Jan 2, 2012 with 2 Comment(s)

manusia berubah mengikut masa yang mengalir seperti air di dalam salirannya. ada ketika mereka merasakan bahawa diri mereka seperti dahulu kala, dan tidak membuat apa apa perubahan. kadang2, kita tak menyedarinya, kadang2 kita tidak merasainya, itu lah manusia.

sebelum aku menerus kan apa yang aku nak katakan, aku harap mereka mereka yang membaca ini, memberi nasihat kepada aku. aku tahu aku bersalah .

Umi . tuh lah panggilan aku kepadanya. ada orang panggil ibu, emak, ma, mama, dan sebagainya, tapi semua panggilan itu ditujukan kepada seorang wanita yang melahirkan mereka iaitu ibu kita. kenapa umi berubah ? umi tak sedar ke yang umi dah berubah ? dulu umi tak mcm sekarang. apa yang orang buad, mesti tak kena, mesti umi bising, marah2, umi kenapa ? orang tahu orang bnyk buat salah. tapi orang pun ada hati dan perasaan mi. orang dah besar. bukan budak2 mcm dulu. dulu kene marah, menangis. itu jer, tapi sekarang nih ? simpan dalam umi. umi pernah tanya tak and umi perasan tak kenapa jd mcm tuh ? orang bukan nak kurang ajar dengan umi. tapi umi. umi tuh tak boleh ker bercakap baik2 dgn orang ? asal cakap jer, nak marah, bising2 macam tuh.. umi pun tahu kan prangai orang mcm mana. cepat panas baran. kalau dah dok tahan tahan, sampai bila mi ? ada masa nya nafsu marah menguasai diri. orang mintak maaf sangat2. bukan niat orang nak tinggi kan suara dekat umi. tapi hanya kerana orang pegang remote TV and tgk cite lain, umi dah nak marah2 ? pasal itu jer ? apa nih umi .. ? kenapa nihh ? kadang2 orang pun tak paham lah. come on lah :(

orang tahu umi sakit. tapi Allah bg kita sakit sbb nak suruh kita sedar, dan berubah umi. bukan mcm nih jadi nya.. marah marah orang semua. orang tahu, dalam bnyk2 anak umi, orang yang paling tak baik, kurang ajar semua, bengis, panas baran. tapi orang tak mintak semua tuh. orang pun nak jadi mcm orang2 lain, hormat ibu bapa semua, jd anak yang baik. tapi dgn sikap umi tuh, orang tak boleh nak menjadikan diri orang nih seperti yang orang ingin kan. ye orang tahu tak patut salahkan ibu bapak atas apa yang terjadi. kita dah besar, pndai2 lah pikir sendiri yang mana buruk, yang mana baik kan ? tapi orang dah tak tahu nak ckp apa umi. bila orang ckp sikit, umi dah trasa, umi kata orang kurang ajar. orang mintak maaf sangat2. bukan niat orang nak berkurang ajar. cikgu2 kat skulah tak pernah ajar pun mende2 tuh semua. tapi sikap . kita bercakap berdasarkan sikap umi. umi sebagai ibu. orang sebagai anak. orang tak tahu nak tegur umi mcm mana. orang tak tahu nak bercakap dengan umi mcm mana. umi lagi tua sepatutnya umi lebih mengerti daripada orang yang muda lagi nih. budak2 lagi nih. umi baik. tapi sejak kebelakangan nih, umi macam cepat membebel. cepat marah. cepat buat orang trasa.

orang tak boleh nak masuk telinga kanan, keluar telinge kiri. umi pun tahu jenis orang mcm mana. memang dah lama orang cuba hilangkan sikap2 mcm nih, tapi kalau takda galakkan dan dorongan, bahkan lagi menambahkan lagi prasaan marah tuh, tak menjadikan apa apa. orang dah tak tahu nak ckp apa. semalam pun, abah bercakap mcm marah orang jugak. adik yang buat hal, orang marah lah adik, tapi abah marah orang balik. erm. maybe semua orang dah rasa tak selesa orang duduk, makan, tido dekat rumah nih seharian kan ? yelah, orang tak keje sume. tapi orang tak mintak semua tuh,, orang berusaha cari keje, tapi takde rezeki lagi. lagi pun time orang nak keje, abah marah, kata payah nak buat itu ini. tapi kalau tak keje mana orang nak dapat duit ?

entah lahh.. seharian nih.. aku duduk dalam bilik jer, tak keluar keluar. nih pun, makan pun tak. biarlah, biar orang2 kat umah nih tak nampak orang. kalau nampak takut menyampah pula. orang tak salahkan sape2. memang salah orang. sebagai anak, kene mngalah ngan kedua ibu bapa. tapi kalau lah abah ngan umi baca benda nih, orang mintak maaf sangat2. orang dah tak tahu nak buat apa. orang duduk diam jer. biarlah orang duduk dalam bilik nih. insyallah nanti kalau dapat keje, orang kurangkan masa duduk di rumah, dengan bekerja di luar. apa apa pun, maaf . orang dah tak tahu nak luahkan dekat mana. orang dah penat memikir semalam. tido pun kejap2 tersedar, bgun pg bengkak mata. entah lahh..

kepada husna : terima kasih nasihatkan saya, cuba membuatkan ego saya, panas baran saya, perangai buruk saya nih berkurangan. saya bukan tak nak dengar nasihat awak, bukan tak nak ikot apa yang awak suruh buat iaitu mintak maaf balik dgn umi, sume.. tapi saya perlukan masa. saya harap awak paham. saya bukan mintak orang benci kan saya, tapi kadang2 ianya terjadi tanpa diminta. insyallah saya akan buat apa yang awak buat, terima kasih.

-maaf . salamualaikum.