mata aku. eh ? mcm best jer ? haha korang nak tahu sedikit penceritaannya ? meh aku cerita kan apa benda yang dia tulis kat blakang buku tuh, mcm sinopsisnya lah k ? jom jom kita tgk apa yang Amanda Aniqah (penulis) cerita. dia tulis :

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin ? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Bukan sesenang kira 1, 2 & 3. Atau macam kita selesaikan masalah matematik head capacity (Q=mc) masa sekolah menengah dulu. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak menerima cinta. Tapi bila si dea berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

"Women are like internet virus. First, they enter your life, scan your pockets, transfer money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life." - Mawarni

"You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari." - Farhan

"Tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa TUHAN kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana TUHAN memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta." - Anuar

"Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang , belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai." - Melati

"Aku tak layak untuk sesiapa." - Nurul Suhailah.

itu je lahh untuk hari nih, kalau korang rasa syok, beli lah. :) ok itu jer, salamualaikum. bye.