Jan 30, 2012 with 0 Comment(s)
duit ? ada orang cakap duit memberikan kebahagian kepada kehidupan. tapi betol ker ? bg aku, duit untuk hidup bukan hidup untuk duit. duit tak kemana kalau gunanya tanpa tujuan yang betol. tak mendatangkan kebaikkan kepada diri. kan ? kadang2 manusia nih tak fikir pun dari mana datang nya duit tuh, sumber nya baik kah ? buruk kah ? yang diorang tahu, itu duit BERNILAI. aku sekarang bekerja menjual dekat pasar2 malam, and hari ahad jer ada pasar pagi dan ptg tuh pasar malam. aku melihat kebanyakkan daripada peniaga peniaga yang menjual jual tuh, susah nak tinggalkan peniagaan mereka, sanggup mengejar pembeli pembeli, semata mata untuk mendapat kan keuntungan mereka.

aku bukan lah katakan bahawa semuaa peniaga macam tuh, ada juga sesetengahnya tahu apa yang mereka lakukan. berniaga bukan lah satu pekerjaan yang dibenci oleh Allah, tapi kebanyakkannya sekarang nih membuatkan hasil daripada perniagaan mereka tuh menjadi tak berkat. bukan disebabkan mereka menipu dalam menjual ker apa, tapi disebabkan mereka tidak tahu masa bila hendak SOLAT ! yaaa ! aku ketengahkan pasal SOLAT ! ada sesetengahnya memanggil SEMBAHYANG. semua orang Islam tahu apa itu solat, apa itu sembahyang kan ? tapi kenapa ? kenapa kita mencari rezeki, harta dunia untuk kehidupan kita sehingga sanggup meninggalkan solat ? susah sangat ker nak solat ? ker mereka mereka nih tak tahu kepentingan solat ?

solat ini WAJIB. tak kiraa laahh sakit macam mana pun ! solat kena jugak. ini kan pulak orang2 yang tak sakit sehat walafiat, yang hanya berniaga tetapi sanggup meninggalkan kewajipan tuh ? tak patut rasanya bg alasan tak solat takut pelanggan marah apa semua. ada yang bg alasan takut ada orang curi barang2 perniagaan mereka. ada pula bg alasan tak sempat sebab orang ramai beli. whatt ? tak boleh diterima akal lah bro. aku ada nampak hari tuh, pakcik nih dia berniaga air jer. masa tuh dalam 4.30 petang. dia bukak khemah apa semua.. pastu letak bekas2 yang ada air dekat atas meja sume dah siap dah. tetibe dengar azan. tahu tak apa dia buat ? dia pegi jalan ker surau agak jauh jugak, dia tinggal macam tuh jer air2 dia apa semua. tak da pun orang datang curi air. tak da pun orang datang selongkar barang2 dalam van dia. tak ada apa pun, dia datang balik pastu berniaga mcm biasa, orang dtg beli air biasa jer. cube fikir, kalau kita buat benda yang baik, Allah tolong kita tak ?

cuba terapkan dalam minda2 semua, kita bukak gerai, berniaga. pastu masuk waktu, kita pegi solat, Allah tuh maha berkuasa. dia boleh tolong kita JAGA gerai kita, takda apa apa pun berlaku. kalau dia nak uji kita sikit, dia bg barang kita hilang satu, orang curi, kalau kita redho... dia balas balik dgn bagi kita rezeki yang melimpah ruah. dia datangkan orang ramai berpusu2 datang membeli kat gerai kita ker kan ? semua rezeki datang daripada Allah. tak payah nak tunjuk kuat lahh dengan cakap rezeki tuh hasil usaha aku sendiri, aku sendiri yang cari rezeki tuh. memang betol Allah kata siapa yang berusaha dia mendapat hasilnya. tapi tanpa bantuan daripada Dia, tak kemananya perniagaan kau tuh. think about it.

aku bukan just nak cakapkan kepada peniaga peniaga jer, malahan orang keje benda2 lain pun ada jugak yang lupekan waktu2 solat nih, kerjaaa je memanjang. pikir lah sikit, hidup bukan didunia je. kalau kau kerja untuk dapatkan kebaikkan hidup di dunia, kau mesti jugak dapatkan kebaikkan hidup di akhirat.

P/s : aku kerja nih pun alhamdulillah gaji okay, and berharap Allah berkati gaji yang aku dapat dan diberikan kekuatan dan kudrat untuk terus bekerja. insyallah. salamualaikum :)